4 tolong

2.4K 176 30
                                    

RAYYAN berjalan masuk ke dalam restoren tersebut dengan lagak biasanya.Dia mengambil tempat di sudut terselindung.

Beberapa ketika kemudian datang seorang pelayan perempuan sambil membawa menu.

Muka takpayah cakap laa.Tersengih sengih macam kerang over busuk.

"Order encik"katanya.

Rayyan angguk sahaja.Wajahnya menunjukkan dia tidak berminat dengan perempuan tersebut.

Eleh padahal dengan mana mana perempuan pun tak berminat.

"Latte Cappucino,please."katanya seraya menutup buku menu tersebut.Dia memandang kearah pelayan tersebut yang masih merenungnya sambil tersengih itu.

Kening diangkat sebelah membuatkan gadis itu segera menunduk lalu bergerak pergi.

Rayyan berdecit.Pantang tengok lelaki.

Mata helangnya mencari kelibat seseorang namun tiada.Mungkin belum sampai lagi kut.

Tab berjenama Iphone dikeluarkan lalu email diperiksanya jikalau ada klien yang menghantar mesej yang penting.

Sesekali matanya meninjau sekeliling.Sengaja dia mengambil tempat yang boleh menampakkan pintu masuk restoren itu.

Kejap lagi sampai laa tu.




Raihana mendengus.Bibirnya bawahnya dicebik halus.

"Aku baru nak lunch situ.Kau ada.Asal takda kedai makan lain ke?"omelnya tak puas hati.

Baru sahaja dia mahu masuk ke restoren itu matanya menangkap kelibat mamat kerek itu sedang memesan makanan,segera Raihana bergerak keluar daripada bertembung dengan mamat kerek itu.

Dia berjalan ke stesen bas berdekatan.Malas nak drive harini.Dia suruh Pak Mat sahaja yang hantar ke sini.

Mulutnya mengomel tidak puas hati.

Semua ni mamat kerek tu punya pasal.

Eihsss bencinyaaaa.




Sudah setengah jam Rayyan berada di situ,namun batang hidung orang yanh ditunggu tidak kelihatan langsung.Nasib baik dia tiada mesyuarat penting hari tersebut.

Selesai membuat pembayaran,Rayyan melangkah keluar dari restoren tersebut.Langkah ke kereta mewahnya dituju untuk pulang ke pejabat semula.

Seketika dalam perjalanan,matanya menangkap seorang gadis bertudung biru lembut sedang duduk di stesen bas itu.Tapi bukan keseorangan.Bertemankan dengan dua orang lelaki.Makin jelas wajah gadis tersebut.Mat mat tu macam mat rempit aje.

"Hey korang tak ada kerja ke hah selain kacau orang"marah Raihana.

Malah mat rempit tersebut tersengih hodoh.

"Alah cik adik.Nak berkenalan pun susah.Meh laa abang hantarkan ke syurga"kata salah seorang daripada mereka.

Seorang lagi berdekah kuat.Tanla menyedari Rayyan sudah pun keluar dari perut kereta menghampiri mereka.

Salah seorang mat rempit itu mula bertindak kurang ajar.Dia menyentuh dagu Raihana membuatkan Raihana menjerit lantang.

Tak menunggu lama.

Buk!

Mukanya dihadiahkan satu tumbukan padu daripada Rayyan membuatkan mereka terkejut.

"Blah blah"kata seorang lagi sambil menarik kawannya yang ditumbuk.

Mereka segera beredar dari situ meninggalkan Rayyan dan Raihana.

Raihana terkelu.Wajah tegang milik Rayyan dipandangnya.Jejaka itu seperti selalu.Tidak menunjukkan sebarang riak.

Baru selangkah Rayyan bergerak,Raihana terus bersuara.

"Err..encik."tegurnya.Rayyan kembali berpaling.Matanya menikam kedalam anak mata Raihana.

Jantungnya berdegup laju namun dia menahan.

"Terima kasih sebab tolong saya"ucap Raihana segan.Dia mengaru sisi tudungnya untuk menghilangkan rasa janggal yang bertamu dalam hati.

Rayyan diam.

"Biar aku hantar kau balik"katanya lalu melangkah meninggalkan Raihana sendirian.

Raihana terkaku.

Aku salah dengar ke?

Hon dari kereta membuatkan Raihana tersentak.Segera diatur langkah menuju ke kereta mewah Rayyan.

Tetapi dia tidak masuk,hanya tercegat disebelah kereta tersebut.

Rayyan menurunkan cermin keretanya.Wah dalam kereta pakai cermin mata hitam eh?Keluar tadi tak pakai pun.

Tapi apa apa pun tetap kacak.Sempat Raihana puji.

"Saya rasa err takpa laa saya balik sendiri aje.Menyusahkan encik aje"katanya.

Rayyan diam.

"Okay"tak membantah dia menaikkan semula cermin tingkap kereta lalu bergerak meninggalkan Raihana sendirian.

Raihana ternganga.

Macam tu aje?

Poyo aje lebih.

Telefon diambilnya.

Nombor Pak Mat ditekan lalu menyuruh driver papanya datang mengambilnya di stesen bas.





Rayyan tersenyum nipis.

Sengaja dia tinggalkan gadis tersebut sendirian di situ.Orang offer konon taknak.

Kepalanya digeleng perlahan mengingatkan kelakuannya sebentar tadi.

Motif di tunggu di restoren tersebut?

Kenapa dia selamatkan gadis itu daripada dikacau oleh mat rempit?

Adakah gadis lain ditempat tadi dia akan membantu?

Rasanya tak.

Apa sudah jadi dengan dirinya?

Senyuman dipadamkan lalu diganti dengan ketawa sinis seketika.

Digeleng kepalanya lagi.

Macam tak waras!




Raihana masuk kedalam biliknya sebelum ditutup rapat pintunya.

Dia menghempaskan badannya keatas katil besar miliknya.Seketika dia menekup wajah pada bantal sambil memukul tilam itu.

"arghhhh...eee benci benci benci"jeritnya.Nasib baik biliknya dinding tebal.Tak dengar laa sampai luar.

Tudung sudah senget benget.Dia bangun bersama muka cemberutnya.

"Aku dapat mamat tu aku siang siang bagi buaya makan.Eish ada ke patut tinggal aku sorang?"marahnya seorang diri.Nasib baik kereta papa tiada di garaj.Pasti belum pulang.

"Lain kali dah jangan nak offer aku kata nak hantar balik laa.Last last tinggal aku juga.Eee bencinya mamat kerek tu"entah emosi pulak dia pada harini.

Terbayang wajah si tampan kerek itu tadi.

Takkan tak tahu kalau perempuan buat ayat macam tu sebenarnya segan.Bukannya taknak!

Eh wait!dia kan mamat beku.Mana nak tahu pasal perempuan kan.

"Eh dah laa buat apa aku ingat kat mamat kerek tu.Buat sakit jiwa je"bentaknya sebelum kembali menekup muka di bantal.










SUKA TAK SUKA BELAKANG KIRA..😟😟😟

COMMENTS LAA YG MURNI MURNI SIKIT GUYS..BG SEMANGAT AK NK UPDATE👉👈

MR ICEWhere stories live. Discover now