Bab 8: Demam

1.1K 137 31
                                    

DING Dong!! Ding Dong!! Ding Dong!!

"Rudy!" laungnya dari luar.

Loceng pintu ditekannya berulang-ulang kali. Marah bercampur kecewa bersama keliru berlari serentak di dalam hatinya. Lelaki memang selalu macam ni ke?

Marah, kecewa dan keliru, semuanya atas asbab yang sama. Dia penat-penat bangun pagi buatkan bekal untuk Rudy, tapi lelaki itu pula yang tidak hadir hari ini. Rasa macam apa yang dia buat untuk lelaki tu sia-sia belaka.

"Rudy, awak keluar sekarang!"

Sekali lagi satu jeritan yang lantang, keluar dari mulut gadis kecil yang bertudung kuning itu.

Habis sahaja kelas akademi tadi, dia terus berlari ke sini. Sekarang baru dia tahu, di mana Rudy tinggal sebenarnya. Jadi Jet memang tahulah apa yang terjadi pada Rudy selama ini? Berani Jet menipu dirinya!

Makin naik darah Iman tika ini. Ergh!

Panas panas panas.

Stres stres stres.

Sakit otak. Sakit hati. Sakit dada.

Ding Dong!! Ding Dong!! Ding Dong!!

Jet yang berada di dapur tercekik tulang ikan akibat terkejut dengan serangan bagai ribut daripada loceng rumahnya. Tergapai-gapai tangannya hendak mencapai secawan air yang terletak di hujung meja.

"Apa... apahal nih?" soalnya cuba, mencari nafas yang tersekat tadi.

Dia bingkas bangun dari atas kerusi dan melangkah ke pintu. Tekan loceng pon tak boleh nak rilek. Siapa nih? Dengus Jet dalam hati.

Nasib baiklah kedua-dua ibu bapanya sibuk bekerja sehingga lewat malam. Kalau tidak, sudah lama dihambatnya dengan penyapu orang jakun yang tak pernah jumpa loceng rumah ni.

Sebelum Jet membuka pintu rumahnya, dia menyelak langsir pada tingkapnya terlebih dahulu ingin melihat manusia mana yang tekan loceng serupa nak roboh ni.

Keningnya langsung ternaik ke atas. Macam tak percaya dia dengan apa yang dia lihat. "Iman?"

********

"MANA dia? Mana bilik dia?" tanya Iman, terus menyerbu masuk ke dalam rumah Jet tanpa salam. Amboi, perangai lawanya.

"Weyh, kejap..." terkocoh-kocoh Jet berlari mengejar Iman. Badan kecik tapi kaki laju naw.

"Berani betul dia ya?" Iman melilau mencari satu-satunya lelaki yang membangkit kemarahannya.

"Weyh, kalau ya pun duduklah dulu," kata Jet, cuba untuk menenangkan amarah Iman yang sedang membara.

Tidak jumpa dengan apa yang dicari, dia lantas memaling ke arah Jet. "Saya nak awak tunjukkan saya bilik dia." arah Iman, mempedulikan ajakan Jet tadi.

Tiada masa lah dia nak duduk minum air makan bagai. Dia nak Rudy! Dia hendak bercakap dengan landak itu.

"Haa?" ternganga Jet mendengar ayat yang terkeluar dari mulut Iman. Weyh, agaklah weyh, datang-datang terus cari bilik jantan.

Melihat respon Jet, Iman mendengus kasar. "Ah, lantaklah. Saya cari sendiri!" pekiknya, mula mendaki anak tangga rumah Jet.

Jet masih lagi berdiri di situ terkulat-kulat. Ni rumah siapa sebenarnya ni? Dia meraup mukanya dan pantas mengejar Iman semula.

Iman bergerak ke sebelah kanan. Matanya mendarat pada sebuah bilik yang tidak tertutup pintunya. Tanpa berfikir panjang, dia terus meluru laju ke arah bilik tersebut.

ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWRITE PROCESSWhere stories live. Discover now