11 mungkir

2.1K 150 13
                                    

DALAM perjalanan pulang ke rumah Raihana,mereka berdua hanya diam bertemankan celoteh dj radio sehinggalah Rayyan memecahkan kesunyian tersebut.

"Esok 8.00 pagi aku ambik kau dekat rumah kau"

Raihana menoleh.Tadi dia sibuk tengok jalan kat luar tingkap.

"Hah?okay encik Rayyan"

Rayyan nengetap bibirnya.

Dia ingatkan gadis itu nak membantah tapi tidak.

"Kau ada boyfriend?"soalnya lancar.

Raihana terpana.

"Err saya tak rasa perlu jawab"balasnya.

Apa hal mamat kerek ni?

"Emm aku aku cuma tanya.Salah ke?"

Aduh mulut,apahal bodoh sangat pergi tanya macam tu?

"Errr takda"jujurnya.Dia menunduk memandang ribanya.

"Oh"tu je yang keluar dari mulut wajah dingin itu.

"Encik Rayyan ada girlfriend?"soalnya kembali.

Rayyan memandangnya sekilas.Soalan gadis itu tidak dijawab.

Raihana mencebik.

"Mesti banyak sampai tak boleh nak jawab"tebaknya.

Rayyan mengetap rahangnya.

"What do you mean?"soalnya keras.

"Saya cakap encik Rayyan mesti ramai girlfriend sampai tak boleh nak bagitahu yang mana satu kan"ulangnya tak bersalah.

"So kau kata aku playboy?"soalnya lagi.

"Ha ah"sahut Raihana kembali.

"Encik Rayyan,boleh saya tanya sesuatu tak?"

Rayyan hanya menggumam kecil.

Raihana membetulkan posisi duduknya.

"Kenapa encik Rayyan suruh saya kerja dengan encik?"soalnya.

Yalah kata taknak tengok muka dia lagi.

Rayyan berdecit.

"Shut your mouth"katanya dingin.

"Kenapa?Bukan ke encik taknak saya tunjuk muka saya dekat encik lagi.Habistu kenapa suruh saya kerja dekat syarikat encik lebih lebih lagi sebagai PA.Jawatan tu memang kena hadap muka sentiasa"keluhan kecil terbit dari mulut Raihana.

Rayyan mengetap bibirnya sebelum signal diberikan ke bahu jalan.

Raihana berkerut pelik.Sekeliling dipandangnya.Sunyi laa dah petang ni.Hanya kereta Rayyan aje yang ada.

"Turun"kata Rayyan keras.

"Ke-kenapa?"tali pinggang keledar dipegang erat.

"Turun.Aku tak suka orang merapu"katanya dingin.

Raihana meneguk laju air liur.

"Saya tak merapu encik.Saya cuma cakap hal yang betul.Tolong jangan tinggalkan saya kat sini"rayunya.

Namun Rayyan buat beku.

"I said get lost"suaranya naik seoktaf.

Raihana laju menggeleng.

Air matanya mengalir tanpa sempat ditahan.Kalau tahu begini sumpah dia takkan terima ajakan mamat beku ini.

"Tak nak turun?"soalnya keras.

Laju Raihana menggeleng.Dia mengenggam erat tali pinggang keledar yang terpasang pada tubuhnya.

Tangan Rayyan menyentuh punat seatbelt tersebut membuatkan Raihana makin laju menangis.

Rayyan tahan tawa.First time tengok budak ni nangis.Biasanya melawan aje kerja.

"Encik tolong.Saya taknak kena tinggal.Saya takut"pucat lesi wajahnya.

"Aku tak suka orang yang lawan cakap aku.Macam kau suka lawan apa yang aku cakap"katanya.

Raihana mencebik tersedu sedan.

"Janji dengan aku kau takkan lawan aku lagi"

Raihana laju angguk.Takkan nak lawan lagi mamat beku yang takda perasaan ni.

Rayyan melihat wajah Raihana yang lencun dengan air  mata itu.Habis merah wajah gadis itu akibat kuat menangis.

"Sekali lagi kau buat perangai merapu tah apa apa aku buat lebih dari ni,faham"herdiknya.

Raihana angguk.Dia bersyukur lelaki itu tidak meninggalkan dia sendirian di tepi jalan yang sunyi itu.

Kereta mula bergerak kembali menuju ke rumah Raihana.





Rayyan memberhentikan keretanya di rumah Raihana,tak nampak kereta uncle Fauzi.Belum balik lagi ke?

Raihana di sebelah sudah terlentok tidur.Penat sangat kot menangis tadi.

Rayyan sengih dalam diam.Saja je dia nak kenakan gadis itu.Biar dia tahu betapa berkuasanya seorang Rayyan Hadif yang tak boleh sewenang wenangnya nak lawan walaupun dengan sepatah perkataan.

"Mikayla bangun.Dah sampai"sekali kejut gadis itu terus sedar.

Matanya memerhati sekeliling untuk memastikan sama ada betul ke tidak dakwaan lelaki itu.

Macam mana boleh terlelap ni?Buatnya mamat beku tu bawa dia ke...

"Dah sampai kan?Turun laa.Tunggu aku hampar merpet merah baru nak turun?Ke nak aku dukung?"suara garau Rayyan mematikan lamunan Raihana.

Dengan kalut dia membuang seatbelt itu apabila perasan mata biru itu memandangnya tajam.

"Be calm"tangan kasar milik Rayyan menekan punat itu sekaligus meleraikan tali pinggang keledar itu dari tubuh Raihana.

Raihana berbahang.Malu tahap dewa ni.

"Terima kasih encik Rayyan"ucapnya.

Namun Rayyan tidak bereaksi.Angguk pun tak.Matanya tunak memandang Raihana dengan pandangan yang Raihana sendiri tak boleh nak tafsirkan.

"Esok encik ambik saya.Nombor telefon saya encik simpan?"soalny.

Kening Rayyan terjongket.Sudut bibirnya ternaik.

"Kau nak tackle aku?"soalnya serius namun Raihana dapat rasakan dia mengusik.

"Tackle kenapa?"

"Mintak phone's number"

Raihana menggeleng.

"Tak.Saya tanya je kalau encik perlukan apa apa"katanya segan.

Mamat ni aku hempuk jugak kang.Perasan!

"Are you sure?Atau memang nak phone number aku?"soalnya lagi.

Lantas Raihana menggulingkan bebola matanya.

"Suka hati encik Rayyan laa"kata Raihana lalu terus keliar dari perut kereta milik majikannya.

Dia melangkah laju masuk ke dalam rumah.Langsung tidak berpaling melihat Rayyan yang masih berada disitu.

Hilang kelibat Raihana dalam rumah,Rayyan mengeluh kasar.

Gadis itu tadi bukan main menangis sebab takut dia tinggalkan dekat tepi jalan.Tu elok elok aje.

Betul ke dia okay?











Nah,esok lps sahur xthu dlt update x..sbb mmg busy..dgn line nya slow..idea xde..adoiii laaa

MR ICEWhere stories live. Discover now