🌹| 21

8.8K 326 5
                                    

"Kau okay, zaira? Lesu semacam je aku tengok kau ini. " erin menegur zaira.

Kini semua mata tertumpu pada zaira yang asyik dalam dunianya sendiri. Terasa dirinya jadi perhatian, zaira pantas tersengih sambil menggeleng kepala.

"Aku okay jelah. Cuma penat sikit. "

"Ouh kalau macam itu, kau nak rehat tak? " soal dila pula.

"Plan korang lepas ini? " soalan dibalas dengan soalan.

"Ingat nak cari barang sikit lagi. Ini haa aini ini nak cari barang katanya. " dila menjadi tukang balas. Aini pula mengangguk mengiakan.

"Korang pergilah. Aku nak rehat sekejap kat sini. Kalau dah siap call je aku nanti aku pergi lah. "

Zaira sudah duduk dibangku yang disediakan dalam mall. Kebetulan pula ada bangku panjang berdekatan mereka.

"Betul ini? " haifa meminta kepastian.

Zaira mengangguk dengan yakin. Lepas mengucapkan selamat tinggal, zaira kini ditinggalkan keseorangan. Zaira menyandar belakang tubuhnya di kerusi. Entah kenapalah dia terasa lelah kalau banyak berjalan.

Dia mula terasa kelainan dalam dirinya. Kalau di rumah, acap kali dia berasa lelah membuat kerja rumah seperti menyapu dan mengemop. Dia juga banyak tidur di rumah. Sampaikan rayyan pun pernah menegur akan perubahan dirinya.

Bercakap tentang rayyan, zaira dirundung kemusykilan. Bukan dia sahaja yang berubah, rayyan juga begitu. Sejak seminggu ini dia perasan, rayyan banyak kali menerima panggilan.

Bila ditanya siapa, ada sahaja alasan dia. Tak pentinglah. Client lah. Takkan lah client kalau gelak gelak sakan macam itu. Zaira bukannya bodoh untuk menilai kan?

Malam malam juga, rayyan tidak terus tidur. Sebelum tidur mesti berbalas mesej dengan seseorang. Hati zaira meronta nak tahu siapa orang itu. Kenapa mesti menganggu malam suaminya. Dah tak ada siang lagi ke apa.

Walaupun rayyan melayan dirinya bagaikan puteri namun hati zaira masih tak boleh membuang rasa curiganya terhadap rayyan.

Adakah rayyan curang belakangnya? Ke rayyan ada wanita lain selain dirinya?

Memikirkan itu zaira muram. Kalau betul, dia dah tak sanggup nak pandang rayyan lagi. Dia rasa dikhianati sangat sangat. Mungkin lebih baik, kalau dia tak tahu sahaja daripada dia tahu kalau betul rayyan curang belakangnya.

Bila fikirannya sudah melalut entah kemana, zaira mula memberi fokus pada sekelilingnya. Orang orang ramai yang lalu lalang dihadapannya dipandang sepintas lalu.

Matanya terpaku pada satu figura yang dikenali. Zapp! Terasa pakai ada sembilu menikam tangkai jantungnya. Dadanya rasa sebu dengan api cemburu yang mencanak naik.

Figura rayyan yang tersenyum memandang ke arah wanita itu. Aufa khaulah. Tetapi yang berbezanya aufa tidak berpurdah, hampir hampir dia tak kenal aufa. Tapi melalui bentuk tubuh, dia kenal.

Mereka seakan sedang berbincang dan ada kalanya ketawa mesra. Mata jernih rayyan seakan tak lepas memandang wajah aufa buatkan zaira diserang rasa cemburu.

Tangannya mengigil. Matanya juga sudah kabur dengan air mata. Pantas zaira mengeluarkan telefonnya. Ruangan chat di aplikasi whatsapp dibuka. Nombor rayyan dengan nama abang ❤ ditekan.

Pantas jarinya menaipkan sesuatu di situ. Butang hantar ditekan.

+Abang
+Abang kat mana?

Zaira memandang rayyan yang berada di dalam restoran tak jauh daripadanya. Rayyan kelihatan tersentak dan menyeluk poket seluarnya. Telefon dikeluarkan di buka. Sekejap sahaja, kemudian masukkan semula.

Wow.

Seakan tiada apa yang berlaku, rayyan menyambung berbual.

Hati zaira memang dah panas. Ikut hati nak serang je tapi tulah. Malu punya pasal. Kalau tak dah buat drama swasta dah ini.

Zaira memandang chat dua ketulnya yang sudah dibluetick. Bluetick wey.

Baru dia tahu sakitnya bluetick. Lagi lagi dengan orang yang paling dia sayang.

Telefon di lekap ke telinga.

"Ko.. Korang. Aku balik dulu eh. Jangan cari aku. "



Jeng jeng jeng. Diorang nak gaduh besar dah... Cerita ini dah nak habis. So stay tuned. Maybe dalam dua tiga hari MRS. RAYYAN menutup tirai. Ceh.

MRS. RAYYAN ✔Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon