Dipagi yang indah , disuasana kampung sudah semestinya aman damai.
Jam 11 pagi , kedengaran lagu sesuci lebaran memecah kesunyian pagi yang tak berapa pagi ni.
" Sesuci , dihening subuh sunyi "
" Sesuci , terdengar nurani "
" Sesuci , salam untuk ilahi "
" Bagaikan memanggil insafi pada diri "
Selain suara Dato' Seri NurHaliza , ada juga suara yang lain memecah kesunyian dirumah kampung.
" Aduh , tak boleh ke senyap sikit ? Penat ni. Dahlah lapar. " Rungut satu suara. Dia baring diatas katil , termenung. Apalah aktiviti yang dia mahu lakukan pada hari ini sementara mahu menunggu waktu berbuka.
" Pekakkan jelah telinga tu. " Balas rakan sebiliknya , telinganya disumbat earphone , tidak mahu mendengar bendasing selain lagu yang dimainkan ditelefonnya.
Mereka berdua mengeluh serentak.
" You berdua ni , tak ada kerja ke ? penatlah aku nak buat semua kerja rumah dekat dalam rumah ni seorang ? Ingat kita ni bibik ke ? " Taeyong menyoal sebaik saja masuk kedalam bilik Doyoung dan Ten.
" Malas. " Serentak mereka menjawab tanpa memandang Taeyong yang bercekak pinggang dari tadi.
Jawapan mereka membuatkan Taeyong geram , dia menarik nafas dan menghembuskan nafas berkali-kali.
" Sabar , ingat , kalau marah , nanti muka tak cantik "
Taeyong masih menayangkan wajah manisnya kearah Doyoung dan Ten yang membuat kerja masing-masing.
" Petang ni , you berdua pergi bazar , beli untuk budak-budak lain. Tapi jangan beli banyak sangat , nanti tak dapat jalan pergi masjid. " Taeyong berkata sebelum melangkah pergi.
" Dia suruh kita buat apa ? " Doyoung menyoal sebaik saja menanggalkan earphonenya , dia meninggikan volume sebaik saja Taeyong menyoal tentang kerja rumah.
Bising.
" Suruh pergi bazar. " Ten menjawab tanpa memandang Doyoung. Dia kepenatan walaupun tak buat apa-apa sejak subuh tadi. Barangkali disebabkan cuaca yang panas , tenaganya pun diserap matahari.
" Yass ! Bazar ! " Doyoung berkata dengan gembira. Sekurang-kurangnya dia ada aktiviti luar. Adalah dia nak update dekat instagram dia.
Tak sampai dua minit , kedengaran bunyi bising dibilik sebelah. Ten mengeluh.
" Alah dia ni tak reti nak diam ke ? " Soalnya sendiri. " Biarlah , Mark bukannya selalu buat bising. " Doyoung sebagai abang, dia perlu membela adik kesayangannya.
" Tak selalu buat bising ? Kau lupa apa dia buat masa pukul tiga pagi ? Main game horror masa jam pagi buta , nak sahur ? Tiba-tiba semua tengah seronok membuta , dia jerit hantu ! Taeyong tu dah sampai lari lintang pukang sampai keluar rumah cari tok ketua. " Ten membebel.
" Lah , game je pun. Bukannya hantu real. " Doyoung membalas. " Haaa kau backup lah budak tu sampai dia pijak kepala kau. " Ten berkata sambil menarik muka.
Tak faham betul , bukan nak mengutuk si Mark dengan dia , tapi bela pula.
Dia keluar dari bilik , segera membuka laman instagram , sambil memandang cermin yang bertentangan dengannya. Dia duduk diatas kerusi meja makan.
Ig live segera ditekan.
Sebelum viewers join , amaghi berseronok sekejap.
" Apa benda kau buat tu ? " Taeyong yang baru saja keluar dari dapur , memandang Ten yang dari tadi buat gaya binatang dihadapan cermin.
KAMU SEDANG MEMBACA
NCT SAMBUT RAYA
Fiksi PenggemarWayV , NCT127 dan NCT Dream. Ketiga-tiga ini adalah jiran , 21 orang yang perangai berbeza. Lagi beberapa hari lagi mahu raya , namun apakah persediaan mereka sempena raya tahun ni ? MARI SAKSIKAN BERSAMA KEBENARANNNNNNNNN