💖 7

1.9K 254 56
                                    

" Sebentar lagi akan berkumandangnya azan maghrib– "

Laju Doyoung dan Ten berlari keluar dari bilik mereka.

Ten mencapai telefon bimbitnya untuk membuat ig live.

Baru sahaja melabuhkan punggung diatas kerusi dimeja makan , riak wajah mereka berubah sebaik saja melihat juadah berbuka mereka malam ini.

" Tak sabarnya nak makan. " Kata Jaehyun yang berjalan keluar dari bilik bersama Taeil kemeja makan.

Riak wajah mereka juga berubah.

" Apa ni , Taeyong ? " Taeil menyoal Taeyong yang sedang meletakkan pinggan ditempat mereka.

" Apa lagi ? Maggi lah. " Jawab Taeyong sambil melangkah kearah dapur.

Jaehyun memandang Mark dan Yuta , memandang semua dengan riak serba salah.

" Taeyong hyung , hyung tahukan Jaehyun tak boleh makan ma- "

" Tahu. " Taeyong mencelah sebelum dia kembali masuk kedapur. Johnny yang menolong Taeyong hanya senyap.

" Hyung ! " Doyoung berbisik , memanggil Johnny. " Apahal ni ? " Soal Doyoung.

Johnny menoleh kearah Taeyong yang kembali masuk kedalam dapur.

" Merajuk. " Johnny menjawab.

" Lah , kenapa pula ? " Ten bertanya.

" Manalah aku tahu. Taeyong hyung korang nikan tak betul sikit. " Johnny membalas.

" Kau orang buat apa ni ? " Doyoung bertanya kearah mereka bertiga; Yuta , Mark dan Jaehyun.

" Eh , Jaehyun tak buat apa pun tadi. "

Seraya itu , Jungwoo baru saja tiba dimeja makan terkejut melihat juadah mereka hari ni.

" Macam mana Jungwoo nak makan ni ? Nanti gemuk lah I ! Nanti muka I cepat tua ! No ! No ! I tak boleh makan ! " Jungwoo menolak mangkuk magginya.

" I nak nasi ! "

Kata Jungwoo pada Taeyong sebaik saja Taeyong duduk ditempatnya. Jari-jemari Taeyong dimain. Sambil memandang Jungwoo , dia ketawa.

" Kalau you nak nasi , silalah masak sendiri. Kali ni kita makan maggi saja. " Kata Taeyong.

" Tapi kenapa ? " Taeil menyoal. Tak puas hati. Elok saja Taeyong masak lauk-pauk selama ni , kali ni maggi pula , Johnny dah miskin ke apa ?

" Mulai hari ni , Taeyong hanya masak maggi. Jadi , korang semua yang tak reti masak ni , asilalah belajar masak. I nak youtuber yang famous lepas ni. So , I takkan masak untuk you all."

" Mark boleh tolong– "

" HEYY ! " Terperanjat mereka semua apabila Taeyong menjerit tiba-tiba. Jari telunjuk Taeyong ditunjuk kearah Mark.

" Siapa bagi kau buka mulut ? " Soal Taeyong membuatkan Mark menunduk. " Tahu pun nak diam. " Taeyong bersuara.

" Dah , dah. Kita baca doa berbuka puasa. Jangan macam budak-budak sangat. " Johnny menyampuk.

" Hmm , by the way , raya nak dekat ni. Ada apa-apa plan tak , masing-masing ? " Johnny bertanya.

" Oh , about the raya event ya ? I plan nak buat kuih-muih. Buat kek , and then nak masak mihun sup , mi kari pun sedap juga. " Taeyong berkata.

Membuatkan Taeil terliur , Jaehyun menelan air liur sendiri , Mark mengetap bibir , dan Yuta ternganga.

Jungwoo sudah menutup mulutnya.

" Tak surelah. Banyak menu sebenarnya nak masak. So I'll cook 3 or 4 menu lah kalau macam tu. Kuih-muih tu aku minta tolong budak-budak sebelah tolong aku. Diorang tu laju bab duit raya. " Taeyong berkata.

" Mark nak tolong ? " Mark mencelah membuatkan semua memandangnya. Mark kembali menunduk.

" Boleh. Tapi duit raya aku bagi sikit jelah. " Taeyong membalas. Mark tersenyum. " Tak apa !  Anything for hyung ! "

" Tapi aku boleh bagi lebih sikit , kalau kau ajar aku buat akaun youtube , kau kena edit semua video aku , pastikan edit cantik-cantik ya. " Taeyong berkata.

Mark mengangguk laju.

" Jaehyun pun boleh tolong. " Jaehyun mencelah. Kini , semua tertumpu padanya. " Kau boleh tolong apa ? " Taeyong menyoal.

" Err , Jaehyun boleh tolong hyung buat kuih. Masak mihun sup ke , mi kari. Haaaa , Jaehyun boleh bagi plan or menu yang hyung nak masak. "

Jaehyun berkata , berharap Taeyong akan termakan dengan tawarannya.

" Ulala ! Nice one , okay ! Esok Mark kumpulkan geng geng budak sekolah sebelah ni , lepas tu Jaehyun tolong aku pilih menu apa nak buat untuk raya ni. Johnny , jangan lupa , beli barang persiapan untuk raya ni. Kita kena tukar langsir , tukar dekorasi rumah ini. Dah macam reban ayam. "

Johnny meramas kepalanya. Duitnya terbang lagi.

" Tak apa , kali ni Ten tolong hyung bayar everything. " Ten menawarkan dirinya untuk menolong Johnny.

" Good point , esok kita pergi Jakel terus. "

" Oyemji ! Semua betul-betul nak tolong i ker ? " Soal Taeyong. Dia mengambil tisu , mengelap air matanya. Terharu betul.

" Err , hyung , aku nak tolong juga. Ada apa-apa aku boleh buat ? " Doyoung bertanya.

" Wow , first time forever after kau offer diri kau nak tolong aku , Doyoung. Auch ! Terharu ! Kau , Jungwoo , Taeil hyung kena kemas rumah , pergi pilih kain untuk Jungwoo buat baju raya kita tahun ni.

Lepas tu kena tolong Johnny dengan Ten hias rumah ni cantik-cantik. Kena lagi cantik dari rumah sebelah ! Lepas tu jangan lupa , malam raya , semua prepare pergi bank tukar duit , nanti budak-budak nak datang sini minta duit raya. "

Mereka semua mengangguk. " Yong. " Yuta yang lama senyap akhirnya bersuara. " Aku tolong buat apa ? " Yuta menyoal.

" Haaa , good question , Nakamoto. " Taeyong berfikir sejenak.

" Kau kena pergi beli barang nak masak rendang. Ayam dan daging. Aku nak yang fresh punya. Lepas tu , kau dengan Jaehyun tolong aku masak. "

Yuta mengangguk.

" Finally , you guys really membantu tahun ni. Aku tak nak esok korang buat perangai. Kalau korang buat perangai , be prepare kepala korang semua aku gantung dekat depan rumah. " Taeyong bangun , segera menuju ke ruang tamu sambil membawa magginya , nak tengok drama favorite.

Johnny pun hanya ikut Taeyong keruang tamu , turut membawa magginya.

Mereka yang lain mengeluh.

" Menyesalnya aku offer. " Doyoung berkata. " Janji aku ada content nak buat youtube live aku. " Mark berkata dengan riang. Ten juga berseronok.

" Okaylah , tahun ni kita tolong dia. Sebelum ni mana ada kita tolong dia prepare semua ni. Duit semua pakai duit Johnny , yang kita ni ? Terhegeh minta duit raya dari diorang. Apa salahnya sumbang duit untuk diorang juga. " Jaehyun mencelah.

" HAAAAAA NI SATU LAGI ! ZAKAT JANGAN LUPA. " Jerit Taeyong dari ruangtamu.

" Weh , iya do , aku belum bayar zakat lagi. ALLAH , banyak pula kerja. " Ten merungut.

NCT SAMBUT RAYA Where stories live. Discover now