➳ 2

698 144 46
                                    

Sebaik sahaja aku membeli kuih dan biskut di gerai Dokyeom, aku cepat-cepat pulang ke rumah.

Ikutkan hati, nak je aku stay kat gerai dia lama-lama. Boleh usha dia sampai puas.

Tapi itulah. Masa aku tengah bayar duit tadi, aku ternampak Soonyoung berada tak jauh dari aku. EII MAMAT SEPET TU LAGI.

Sedang aku berjalan dengan pantas, Soonyoung menegurku.

“ Hai Yeojung sayang! Nak pergi mana awak ni? Laju je jalan hehe. "

“ APA SAYANG-SAYANG?! SEJAK BILA AKU ADA HUBUNGAN DENGAN KAU SEPET?! "

“ Salah ke saya nak panggil awak sayang, saya kan sayang awak hehe~ "

“ GELILAH! BERAMBUS LO ANJIR! " aku menolak Soonyoung dengan kuat sampai dia terjatuh dalam longkang.

Heh, padan muka.

“ HIKSS YEOJUNG KENAPA SUSAH SANGAT AWAK NAK TERIMA CINTA SAYA NI HUWAAA "

“ Cintalah sangat! Eii menyampah aku! "

++++++

“ Aik, tadi sebelum keluar, happy je aku tengok. Ini kenapa tiba-tiba jadi naga pulak? " soal Joshua.

“ Abang rasa kenapa? "

“ Ini mesti sebab Soonyoung kan? "

“ Yelah! Dia je yang paling hanat kat sini, nak usha Dokyeom pun tak senang hiks. "

“ Dah tu kau buat apa kat dia? "

“ Saya tolak dia sampai masuk longkang. "

“ Marah sungguh. Tapi kan, boleh tak aku nak tanya sikit? "

“ Tanya apa, bang? "

“ Kenapa kau suka sangat kat Dokyeom tu? "

“ Kalau saya explain, sampai esok tak habis. "

“ Alah kau explain jelah kasi pendek. "

Eh si ikan Josh ni.

Nak jugak aku terangkan tu.

“ Okay, saya suka dia sebab dia baik, pandai layan budak-budak, pandai buat kuih. Lepas tu, dia jenis tak senang naik marah. Bukan macam abang, cakap sikit marah! " terangku panjang lebar.

“ Nak jugak perli aku last-last tu. Ok, aku faham. Tapi aku ada something nak bagitahu pasal si Dokyeom tu. Harapnya kau tak broken lah lepas dengar. "

“ Kenapa pulak saya nak broken? "

Joshua menghela nafas.

“ Dokyeom tu sebenarnya seorang duda. Dia ada anak kembar perempuan. Cuma dia jarang bawak anak dia keluar rumah. "

Aku ternganga.

D-DUDA?!

ADA ANAK KEMBAR?!

Oh my god...

𝘀𝗶 𝗱𝘂𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗷𝘂𝗮𝗹 𝗸𝘂𝗶𝗵. [✓]Where stories live. Discover now