2 💓

3K 326 90
                                    

" Start dari G kan ? "

" F lah , tadikan dah ajar. "

" Haaaa yelah sorry sorry. "

" Dah boleh record en ? " Renjun menyoal. Jeno disebelah mengangguk. Dia mula menekan butang rakam dan mula memetik gitar.

" Dia amat manis , dan juga baik hati.
Dia slalu ada waktu tuk membantuku.

Namun aku bingung ketika dia bilang cinta , dan dia juga katakan tuk ingin jadi kekasihku.

Cukuplah saja berteman denganku , janganlah kau meminta lebih.
Ku tak mungkin mencintaimu ,
kita berteman saja. Teman tapi mesra.

Aku memang suka pada dirimu ,
namun aku ada yang punya,
lebih baik kita berteman , kita berteman saja , teman tapi mesra ooh oh oh ohh.. "

( ✨boleh je search dekat youtube , mesti jumpa. Terlupa nama channel owner tu 😂 so credit to her/him.)

" Dah. " Jeno bersuara.

" Okay , lepas ni kita edit. Aku uruskan part thumbnail. Kau edit video. " Renjun memberi arahan.

Jeno sekadar mengangguk. Nak melawan, nanti mengamuk berubah jadi Hulk pula si kecik ni nanti.

" Weh , tak lama lagi nak raya. Kau ada plan tak ? " Jeno menyoal. " Come on lah , bukan namanya Huang Renjun kalau tak ada plan. " Renjun berkata dengan bangga.

" Apa plan kau ? " Jeno menyoal.

" Aku nak kumpul duit raya banyak-banyak. " Renjun berkata sambil menggenggam kedua-dua tangannya.
Tak sabar mahu menggunakan helahnya yang sama sempena menyambut raya tak lama lagi.

" Tak habis-habis. " Jeno bersuara.
" Kau takkan tak nak duit raya ? Duit kot. Lainlah kau nak menganggur je. " Renjun memerli.

" Hello , duit yang kita dapat ni dari mana ? Youtube aku juga kan ? "

" Eh , tapi nama aku yang selalu naik. "

" SINI KAUUUUU !!!!! "

Jeno mengejar Renjun akibat tak puas hati diejek sebegitu.

--

" Okay guys ! Welcome back to my channel , hari ni kita nak main World War Z. Aku tahu game ni dah lama tapi , kesah apa aku. AHAHAHAAHAHAH " Mark berkata seorang diri.

Mudah terhibur punya pasal , dia gelak selama 45 saat.

" Okay , aku main dengan Lucas macam biasa. Ada dua orang lagi kawan dia , aku tak kenal. Tapi dari sini dia tulis.. Jackson dengan Yuqi. "

" Haaa , ada perempuan rupanya.  Hai , saya Mark. Saya single AHAHAHAHAHAHAHA "

" Dahlah Mark. Tak habis-habis. AHAHAHAHAHAHAHAH " Lucas turut ketawa.

" So , jangan lupa subscribe , like , kalau boleh nak 4k likes sebab empat orang yang main en ? Kiteorang pun nak duit jugak " Mark ketawa sekali lagi.

Bising je.

" Okay jangan buang masa lagi , kita teruskan perang kita dengan zombie. Let's get it !! "

--

" Line clear ? " Haechan menyoal Jaemin yang memerhatikan sekeliling.

" Clear , clear " Jaemin mendapati tiada sesiapa yang melalui kawasan tersebut.

" Cepatlah. " Jaemin memandang Haechan yang teragak-agak. " Haa okay. " Haechan memakai mask hitam kemudian memakai cermin mata gelap.

Dihadapannya terdapat sebuah kedai yang buka namun tiada pelanggan disitu. Inilah peluang mereka !

Haechan memasukkan kedua-dua tangannya didalam poket seluar. Dia memasuki kedai tersebut.

" Aiya , sakit ah ? " Soal tauke kedai tersebut.

Haechan tanpa membuang masa , dia menunjuk kearah menu ,

nasi ayam dan juga nasi goreng telur mata.

" Tapau. " Haechan bersuara.

" Air ? "

" Err , sirap limau ais ,tak nak limau  and sirap bandung , ikat tepi. Cepat sikit. "

" Haaa okay , okay " Laju dia berlari kedapur , menyiapkan makanan yang dipesan.

Haechan menoleh kebelakang , memandang Jaemin yang berdiri , memastikan tiada sesiapa yang lalu dikawasan tersebut.

" Ini boss. " Makanan yang dibungkus diberikan pada Haechan. " Bungkus pakai plastik hitamlah. Nanti orang kata saya tak puasa , ni untuk kakak-kakak saya. Nanti kena belasah dengan orang macam mana "

Haechan berlakon.

Dia berharap strateginya berjaya setelah 23 hari tak berhasil untuk menjamu selera.

" Kejap ye , sekejap. " Laju dia mengambil apa yang diminta Haechan.

Plastik hitam.

Jeng jeng jengggg.

Makanan yang dipesan diletakkan didalam plastik hitam yang diminta Haechan.

Haechan bangun dari kerusi , dia langsung mengeluarkan duit secukupnya sebelum dia beredar dari kedai makan tersebut.

" Jom. " Haechan dan Jaemin cepat beredar dari situ sebelum ditangkap.

--

Johnny keseorangan dihadapan kedai runcit.

" Johnny ~ " Panggilan itu membuatkan Johnny cuak. " Habislah aku. " Johnny meraup wajahnya.

Seorang wanita tua menghampirinya. Johnny sekadar mengukir senyuman pahit.

" Johnny , buat apa tu ? " Wanita itu mengedipkan matanya beberapa kali.

Gedikkk gituw.

" Makcik Leha. Buat apa dekat sini ? " Soal si Johnny walaupun dah tahu tujuan wanita tua tersebut adalah mendekatinya.

" Buat apa lagi , tengok abang Johnny lah. " Serta-merta seluruh tubuh Johnny menggeletar , geli betul.

" Abang apanya makcik Leha ? Beza 30 tahun , mana boleh panggil abang. " Johnny bersuara , dia cukup tidak gemar apabila diminati oleh wanita tua.

Kalau buat menantu tak apa lagi. Ini makcik Leha tak kahwin lagi , nak ada anak apatah lagi.

" Alah , janganlah panggil makcik Leha. Panggil babysayang lah. " Minta wanita tua itu sambil tersenyum malu.

Johnny menarik nafas dalam.

" Memang jauh sangatlah makcik Leha nak panggil babysayang. Kalau makcik Leha makeup lawa-lawa. Bolehlah kot. " Johnny memberi cadangan.

Laju wanita tua itu menyentuh wajahnya. " Johnny suka ke kalau kita pakai makeup cantik-cantik? " Soal wanita tua tersebut.

" Depends. Kalau lawa , sukalah kot. " Laju saja wanita tua tersebut tersenyum.

" Johnny tunggu kita tau. Kita makeup  cantik-cantik , kita jumpa Johnny. Bye-bye ~ " Payung yang dipegang dipanas terik itu dibawa , jalan lenggang-lenggok seakan anak dara.

" Ish , Ya ALLAH. Apalah nasib aku. Kalau anak dara muda tak apa lagi. Ini pangkat anak dara tua kejarkan aku. Payah jadi handsome ni. " Katanya sendirian sambil meneruskan kerjanya mengangkat barang-barang kedalam kedai runcit Pak Mat Saleh.

NCT SAMBUT RAYA Where stories live. Discover now