19 💖

2K 233 43
                                    

" HIT YOU WITH THAT DDU DU DDU DU "

" Assalamualaikum orang-orang kampung ! Selamat hari raya !!!!! "

Jeritan Mark pada jam 6 pagi mengejutkan rakan-rakannya yang masih lena dibuai mimpi.

Dia memasang kamera dan merakam dirinya.

" Yow guys , wassup , assalamualaikum guys , so hari ni hari yang paling dinantikan umat Islam setelah sebulan kita berpuasa. Kita sudah tiba dibulan syawal. "

" Hoi. " Mark melihat kearah pintu bilik. " Kau dah kenapa bising macam ni ? Aku nak tidur pun tak senang. " Johnny menegur.

" Hyung , hari ni kita raya hyung ! Pergi siap cepat ! Taeyong hyung tengah mandi , lepas tu hyung pula mandi tau ! "

Sambil merakam Johnny , dia mendekati abang kesayangannya.

" Kau dah mandi ke belum ? " Johnny bertanya sambil meraup wajahnya , dia masih mengantuk. Sudahlah kena bebel dengan Taeil malam semalam.

" Belum ,hyung. Hyung mandi dulu. " Mark berkata sambil tersengih memandang Johnny. Johnny senyap , memandang Mark.

" Kau memekak pagi-pagi buta lepas tu kejutkan semua orang , ni sekarang ni dengan bangga kata tak mandi lagi ? "

Mark hanya ketawa. " Alah , hyung. Raya kot hari ni , kan yang tua didahulukan. " Mark bersuara.

" Eo ? Taeyong hyung sudah mandi~ tapi kita tak boleh rakam sebab Taeyong hyung seksi sekarang ni. So , Mark akan pergi rekod muka manusia-manusia didalam rumah ni yang belum bangun tidur. "

Mark masuk kedalam bilik Johnny memandangkan Johnny berkongsi bilik dengan Yuta , dia menghampiri Yuta yang masih dibuai mimpi.

" Yuta hyung ~ " Mark menggerakkan tubuh Yuta manakala sebelah tangannya lagi merakam wajah Yuta.

" Aku mengantuk ni , janganlah kacau aku. " Yuta membalas. " Hyung , hari ni raya hyung. Siap siap pakai baju raya baru. " Yuta bangun.

" Kau rakam ke ? " Yuta bertanya , Mark mengangguk. " Haah. " Mark menjawab. Yuta memandang kearah kamera , sambil menutup wajahnya dia melambaikan tangannya kearah kamera mengundang tawa Mark.

" Okay , Yuta hyung dah bangun. So kita pergi bilik sebelah pula. Bilik Jaehyun hyung, lepas tu bilik Taeil hyung dengan Jungwoo hyung. " Mark berkata sambil keluar dari bilik bersama Yuta.

Baru sahaja mahu membuka tombol pintu bilik Jaehyun ,

" Eo ? Kunci ! Jaehyun hyung kunci bilik dia. " Mark berkata pada kamera. Yuta cuba membuka pintu bilik Jaehyun.

" Jangan tiru aksi ini. " Yuta berkata pada kamera sebelum dia cuba menendang pintu bilik Jaehyun membuatkan Mark ketawa besar.

" AHAHAHAHAHAHAHAHAHA HYUNG ! HYUNG ! "

Tak lama kemudian , Jaehyun akhirnya membuka pintu biliknya. Laju Jaehyun menarik Yuta masuk kedalam biliknya membuatkan Mark ketawa lebih kuat.

Yuta dibelasah oleh Jaehyun diatas katil. Mereka (Mark dan Yuta )berdua ketawa besar. Mark pula sudah terduduk merakam aksi Jaehyun membelasahi Yuta.

" Hyung , mandi ! Kita nak pergi solat sunat hari raya ni. Johnny hyung tengah mandi. Cepat cepat ! " Mark berkata. Jaehyun hanya duduk diatas katil , dia masih mengantuk.

Dia , Yuta dan Mark melangkah keluar dari bilik , Jaehyun melangkah ke ruang tamu , dia baring diatas sofa. Dia perlu menikmati masa yang terluang selagi masih ada.

NCT SAMBUT RAYA Where stories live. Discover now