➳ 9

565 128 109
                                    


Seperti biasa, aku akan menjejakkan kaki ke gerai kecil milik Dokyeom ku yang tercinta ewah!

“ Dokyeom sayang~ " aku menyapanya dengan riang.

Dokyeom yang sedang berperang menghalau lalat itu pun...

...ternganga akibat terkejut tetiba kena panggil sayang dengan aku.

Nasib baik lalat tadi tak masuk dalam mulut dia.

“ Sa-sayang? Awak mamai lagi ke ni Yeojung? " dia dah mula gagap.

Alelelele malu ke bang.

“ Mana ada mamai~ hari ni saya bangun awal. Lagi awal dari abang saya tahu tak? " kataku sambil wink.

“ Setahu saya, awak selalu bangun lambat. Dan awak selalu datang sini dalam pukul 9 atau 10 pagi. Kenapa hari ni lain? " soalnya.

“ Hehe tak boleh ke? Saya dalam proses mengubah diri sendiri you know? " kataku dengan divanya.

“ Berubah? Mesti awak dah ada buah hati kan? Sebab tu sekelip mata je awak berubah. " soal Dokyeom sambil berperang dengan lalat buat kali kedua.

“ Eh pandainya awak teka! " pujiku.

“ Hurm, lemme guess. Mesti awak couple dengan Soonyoung kan? "

Sebaik sahaja nama itu disebut, riak wajahku terus berubah.

“ EII APA PULAK DIA? MATI HIDUP BALIK PUN SAYA TAKNAKLAH KAT SI SEPET TU!! " marahku dengan sepenuh hati.

Mana tak marah? Semalam abang aku mention pasal Soonyoung, hari ni pun sama jugak!

Wahai Kwon Soonyoung, pupus sila.

“ Ala rileklah Yeojung. Saya gurau jelah. Saya memang tahu awak memang benci gila-gila kat dia. Jadi, siapa buah hati awak tu? " soal Dokyeom lagi.

“ Hehe saya malulah nak cakap...oh ya! Boleh tak saya nak jumpa Yeonhee dan Yeonhye? Teringin nak bercakap dengan budak dua orang tu! " aku cuba untuk mengalihkan topik.

Yelah.

Macam awal sangat pulak aku nak mengaku yang aku suka kat dia huhu~

“ Awak nak jumpa mereka berdua? Boleh je. Pintu rumah saya tak berkunci. Masuk je. Tapi rasanya tidur lagi budak berdua tu. Maklumlah semalam main barbie tak ingat dunia sampaikan tertidur lewat. " katanya sambil menghulurkan piring kecil yang terletak elok tiga biji donat.

“ Eh apa ni? " soalku.

“ Nanti dah masuk, awak makanlah. Kali ni tak perlu bayar. Saya belanja okay? " kata Dokyeom sambil tersenyum manis ke arahku.

SUDAHLAH TU CAIRKAN GUE HIKS (ಥ_ಥ)

“ Te-terima kasih! Sa-saya masuk eh? " kataku sambil berlari-lari anak dan masuk ke dalam rumahnya.

“ Yeojung, Yeojung...saya tahu awak sukakan saya. Mengaku sajalah. Saya tunggu je awak confess ni. " kata Dokyeom, perlahan sambil ketawa kecil.

Kalau Yeojung dengar apa yang Dokyeom katakan tadi tu...

...mau menggelupur anak Hong tu.

++++++

Sementara itu...

“ HEYYOOO JOSHUA!!! JEONGHAN IS HERE WUHOOOO " Jeonghan, kawan baik kepada Joshua datang dengan membawa sebakul buah-buahan segar.

Masalahnya mamat ni pegi tendang pintu rumah tau. Nasib baik tak roboh.

Kalau roboh, jenuh Joshua nak ganti pintu baru.

“ Hmm, memang kau je yang selalu datang tanpa diundang. Kau letak dulu bakul buah tu kat dapur. " kata Joshua tanpa memandang wajah kacak Jeonghan.

Jeonghan pun mengikut saja arahan dari rakannya. Selepas itu, dia pun duduk di sebelah Joshua dan menepuk bahu rakannya itu.

“ Kau kenapa Shua? Bad mood je aku tengok? Baru break dengan girlfriend ke? " soal Jeonghan.

“ Aku mana pernah couple bodo. Celah mana nak breaknya? " marah Joshua.

“ Oh lupa single. "

“ Kau diam zirafah, kau pun sama je. Sendu sepanjang hayat. "

“ Ala rileklah Shua, yang kau nak marah sangat kenapa? Selalu aku gurau kau tak koyak pun. Ni kenapa tiba-tiba moody je? " soal Jeonghan sambil menyerabaikan rambut Joshua yang baru saja disikat rapi.

“ Rambut aku jugak kau nak main. Bukan apa Han, cuma...Yeojung tu ha. " kata Joshua sambil mengeluh kecil.

“ Yeojung? Kenapa dengan adik kau tu? Selalu dia buat hal kau tak jadi moody pun. Elok je aku tengok. " Jeonghan mula kehairanan. Apa pulak adik kawannya ni buat?

“ Dia nak kahwin dengan Dokyeom. " jawab Joshua, ringkas.

Mata Jeonghan terbeliak.

“ DOKYEOM? DUDA JUAL KUIH TU?! WEH BUDAK TU DAH TAKDE LELAKI LAIN KE DIA NAK PILIH? KENAPA DUDA JUGAK DIA NAK OH MY GOSHHH YEOJUNGGG TAKDE TASTE SUNGGUH BUDAK NI! "

Joshua pandang Jeonghan kecik besar kecik besar je. Mamat ni pulak melebih pahal?

Dia mengeluh lagi.

“ Han, sejujurnya aku tak kisah pun dia nak kahwin dengan Dokyeom. Lagipun dia kan ada hala tuju dalam kehidupan. Jadi memang dia layak jadi suami adik aku. Cuma... " kata-kata Joshua terhenti.

“ Cuma apa Shua? Jangan drama sangat bang, aku baling meja kang. "

“ ...aku tak bersedia nak lepaskan dia dekat orang lain. Maksud aku, parents kami dah lama meninggal. Mereka tinggalkan kami berdua kat sini. Tambahan pula, masa tu Yeojung baru umur 5 tahun... "

Jeonghan mula diam. Kerana dia tahu Joshua sedang serius kali ini.

“ ...dan sekarang dia dah 23 tahun. Dah lebih sepuluh tahun aku jaga dia. Kau ingat senang ke nak lepaskan seseorang yang kau dah jaga dalam tempoh masa yang lama? Kalau Dokyeom tak dapat jaga dia macam apa yang aku buat selama ni macam mana? " soal Joshua bertubi-tubi.

Jeonghan mengangguk faham.

Maksudnya, Joshua bukannya tak setuju dengan pilihan Yeojung.

Cuma dia tak sampai hati nak lepaskan adiknya ke tangan lelaki lain.



++++++

Wah. Semangat yall aku type.

Vote tau! ❤

𝘀𝗶 𝗱𝘂𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗷𝘂𝗮𝗹 𝗸𝘂𝗶𝗵. [✓]Where stories live. Discover now