➳ 1

1K 158 38
                                    

Kring Kring Kring!!!!

Bunyi jam loceng yang terletak di sebelah katil aku abaikan. Setakat bunyi macam tu, ianya tak mampu menggangu tidur aku yang lena mahupun terjaga.

Tapi ada satu bunyi yang mampu mengejutkan aku dari tidur.

Apa dia?

Ini.

" HONG YEOJUNG BANGUNNNNNNN "

Ya, suara abang aku saja yang boleh buat aku terjaga. Suara dia lagi kuat dari jam loceng rasanya.

Aku pun bangun dengan muka dan rambut yang berserabai.

" Ya bang. Yeojung bangun ni huarrghhh~ " kataku sambil mengeliat.

" Tak reti nak bangun sendiri ke? Kenapa mesti aku jugak yang kena kejutkan? " soal abangku.

" Entahlah. Suara abang lagi kuat dari jam loceng ni. "

" Sudah, sudah! Bangun and then pergi mandi. Dah settle tu sila turun bawah. Aku dah masak sarapan. Understand? "

" Okay abe Shua~ " haha aku saja nak menyakat abang aku pepagi buta ni.

" Geli bodo. Dah, PERGI MANDI CEPAT. DAHLAH TIDUR TERKANGKANG, TAK PADAN DENGAN PEREMPUAN. "

" Ok fine! Tau nak marah orang je hiks. "

++++++

" Abang masak apa hari ni? "

" Nasi goreng kimchi. Asal? Nak complain aku masak simple? "

" Haish takdelah. Ini pun dah cukup sedap dah hehe. "

" Ha, makan cepat. Nanti sejuk tak sedap dah. " kata abangku sambil menghulurkan sepinggan nasi goreng kimchi.

Memang simple, tapi sedap. Dan aku ni jenis bersyukur dengan apa yang ada. Asalkan masih boleh telan makanan, itupun dah cukup baik.

Memang kami berdua jelah yang ada dalam rumah ni. Ibu bapa kami dah lama pergi. Kemalangan.

Nasib baiklah aku ada si Joshua a.k.a abang aku. Takdelah aku kesunyian huhu.

Oh ya. Hari ini aku kena buat benda ni juga!

" Abang? "

" Apa dia? "

" Nanti saya nak pergi beli kuih kat seberang sana tu boleh? "

" Kat gerai si Dokyeom tu ke? "

" Yep! "

" Pergilah Yeojung oi. Jangan usha Dokyeom lama sangat tau. Nanti kau lambat balik rumah, tak pepasal kena kacau dengan si Soonyoung tu. "

" Alah kacaulah Soonyoung tu! Abang tak boleh ke nasihat dia supaya tak kacau saya lagi? "

" Kalau aku maki dia pun dia still degil, apatah lagi kalau aku nasihat cara lembut? "

Geramnya.

Aku selalu beli kuih kat gerai Dokyeom sebab aku on-crush dengan dia. Hehe.

Lagipun kuih dia sedap. Jadi why not kan?

Tapi tulah, asal aku keluar je, mesti Soonyoung kacau. Semak tau tak!

Tolonglah faham yang aku sukakan Dokyeom, bukannya si sepet tu!

++++++

" Yeojung, nanti belikan kuih untuk aku sekali boleh? Nah duit. "

" Nak kuih apa? "

" Beli jelah kuih apa pun. Asalkan cukup dengan duit yang aku bagi tu. "

" Baik bossku! "

Aku pun berjalan dengan gembira menuju ke gerai Dokyeom.

Terlihat dia sedang melayan anak-anak jiran sebelah dan seberang rumah aku.

Tergelak bebudak tu. Buat lawak apa mamat ni?

Aku pun menegur mereka.

" Hai bebudak! Gelak apa je? "

" Hai akak Yeojung! Ni ha, tengok abang Dokyeom ni! Dia buat muka lawak HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA " jawab salah seorang budak lelaki di situ.

Uih tak rilek betul kau dik.

Dokyeom pun menyuruh budak-budak tu semua balik ke rumah sebaik saja mereka membeli kuih dari gerainya.

" Happy sungguh budak-budak tadi tu. Pandai betul awak layan diaorang. "

" Alah setakat budak-budak macam tu, senang je nak hiburkan. Buat muka hanat sikit, nanti diaorang gelaklah HAHAHAHA " kata Dokyeom sambil ketawa sendiri.

Ni lagi sorang tak rilek.

" Macam-macamlah awak ni eiii. "

" Penat gelak. Ok Yeojung, awak nak beli kuih apa pulak hari ni? " soalnya.

" Hari ni kuih apa yang rare? "

" Rare eh? Donat coklat dan biskut! " katanya sambil menunjukkan sebalang biskut.

" Biskut tu awak buat atau awak tolong jualkan untuk orang lain? "

" Eh tolong sikit. Ini Lee Dokyeom okay? Mestilah buat sendiri! "

" Kalau macam tu bagi saya biskut satu balang dengan donat coklat 6 biji! "

" Baik~ "

Hm cairnya aku tengok si Dokyeom ni.

Dahlah hensem pastu pandai buat kuih bagai.

Memang boleh letak dalam senarai calon suami.

Hehe 👀

𝘀𝗶 𝗱𝘂𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗷𝘂𝗮𝗹 𝗸𝘂𝗶𝗵. [✓]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon