02-Pelangi dan setia

22 2 1
                                    

Tiada yang berbunyi ketika datangnya pelangi,
Melainkan hanya sosok mata yang memerhati,
Indahnya tergambar hanya dalam hati ,
Cantiknya cukup segenap sisi,
Lalu hilang dibalik lamunan mentari.

Hadirnya cuma seketika,
Mengajar kita untuk tidak leka,
Dengan segala yang kita punya,
Sebelum kita hilang semua.

Hadirnya pelangi juga bukti,
Bahawa yang indah pada raga mata,
Dan menawan hati yang lara,
Tidaklah berkekalan lamanya.

Kerana apabila tiba waktunya,
Ia pergi tanpa kita minta.

Kita,
Tidak mampu untuk menahannya,
Kerana apa yang kita punya,
Hanyalah pinjaman semata.

Puisi Malam JumaatWhere stories live. Discover now