06-Belajar dan Faham

23 2 0
                                    

Hari ini lukisanku punah,
Paras dan warnanya tidak lagi indah,
Harusnya kau tahu,
Buruknya itu mengajar sesuatu.

Hari ini rezekiku lapang,
Urusanku mudah tidak bercabang,
Ketahuilah kamu,
Indahnya juga mengajarkan sesuatu.

Ternyata,
Ukuran rezeki dinilai pada fizikal,
Andai kau tahu,
Warasnya fikiranmu juga rezeki.

Belajarlah untuk faham,
Kerana tidak semua yang belajar,
Itu faham.

Puisi Malam JumaatWhere stories live. Discover now