04| Rindu dan Diam

23 3 3
                                    

Ketika ada perasaan yang tak pernah terpadam,
Menjenguk dan meminta untuk dilepaskan,
Aku memilih untuk diam,
Tanpa sebarang perkataan.

Dan jika,
Engkau memilih untuk meluahkan,
Aku masih kekal sama,
Diam tanpa perasaan.

Kerana diamku senantiasa mendoakan,
Memerhati dan merindukan,
Walhal jarak sering memisahkan,
Aku diam tanpa keluhan.

Dan jika,
Engkau memilih untuk pergi,
Kerana diamku tidak bermakna,
teruskan dan jangan berhenti.

Biarlah aku yang mendiamkan saja,
Dari dibuai perasaan ,
Sehingga sampai waktunya,
Pasti dipertemukan,

Dengan jalan tuhan.

Puisi Malam JumaatWhere stories live. Discover now