Bab 35: Love

900 74 55
                                    

LEMAH langkah Iman di dalam kawasan sekolah dengan baju sekolah. Dia baru saja selesai misi. Teguran Ejen Leon berkenaan persembahannya sebentar tadi, masih sakan berdesing di telinga. Dan itu sedikit sebanyak meruntuhkan semangat Iman.

Susahnya nak jadi ejen.

Keluh hati Iman. Letih dan sedih. Tanpa dipinta kakinya diorak menaiki tangga. Iman terasa ingin mengambil udara segar di bumbung sekolah.

Sementelah juga ingin memujuk diri sendiri. Setelah apa yang terjadi hari ini, Iman semakin tak yakin pada diri. Kerana dia, misi mereka gagal. Lagi.

Boleh ke dia direkrut ke akademi? Layak ke? Iman merengus memikirkan semua itu untuk kesekian kali. Sarat persoalan tanpa jawapan mengundang curiga pada diri.

Sudah dia kata seni wushu bukan seni yang spesifik untuk pertahanan tetapi persembahan. Gerakannya lebih kepada tarian bukan berlawan. Wushu tak sama macam Kung Fu atau taekwando atau Karate atau Muay Thai atau silat pencak semua itu. Iman mengeluh lagi.

Ya Allah... kenapa dalam ramai-ramai, aku Kau pilih untuk berkhidmat di bawah M.A.T.A.? Iman menguak pintu bumbung sekolah.

"If You love me... why did You do this to me?"

Terus terhenti langkah gadis itu. Tangannya pada tombol pintu tak teralih. Terkebil Iman sesaat. Suara yang seakan merintih itu membuatkan tubuhnya membeku.

"If this is what You called 'love', why is it hurt?"

Rintihan itu kedengaran lagi. Mencipta kerut pada dahi Iman. Love?

Cinta? Ke sayang? Eh... tapi apa beza?

Iman mengetap bibir. Bermacam andaian bermain di fikiran kurang matangnya itu.

"I could barely sleep every night. I'm trying my best to understand, but all I got was nothing but self pain. I was paralyzingly numb with this agony so please... take it from me. Take all these pain... left nothing inside of me but empty."

Semakin Iman terpinga, semakin kuat juga andaian yang bermain di kepala. Perempuan itu bercakap dengan siapa? Gaduh ke?

Kira-kira 30 saat yang hanya berlagukan esakan sayu, Iman membuat keputusan untuk pergi saja dari situ. Tak mahulah dia ganggu perempuan yang tidak dikenalinya melayan perasaan.

Nampaknya bumbung dah dicop. Iman mengeluh perlahan. Pergi Taman Herba sekolah ajelah. Di situ ada kolam Ikan Koi. Boleh la juga ikan-ikan itu jadi peneman duka nestapanya. Tombol dilepaskan sebelum dia berlalu pergi.

"Why... just why, ya Allah..."

Lagi, Iman terhenti. Terus terbuntang sesaat mata bundar miliknya. Dia tak silap dengar bukan?

Bibir Iman digigit perlahan. Jadi perempuan ini sedang bertutur dengan Tuhannya. Bertutur dengan Tuhan sewaktu tiada sesiapa di sekitar.

Iman memusingkan kembali tubuhnya. Terbatal niatnya ingin ke taman dek rasa ingin tahunya yang membuak-buak.

Nampaknya bukan jiwa Iman saja yang diuji Allah tika ini. Dia bersembunyi di balik pintu, tak mahu dirinya kelihatan. Telinga dipasang, menangkap setiap bait kekata perempuan yang membelakanginya.

"Why did You created me in the first place, if You just gonna give me the massive agony!" soalnya tersedu sedan. Dada kecilnya dipukul berkali-kali. Cuba menghalau segala sakitnya pergi namun tak berkesan.

Konkrit dingin bumbung itu menjadi tempat dia merebah seluruh sendi. Melutut hanya pada Sang Rabbi. Lemah... lemah sangat jiwa hawa yang kian diperhampa seisi duniawi.

ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWRITE PROCESSWhere stories live. Discover now