Bab 1

878 16 0
                                    

Johanis memandang ke langit . Langit yang mendung membuatkan dia tak bersemangat nak ke sekolah . Matahari pun tak terbit - terbit . Johanis melihat jam tangannya . 7:15 a.m . Kalau dia naik basikal ke sekolah mengambil masa 10 minit . Tapi hari macam nak hujan . Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan mula mendail satu nombor .

"Haa apahal ?"

Soal seorang lelaki di hujung talian .

"Zo amik aku weh . Cam nak hujan , dont wanna risk getting wet ."

"Apa salahnya wet di siang hari ."

"Bangang ! Cepat aku tunggu depan rumah ."

Talian terus dimatikan . Johanis dan Skizo memang kawan rapat dah lama . Lagipun mereka tinggal di taman perumahan yang sama jadi senang kalau nak minta tumpang . Nama sebenar Skizo , Arif . Dapat nickname tu sebab ... korang semua pun boleh teka kot . Dia memang ada mental sikit .

Dalam 5 minit kemudian Skizo pun sampai . Johanis masuk ke dalam kereta dan Skizo mula memandu . Radio memainkan lagu It Will Rain nyanyian Bruno Mars . Mereka ketawa kecil .

"Cam tahu tahu nak hujan ."

Suara Johanis memecah kesunyian .

"Tak hujan kat luar , hujan kat dalam ."

Kata-kata Skizo membuatkan Johanis terdiam sekejap .

Dah apahal mamat ni ?

"Maksud kau , kau tengah sedih ke siak ?"

"Maybe bukan aku ."

Eh seram pulak naik kereta dengan Skizo pagi ni .

"Patutlah kan orang panggil kau Skizo . Tak lama lagi , psycho lah nickname kau ."

"Hahaha . Ada gaya macam psycho ke aku ni , Jo ?"

"Ee merepek lah kau ni , Zo . Drive laju sikit boleh tak ? Aku taknak kena denda datang lambat !"

Perbualan mereka terhenti di situ . Johanis pun tak memikirkan sangat apa yang Skizo cakapkan tadi . Afterall , dia kan Skizo Arif . 24/7 high , wire short kat otak .

Mereka tiba di sekolah on time . Sebaik saja mereka masuk ke kelas , loceng pun berbunyi serentak dengan hujan yang turun dengan lebat . Guru mereka meninggalkan kerja yang banyak sebab menurut ketua kelas , semua guru ada meeting tergempar . Pelajar - pelajar mula berkumpul . Alasannya nak bincang kerja yang diberi - tapi semua tahu itu bullshit , nak bergossip lagi ada . Geng Johanis dan Skizo juga tak melepaskan peluang tersebut .

"Zo , balik ni Zen jom ?"

Itu Mamat . Typical nickname bila nama lelaki tu Ahmad or Muhammad . Zen yang dimaksudkan adalah satu cafe yang famous dengan local live bands . Diorang ni suka sangat lepak kat Zen sebab kekadang ada jugak amoi - amoi masuk Zen pakai seksi nak mati .

"Ah kau , nak SPM ni ... Zen memanjang !"

Balas Tiara . Memang nama betul dia . Agak girlish berbanding Johanis . Agak clumsy jugak kekadang .

"Aku tak ajak kau ah !"

"Aku bagi nasihat !"

"Woi woi . Relax sudah . Betul apa Tiara cakap . Aku taknak ah tengok freeshow lagi . Kang tak dapat hidayah aku nak jawab papers kang ."

Mamat menunjukkan jari hantunya kepada Skizo . Skizo membalas semula .

"Kau nak buat apa je dekat situ , Mat ?"

Soal Johanis mencelah .

"Aku nak jumpa member actually ."

"What ? Mamat ada member selain kitorang ? HAHAHA !"

MisteriKde žijí příběhy. Začni objevovat