4 💖

2.4K 293 94
                                    

" Mark , surau jom ! " Jaehyun memanggil dari luar.

" Haaa okay ! " Mark sekadar membalas. Dari tadi dia sibuk edit video yang bakal diupload tepat pukul  8 nanti.

" Aku pergi dululah kalau macam ni. " Jaehyun langsung keluar dari rumah tersebut , tak mahu membuang masa.

" Lambatlah kalau nak tunggu dia tu , kita pergi dululah. " Taeyong bersuara , sibuk membetulkan baju melayu berwarna kelabu agar nampak kemas.

Sibuk melihat penampilannya dicermin , Jungwoo yang mengenakan baju melayu berwarna oren dan seluar slack disebelahnya turut berdiri disitu.

" Eh , tercegat dekat sini kenapa ? " Taeyong menyoal. " Aik ? Cermin ni abang punya seorang ke ? " Jungwoo menyoal kembali.

" Tak adalah. Tak nampak kita tengah dekat depan cermin ni ke ? " Taeyong memerli. " Nampak , tapi tulah , cermin dalam rumah ni bukan abang seorang punya je. " Jungwoo membalas.

Dia menggerakan punggung kearah Taeyong , sengaja dilanggar membuatkan Taeyong jatuh tersungkur atas lantai.

" Hoi ! Apahal !? Nak gaduh ? " Soal Taeyong , dia kembali bangun.

Baru saja mahu menolak Jungwoo , Doyoung terlebih dahulu bersuara.

" Eh , kita nak pergi solat , bukan nak gaduh. Niat nak pergi surau dah elok , ni nak bergaduh pula. Nak ikut perangai syaitan ke ? " Doyoung menyoal.

Taeyong menarik muka. Dia membetulkan rambutnya yang serabut. Dia menjeling Jungwoo dan melanggar bahu Jungwoo secara sengaja.

" Johnny , jom ! " Lengan Johnny dipeluk , Johnny yang sibuk membutangkan baju melayunya terpinga-pinga.

Tanpa membuang masa , dia sekadar mengikuti Taeyong.

Taeil dibelakang sekadar menggelengkan kepala.

" Benda kecil pun nak gaduh. Dari zaman sekolah sampai sekarang , Taeyong tak pernah berubah. " Taeil berkata sendirian.

" Diakan memang macam tu. Sebab mulut dia , dengan sutun dia tu , jenuh senior-senior kitaorang dulu ejek kitaorang kawan dengan dia. " Yuta bercerita sambil membetulkan kain pelikat yang dibeli Mark dua hari yang lepas.

" Tapi tulah , sesutun dia pun , ada peminat. Tak faham aku. " Yuta berkata dengan hairan.

" Dah , jom " Mark keluar daripada biliknya , songkok dibetulkan diatas kepalanya. " Jom ! Jom ! Jom " Doyoung menolak Mark , Yuta dan Taeil keluar dari rumah , diikuti Jungwoo.

Sementara itu ,

Haechan duduk diatas sofa. Sambil menjamah nasi goreng yang dibelinya tadi.

" Terawihlah " Jeno mencampakkan baju melayu berwarna hitam tepat dimuka Haechan.

" Sabarlah , nak makan. " Haechan membalas. " Ish , buka puasa dah makan , ni makan lagi. Mana tak gemuk ? " Jeno membebel.

" Alah , bukan selalu. Kan dia tak sempat sahur tadi. " Jaemin membela Haechan.

" Yeoksi~ " Haechan mengangguk setuju dengan Jaemin. Jeno mengerut dahi.

" Apa-apa jelah. Ni , aku nak kauorang berdua ada dekat surau nanti. Chenle dengan Jisung dah pergi. Aku dengan Renjun nak gerak surau. Selalunya kauorang nilah yang paling susah nak nampak pergi surau. " Jeno bersuara sambil melangkah kearah pintu rumah.

" Ya , bapak tiri. Kejap lagi kitaorang pergi. " Haechan memerli. Renjun yang sudah tunggu diluar rumah itu sekadar menggelengkan kepala.

Bajunya yang sedikit besar serta dia mengangkat kain pelikatnya sedikit mengelak jejak ke tanah.

" Jomlah , diaorang pergi nanti " Jeno mengajak Renjun.

" Apa nak jadi ? Umur je bertambah , perangai tak berubah langsung. Harap muka je handsome , ni nak jadi imam pun tak lepas ni. Apatah lagi nak jadi suami orang. "

Renjun bersuara namun didengari Haechan dan Jaemin didalam rumah.

" Haih , jomlah. Memekak pula orang tua ni. " Haechan menutup bekas nasi goreng yang dibeli dan segera menukar baju dan ambil wudhuk.

" Nah , bagi nampak alim sikit. " Jaemin menghulurkan songkok kepada Haechan.

" Hmm , yelah. Kau tak pakai ? " Soal Haechan , memandang Jaemin.

" Muka aku tak nampak macam ahli syurga ke ? " Soal Jaemin , sambil tersenyum manis.

" Muka ahli syurga apa kalau kau pun ada niat nak ponteng puasa. " Haechan langsung beredar. Jaemin menarik muka muram.

Dia mengekori Haechan dari belakang. Dia orang yang terakhir keluar dari rumah , jadi dia perlu mengunci pintu rumah.

" Haih , baru nak keluar pergi surau ke ? " Kun menyoal Haechan dan Jaemin , sambil mengipas wajahnya dengan kipas tangan.

" Kenapa tak pergi awal-awal ? Kan nampak macam jejaka idaman. " Kun bersuara.

" Abang Kun nak jadi jejaka idaman ke ? " Haechan menyoal. " Eh , mestilah nak. " Kun membalas.

" Dah tu , kenapa abang still ada kat sini ? Kan lagi elok datang awal ? " Jaemin menyoal.

Kun sekadar mendiamkan diri.

Hendery , Xiaojun dan Winwin hanya ketawa dibelakang.

" Hoi ! " Kun menegur , segera mereka senyap. " Dah jom , cepat ! Nanti lambat pula " Kun langsung melangkah ke surau, meninggalkan mereka yang lain.

" Boek ah , Haechan. " Jaemin mengangkat ibu jari kearah Haechan.

" Ofcourse , ni Haechan. " Dia berkata dengan bangga.

" Eh , jomlah ! Nanti lambat pula " Haechan langsung menarik lengan Jaemin untuk segera ke surau.

Ditempat yang berbeza ,

" Boleh lepas tak ? Kau ni dah kenapa peluk lengan aku kuat-kuat ,gedik-gedik ni ? " Johnny menyoal , rimas pula dengan Taeyong yang muncung bibirnya dari tadi.

" Diamlah ! Tengah merajuk." Taeyong membalas.

" Suka hati kaulah. " Johnny langsung melayan perasaan sendiri sehinggalah langkahnya terhenti.

" Apahal ? " Taeyong menyoal. Johnny hanya memandang kearah depan , memandang seorang perempuan yang sedang berbual.

" Ya ALLAH , cantiknya ! " Katanya sendirian. " Cantik ? " Soal Taeyong lagi.

Dah kenapa pula dengan Johnny ni ?

" Weh , aku dah jumpa jodoh aku... "

Maka bermulalah episod Johnny si keturunan Seo mencari jodoh.

NCT SAMBUT RAYA Where stories live. Discover now