Part I : First Meet

Start from the beginning
                                    

"ye? " tanya Bella dengan reaksi keliru membuatkan lelaki itu ketawa kecil

"you mesti budak baru kan? " tanya lelaki itu. Bella hanya angguk sahaja dan senyum selebar mungkin

"nama i nick. Nama you? " kata lelaki itu sambil menghulur tangannya ke Bella.

"Bella. Nice to meet you! " kata Bella sambil senyum membuatkan Nick cair sedikit

"jom pergi ke bilik guru untuk minta jadual you? " kata Nick sambil menarik tangan Bella menuju ke bilik guru

Bella ikut sahaja kerana dia tidak kisah pun orang menarik tangannya kerana dia berasa itu perkara normal

Setelah mereka berdua tiba di bilik guru. Bella meminta jadual kelasnya lalu mereka berdua beredar ke loker

"nanti nak rehat dengan i tak? I boleh kenalkan you dengan kawan-kawan i? " kata Nick sambil menyandar di sebelah loker Bella

Bella memandang Nick dengan senyuman.

"boleh je lagipun i belum ada kawan lagi kan" kata Bella sambil meletakkan barangnya di loker

Lalu mereka berdua berpisah dan menuju ke kelas masing-masing

xxx

Bella masuk lambat sedikit ke kelasnya kerana cikgunya suruh begitu supaya Bella boleh diperkenalkan ke seluruh kelasnya

"Bella masuk! " kata cikgu dari dalam kelas. Bella menarik nafas panjang dan melangkah masuk ke dalam kelas itu

Semasa dia masuk ke kelas itu semua pelajar di dalam kelas itu memandang Bella.

"perkenalkan diri kamu" kata cikgu itu

"hai! Nama saya Bella. Saya budak baru jadi tolong jaga saya dengan baik" kata Bella dengan senyuman manis membuatkan semua pelajar di dalam kelas itu cair

"ada boyfriend tak?!" jerit seorang lelaki dari tempat duduk belakang membuatkan Bella senyum malu

"jarod sila duduk diam! " kata cikgu itu membuatkan semua orang di dalam kelas ketawa

"Bella kamu boleh duduk dekat mana-mana tempat kosong yang ada" kata cikgu itu

Sebelum Bella menuju ke tempat duduk belakang Bella sempat bertentang mata dengan seorang budak lelaki di barisan hadapan. Bella senyum kepadanya tetapi lelaki itu menunduk kepalanya kerana malu mungkin? Dengan kelakuan itu membuatkan Bella senyum kecil kerana baginya lelaki itu sangat comel

xxx

"dan sampai situ sahaja kita belajar hari ini. Terima kasih semua! " kata cikgu itu dan beredar dari kelas itu

Belum sempat Bella berbuat apa-apa, tempatnya terus diserbu oleh orang ramai di kelas itu

"hai! You single ke? "

"lawanya you! I cemburu dengan muka licin you! "

"pakai hoodie pon comel!"

Ramai orang memuji Bella membuatkan Bella sangat malu tetapi dalam masa yang sama dia tidak berasa selesa apabila dikepung dengan ramai orang sebegini

Budak lelaki yang bertentang mata dengan Bella itu nampak reaksi Bella tidak senang lalu dia bangun dari tempat duduknya dan mencuba untuk menghalau semua orang supaya menjauhi daripada Bella

Semua orang memandang maut terhadap lelaki itu tetapi lelaki itu tidak kisah pun

"korang tak nampak ke yang Bella tak selesa kena kepung dengan korang semua?! " kata lelaki itu membuatkan semua orang di dalam kelas memandang Bella dengan wajah rasa bersalah

BUDAK NERD ✔️Where stories live. Discover now