➳ 6

593 134 39
                                    


“ Abang abang abang abang abang abang ala abe Shua tolonglah sedari kehadiran adikmu yang comel ini hiks!! "

Dari tadi aku dok berkepit dengan dia.

Sebab aku ada sebuah hajat besar yang ingin disampaikan. Ewahhh!

Masalahnya dia palau aku beb (ಥ_ಥ)

Aku cium kang. Eh taknak aku, geli. Kalau suruh cium Dokyeom mungkin aku nak. HAHAHAHAHA

“ Joshuaaaaaaaaa " aku memanggil namanya buat kali ke-70.

Malangnya aku masih dipalau.

“ Kalau abang masih palau Yeojung, Yeojung nak lari rumah HURMPH! " aku berhenti menarik lengan bajunya dan acah-acah nak pergi bilik kemas baju lepas tu lari rumah.

“ YELAH DIK, KAU NAK APA?! DARI TADI BERKEPIT DENGAN AKU, RIMAS TAHU TAK RIMASSSS " katanya sambil menghempas pisau yang digunanya untuk memotong bawang tadi.

Nasib baik dia hempas pisau tu kat papan pemotong. Kalau dia baling, mampus gue.

“ Yeojung kan...Yeojung kan... " aku sengaja membuat gaya perempuan gedik, biar abang aku menyampah HAHAHAHA

“ Dik, pisau ni kan, aku guna buat potong sayur tahu? Jangan sampai aku guna buat potong satu badan kau- " katanya sambil memegang pisau yang dia hempas tadi tu.

Alalalala takutlah gini.

“ YEOJUNG NAK KAHWIN!!! " jerit aku dengan kuat. Sampaikan mata abang aku terbeliak.

“ Yeojung? Hong Yeojung? Kau ke ni? Adik aku ke ni? Adakah ini adik kepada Hong Jisoo? " soalnya bertubi-tubi sambil memandang aku atas bawah.

“ Eii apa abang ni, pandang orang macam ni, tak sukalah! " marahku.

“ Kau ingat aku terliur dengan adik sendiri? Takdelah, yang kau tiba-tiba meroyan nak kahwin kenapa? Kau mimpi apa semalam? "

“ Hehe...kalau saya dah kahwin nanti, tak adalah saya menyusahkan abang hehe. " kataku sambil menguiskan kaki di kain buruk.

“ Yelah. Sebab nanti kau menyusahkan laki kau pulak. " perlinya.

EIII GERAMNYA DAPAT ABANG MACAM NI.

“ Patut pun abang single, suka sangat perli-perli orang. " kataku sambil tersenyum sinis.

Dan sssup!

Seketul Joshua sentap gais.

“ Lantaklah aku single pun. Daripada aku jaga hati perempuan yang entah setia ke tak dengan aku, baik aku jaga kau. Kan? kan? " katanya sambil wink.

Alah abang aku yang sorang ni. Saja nak buat aku terharu kan hshshshshs

“ Janganlah buat saya rasa sedih hiks. "

“ Aku cakap je. Kau nak kahwin dengan siapa? Dah ada calon ke? Kalau ada, sila bawa dia ke sini. Aku nak jumpa dia face to face. " kata-kata Joshua membuatkan aku gelabah kejap.

“ Sa-saya nak kahwin dengan... " kataku dengan tergagap-gagap.

“ Dengan siapa? Cakap cepat! " Joshua tiba-tiba menepuk bahuku, membuatkan aku terkejut dan...

“ DENGAN DOKYEOM YANG DUDA JUAL KUIH TU!!! " tak pepasal aku dah terjerit.

Disebabkan itu, Joshua menghempaskan pisau tadi sekali lagi.

Alamak.

Macam tak boleh je ni.

𝘀𝗶 𝗱𝘂𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗷𝘂𝗮𝗹 𝗸𝘂𝗶𝗵. [✓]Where stories live. Discover now