Bab 21: Terlanggar

712 113 41
                                    

sᴇsᴜɴɢɢᴜʜɴʏᴀ ᴀʟʟᴀʜ ᴛɪᴅᴀᴋ ᴀᴋᴀɴ ᴍᴇɴɢᴜʙᴀʜ ᴋᴇᴀᴅᴀᴀɴ sᴇsᴜᴀᴛᴜ ᴋᴀᴜᴍ, sᴇʙᴇʟᴜᴍ ᴋᴀᴜᴍ ɪᴛᴜ sᴇɴᴅɪʀɪ ᴍᴇɴɢᴜʙᴀʜ ᴀᴘᴀ ʏᴀɴɢ ᴀᴅᴀ ᴘᴀᴅᴀ ᴅɪʀɪ ᴍᴇʀᴇᴋᴀ

(Surah Ar-Ra'd 13:11)


Manusia memang tak akan mampu untuk berubah.

Kerana mustahil. Mustahil untuk dia berubah.

Andai jika diri tidak memilih untuk berubah.

.
.
.


A few weeks before...

"MARIA!"

Setiap langkah kakinya dipantaskan. Sekali-sekala dia berkalih kebelakang beberapa kali. Tercungap-cungap gadis itu mendaki anak tangga. Jantungnya berdegup kuat, ketakutan. Terasa seperti hendak terkeluar. Setiap inci badannya menggeletar hebat. Kaki, tangan, badan. Semua.

Hampir sahaja tangannya ingin menyentuh tombol pintu bilik, rambutnya pula direntap kasar dari belakang membuatkan lehernya terkehel. Dia menjerit kesakitan.

"Kau nak pergi mana, ha?" tengking lelaki separuh abad itu di telinga anaknya.

Dia mengheret anaknya turun ke bawah dengan tangan yang masih kemas mencengkam rambut anaknya.

"Daddy sakit, daddy," adu anaknya, cuba untuk meleraikan cengkaman tapi apakan daya?

"Sakit... hati aku ni lagi sakitlah, Maria!" tempelak Dato' Mikael, melempar Marla ke atas lantai.

Makin kuat gadis itu menangis. Darah yang mengalir dibibir dan dihidungnya, sikitpun tidak diambil peduli.

"Mengucap, daddy. Ingat Allah," nasihat Marla tersekat-sekat. Dia cuba untuk bangun dengan kakinya yang sakit. Air mata dipipi, dikesat.

"Kau tak payah nak mengajar aku!"

Pipi Marla ditampar kuat lagi. Marla terjerit, sakit dan hanya mampu menangis. Tubuhnya pedih. Hatinya terluka.

Dato' Mikael menanggalkan tali pinggangnya. Sememangnya sudah berada diluar kawalan. Dia sudah tidak lagi mampu berfikir mengikut kewarasan akal. Mukanya merah padam. Matanya merah menyala.

Perasan sahaja Marla dengan tindakan melulu ayahnya, makin berderau laju adrenaline mengalir di dalam tubuh badan. Dia cuba untuk bangun dan lari, namun refleks Dato' Mikael lebih pantas.

"Kau sini, Maria!" Dato' Mikael menarik rambut anaknya dan mencampakkannya ke atas sofa.

Marla terjerit, ingin meloloskan diri namun pergerakannya dikunci hebat oleh dato'.

"Aku bagi kau kesenangan, macam ni kau balas dekat aku!"

Satu libasan tali pinggang dihayun ke belakang badan Marla.

"Aku dah cakap aku tak suka!"

Dilibasnya lagi.

"Kenapa susah sangat kau nak faham!"

Dan lagi.

Setiap jeritan tangisan Marla diselang-seli dengan libasan tali pinggang Dato' Mikael. Lama Marla perlu bertahan dengan setiap libasan ayahnya sehinggalah Dato' Mikael sendiri yang berhenti.

Turun naik dadanya mengumpul nafas. Muka dan matanya masih lagi merah. Tali pinggang itu dilemparnya ke atas lantai, lalu dia meraup wajahnya dan menyasar rambutnya, kasar. Dia kini duduk, bersandar pada dinding.

ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWRITE PROCESSWhere stories live. Discover now