💖 11

1.5K 215 88
                                    

" Seriouslah ? "

" Iyaaa. "

" Aik , kak ? Seronok borak. " Hendery menegur Kak Eton yang berbual dengan Kak Limah.

" Mestilah seronok. Apa orang KL kata ? Haaa , membawang. " Penuh bangga Kak Eton bersuara.

Hendery hanya ketawa.

" Eh , Hendery. Alang-alang kau dah ada dekat sini. Akak nak tanya sikit boleh ? " Soal Kak Eton.

" Apanya kak ? " Hendery yang sibuk mencuci motorsikalnya berhenti , menghampiri Kak Eton.

" Betul ke jiran kau tu , ada yang nak masuk tv nanti ? "

Hendery menggaru kepalanya.

" Saya pun tak tahulah , kak. Saya tak rapat sangat , yelah sibuk kerja. " Hendery bersuara. Kak Eton membuat muka sambil memandang Kak Limah.

Sementara itu , Taeyong menepuk tangan kegembiraan. Bahunya bergerak kedepan dan kebelakang , menunjukkan betapa terujanya sekarang.

Dia bakal jadi popular , ada duit yang banyak , cerah betul masa depannya.
" Okay , kita nak try masak lauk apa ni ? " Soal Mark , sambil memegang kamera , bersedia untuk merakam rancangan memasak abang kesayangannya.

" Kejap , aku kena fikir intro aku macam mana. Kena perfect ! Ala macam si Azfar Heri tu. Kalau dia buat intro siap letak twerk , aku nak kena buat gaya apa eh ? "

Mark menggeleng. " Jangan buat benda gila , Mark lari dari rumah nanti. " Taeyong memandang Mark.

" Kau kalau berani lari dari rumah ni , tetap kena bayar rumah sewa ni okay ? " Katanya. " Apahal pula ? " Mark menyoal. " Habis tu , kau ingat semua orang nak bayarkan ? "

Mark mencebik. Cakap je pun ,ingat dia berani sangat nak lari dari rumah ? Paling jauh dia lari rumah pun , rumah si Lucas.

" Aku tak sabarlah , Mark. Aku nak masuk tv nanti. Oh em jieyh ! " Taeyong berkata dengan gembira.

Tak lama kemudian , mereka melihat Haechan dan Jaemin masuk ke dapur. Dengan terliang-liuk.

" Weh , lapar do. " Haechan bersuara.
" Lambat lagi ye adik-adik nak berbuka. " Mark bersuara.

" Kau senang ah cakap. Kerja rakam je. Yang kiteorang ni ? Dari tolong Johnny dekat kedai , lepas tu tolong Chenle basuh baju , lepas– "

" Eh , dah dah. Kalau penat sangat pergi rehat dekat mana-mana bilik. Tapi jangan bilik Jungwoo dengan bilik aku. Aku sembelih korang buat rendang nanti. " Taeyong mencelah.

" Kenapa bilik Jungwoo hyung tak boleh ? Bilik dia wangi do. " Jaemin bersuara. " Si Jungwoo ni pantang keturunan nenek moyang dia kalau orang baring atas katil dia. Kalau aku fikir nak sembelih korang kalau korang berani masuk bilik aku , dia apatah lagi. "

" Kiteorang tidur bilik kau ah , Mark. " Haechan menyampuk. Mark hanya mengangguk. " Jangan sentuh barang-barang aku. Boleh baring atas katil je. Kau sentuh barang aku , aku tendang korang keluar dari tingkap bilik aku. "

Fulamak , Mark pun tak nak kalah garangnya. Sampai mengugut tendang keluar.

" Haaa yelah. Jomlah Jaemin. Aku nak tidur sekejap. " Haechan menarik lengan baju Jaemin.

" Haaa sebelum tidur tu , aku nak tanya , dah asar ke belum tu ? "

Taeyong bertanya. " Solat dululah baru tidur. " Jaemin berkata. Haechan menggaru kepalanya. " Yelahhh "

Mereka bergegas pergi ke tandas untuk ambil wudhuk. " Haaa Mark , dah boleh mula , aku dah ready ni. "

Mark mengangguk. Taeyong sudah tersenyum lebar.

" Ya Rabbi , belakang aku. " Jeno menyentuh belakangnya yang sakit , dari tadi mengemas. Renjun sudah terbaring diatas lantai , enggan bergerak.

Jisung dan Chenle sudah terlelap diatas lantai , kepenatan masing-masing setelah mengemas tadi. Langsir sudah ditukar kepada yang baharu , cadar semua dicuci dan disidai , setiap pelusuk dalam rumah ni sudah disapu.

Hanya menanti waktu untuk berbuka ,

Renjun menoleh ke belakang sebaik saja mendengar bunyi tapak kaki menghampiri.

" Korang nak pergi mana ? " Renjun bertanya. " Nak solatlah , takkan nak beraya pulak. " Haechan memerli. Emo mungkin , kepenatan sangat agaknya. Tulah demi duit , sanggup kepenatan. Bila kepenatan emo pula, dasar bocah.

Renjun memandang Jeno yang memandang mereka. Jeno menoleh kearah Renjun yang bingung.

" Dia kalau penat kan memang macam tu. Kau biar jelah. Dia yang nak sangat duit banyak , pandai-pandai buat cara nak duit banyak. Tak boleh nak merungut. "

Renjun mengangguk.

" Taeil hyung ! " Suara Jaehyun memanggil dari luar menarik perhatian Jeno dan Renjun.

" Weh , bau apa yang sedap ni ? " Soal Renjun. Jeno menghidu beberapa kali , " Dari luar ni. " Langsung Jeno melangkah keluar , diikuti Renjun dari belakang.

Mereka melihat Jaehyun , Taeil dan juga Jungwoo sedang sibuk diluar rumah.

" Buat apa tu hyung ? " Soal Jeno.
" Taeyong hyung korang tulah. Tak ada angin , tak ada ribut suruh buat pelita buluh pulak. Haih , aku banyak lagi benda lain nak kena buat. " Taeil membebel.

" Hyung kena buat apa ? " Jungwoo bertanya sambil mengipas diri sendiri.

" Taeyong suruh aku kemas bilik , dia kata bilik aku tak hipster. Aku susun macam ni salah.  Aku susun macam itu salah. Serba tak kena. Macam kaulah. Nak sidai tuala pun kena sidai macam ikut turutan warna pelangi. "

Jeno dan Renjun hanya menggeleng. Kesian Taeil hyung.

" Apa-apa jelah. Jungwoo kena pergi cari kain untuk baju raya ni. " Jungwoo berdecit.

" Dahlah tahun ni baju raya kita semua lain-lain. " Semua memandang.
" Kenapa ? " Serentak mereka bertanya , Jungwoo mengeluh.

" Yelah , tahun lepas katanya malas nak baju sama warna , kejap ini tak cantik , kejap yang tu tak cantik , salah saiz lah , bahagian lengan ketatlah , terkoyak bawah ketiaklah apalah itulah inilah. Baik tak sama warna. Nanti aku cari kain , lepas tu kita ukur. Nanti aku pergi kedai makcik Siah. "

Mereka menggaru kepala yang tidak gatal. Tak pasal-pasal kena bebel.

" Aku nak kena pergi tengok watsons online aku. Banyak benda aku kena beli sempena nak raya ni ,mesti banyak discount. "

Laju Jungwoo menaiki tangga , masuk kedalam rumah. " Kau ni pun savinglah sikit. Kerja nak mengikis duit orang je.  " Taeil menegur.

" Alah , nanti Jungwoo bayar balik. Jungwoo janji. Jungwoo mana biasa hutang duit orang lama-lama , korang semua pun tahu. " Jungwoo membalas.

" Haaa ye. Kau dah berapa lama tak bayar duit Johnny tu ? Dua tahun tau ! "

Jeno dan Renjun mengetap bibir , dua tahun ? Gila Jungwoo nih ! Dasar kaki kikis !

" Duit Jaehyun kau tak bayar sebulan , duit Mark 7 minggu 5 hari , duit Taeyong 3 minggu , duit aku apatah lagi ! 4 tahun kau tak bayar ! "

Jungwoo melihat sekeliling , ada jiran jiran yang melihat mereka semua. Jungwoo mula mengipas , dia menutup wajahnya , menutup malu.

" Gilalah , Jungwoo hyung. Kalau duit Johnny hyung dia pinjam sampai 700 ringgit , kau bayang yang lain. Tu baru setiap bulan. Kau bayang duit Taeil hyung , Jaehyun hyung semua ?  " Renjun bersuara.

" Itulah. Nasib baik Haechan yang kaki kikis tu kita tak tolong dia masa dia terdesak nak duit sebab nak beli PC gaming. Nak lawan Mark hyung kononnya. " Jeno membalas.

Tergeleng-geleng kepala mereka dibuatnya.

Tak sampai lima saat , mereka terdengar bunyi pecah dari bilik.

" Bunyi apa tu ? " Jeno bertanya. Tak lama kemudian , Mark berlari masuk kedalam bilik.

" HYUNG ! HYUNG ! DENGAR DULU HAECHAN EXPLAIN ! "

" KELUARRRRRRRR !!!! "

Bergegas Taeyong dan yang lain berlari masuk kedalam bilik Mark.

NCT SAMBUT RAYA Where stories live. Discover now