28 Bangkok

2.2K 141 27
                                    

SAMPAI sahaja di Bangkok,Rayyan dan Raihana menaiki teksi yang sememangnya sudah berada di sana.

Raihana dan Rayyan sama sama duduk di belakang.

Tanpa mempedulikan Raihana yang memandangnya semacam,Rayyan mengalihkan pandangan ke luar tingkap.Pura pura memandang keadaan sepanjang jalan di bandar Bangkok itu.Tak kurang dan tak lebih macam keadaan di bandar Kuala Lumpur.Sama sama sibuk.

Dalam diam,Raihana mengeluh.Dia lapar sebenarnya.Pagi tadi dia hanya sempat menjamah sekeping roti sahaja sebab Rayyan sibuk sangat tercegat di depan rumah dia.Lelaki itu.Kalau dah janji pukul 8 lagi.Lambat satu minit memang tak boleh blah laa.

Sekaramg sudah pukul 12.45 tengahari.Raihana diam sahaja.Malas nak bercakap dengan kutub utara tu.Maklum laa dia masih marah tentang perkara yang berlaku semalam di pejabat.Bercakap dengan Raihana pun nak tak nak saja.

Perjalanan dari lapangan terbang Bangkok ke hotel yang didiami oleh mereka hanya laa memakan masa setengah jam.

Setelah membayar tambang teksi,Rayyan menonong mengheret bagasi begnya masuk ke dalam hotel mewah itu meninggalkan Raihana sendirian.

"Kan ada aku kena culik baru risau macam kucing mati anak.Ni Thailand bukan Malaysia."bebelnya sendirian.Bibirnya dicebik sebelum kakinya turut melangkah masuk ke dalam hotel itu.

Kelihatan Rayyan sedang mendaftar masuk di kauter itu.Wajahnya memang serius habis.Raihana mencebik lagi.Dia mengejek lelaki itu.

"Dah memang ais tu akan selamanya ais laa.Macam mana laa nasib aku kahwin dengan dia nanti?"

Rayyan mengucapkan terima kasih setelah mendapatkan kunci bilik hotel itu.Dia berpaling ke arah belakang mencari kelibat tunangnya.Kaca mata hitamnya tersangkut elok di atas hidung menyerlahkan lagi kekacakan yang sedia ada.

"Dalam hotel pun pakai cermin mata hitam,kau rasa?"bibirnya mengomel kecil memandang lelaki itu mula mendekatinya yang tercegat berdiri di sebelah sofa menunggu.

"Dah siap ke?"soal Raihana membuatkan dia mengecilkan matanya apabila lelaki itu tidak menjawab malah hanya terus berlalu ke arah lift.Dasar mamat ais.

Dalam lift,membawa dua orang tunangan yang masing masing bisu.Lelaki yang bersut kelabu tua dan gadis yang memakai baju blouse bersama seluar slack putih membisu sehingga laa detingan lift berbunyi menandakan mereka sudah sampai.

Tanpa sebarang kata,aegugus kunci disuakan pada Raihana.Raihana tercengang sebelum mengambilnya.

"Terima kasih,bos"ucap Raihana.

Namun,Rayyan berlalu pergi ke lalu biliknya.Sampai sahaja pada nombor bilik yang tertera pada kunci,dia mengimbaskan kad akses itu.Automatik pintu terbuka.

Rayyan terus berlalu masuk ke dalam biliknya membawa bersama bagasi hitam miliknya.Tidak mempedulikan Raihana yang galak memerhatikan dirinya seperti kehairanan.

"Marah sangat ke dia dengan aku?Sampai satu patah perkataan pun tak nak bercakap dengan aku ni?"

Raihana hanya mampu mengeluh sahaja.Pintu yang tertutup itu dipandang kesal.Lelaki itu yang terlalu ego atau mulut dia yang terlalu bebas berkata kata?Padahal benda yang dia cakap tu betul?Kan?











Raihana merebahkan badannya ke atas tilam empuk itu.Segar raaanya badan setelah mandi.Mewah jugak bilik hotel yang dia diami ini.Lengkap dengan berbagai alatan moden dan canggih.

Televisyen skrin besar yang tergantung di dinding bertentangan dengan katil,dipandang Raihana.Perutnya berkeroncong,tapi cuba dihiraukan.

Nak keluar makan sendirian?Dia tidak berani.Ni bukannya Kuala Lumpur.Sekali pun bukan Kuala Lumpur,Malaysia boleh tahan lagi.Tapi ni Thailand.Tempat yang sangat asing bagi diri dia.

Remote dicapainya,jarinya lincah menekan butang remote itu menukar siaran televisyen.Hampir 10 minit mencari siaran yang diminatinya namun tiada.Semuanya membosankan.

Banyak jugak cerita negara itu,namun Raihana kurang gemar melayan cerita luar negara.Setakat Akasia pukul 7.00 malam tu boleh laa.Ni drama Thailand.Memang tak laa.Dia menekan off pada remote sekali gus mematikan suara dan gambar yang terpapar pada televisyen iti tadi.

Kemudian,dia mengambil iphone yang terletak cantik di tengah katil itu.Raihana meniarap sambil membuka aplikasi instagram.

Banyak yang menarik di laman sosial itu.Jarinya menekan temlat carian.Mencari apa benda yang menarik  di negara gajah putih ini.

Dengan internet dan line yang laju,membuatkan apa yang dicarinya terpapar keluar dengan cepat.

Banyak yang ada,antara benda yang tersohor pasti laa makanan dan tempat yang menarik kan?

Raihana tersenyum gembira membayangkan dia dapat merasai makanan makanan itu semua sambil melawati temlat menarik itu.Namun dengan keadaan dia dengan Rayyan yang sorang ke timur,sorang ke barat.Agak agak boleh ke?

Raihana mencebik sambil mengeluh kecil.Lampu di otaknya tiba tiba bernyala membuatkan Raugana tersenyum senget.

Dia menekan tempat carian lagi sekali,matanya mengecil saat menaip sesuatu di skrin telefonnya itu.

"Apa username dia hah?"nama singkatan lelaki itu ditaip namun tiada hasil.Hanya keluar mamat mamat acah handsome tapi bukan tunangnya sendiri.Dicari lagi,Rayyan Hadif.Masih tiada hasil.

Takkan laa mamat beku tu anti media sosial kot?CEO zaman bila tu?

"A haaaaa"jarinya dipetik sambil bibirnya menyungging senyuman teruja.Pantas saja dia menekan nama itu.










Rayyan tercelik dari lenanya.Jet lag laa kata kan.Selepas masuk bilik tadi,dia membersihkan dirinya terlebih dahulu sebelum duduk di atas katil melayan televisyen.Sengaja dia berbuat begitu.Hajatnya nak bawa tunangnya makan dalam pukul 1.30 macam tu.

Dalam melayan mata menonton televisyen,Rayyan terlelap dengan televisyennya tidak tertutup.

Rayyan bangun dari pembaringan kemudian dia melentokkan kepalanya ke kiri kemudian beralih pula ke kanan.Jam tangan yang diletak di meja kecil sebelah katil dipandang.

4.59 petang?

"Ya Allah,tunang aku?"katanya separa terjerit.Macam mana dia boleh terlelap sehingga lewat macam ni?

Habis laa gadis itu menahan lapar kerana dirinya.Atau Raihana sudah keluar terlebih dahulu?

Tak menunggu lama,Rayyan bingkas berlari masuk ke dalam bilik air untuk mandi.Ala kadar pun ala kadar aje laa.Janji cepat!









Hai hai?hahahha tak log out lgi erk..

Nti laa sehari sebelum buka sekolah ak log out eh.Tapi tapi tapi..bergantung pada kerajinan ak laa nk update atau tak sebelum log out.

Okay bye.

MR ICEWhere stories live. Discover now