Nampak daripada gayanya sahaja, memang sah dia bukan keluarga Iman. Yalah, datang-datang terus ketuk pintu lepastu berlari ke belakang. Gila betul family Iman nak bergurau sampai macam tu.

Tak mahu membuang masa, aku meninggalkan lelaki itu di belakang. Aku berjalan menuju ke depan pintu rumah Iman semula namun belum sempat aku sampai di situ, pintu rumah tersebut sekali lagi terbuka dan orang lain pula yang keluar.

Disebabkan aku terlalu terkejut, aku pantas menyorok semula dibalik dinding ini. Makin lama, makin laju pula jantung aku berdegup.

Aku mencuri pandang siapa yang keluar dari rumah tadi. Kelihatan seperti seorang wanita berumur lewat 30-an itu mempunyai rupa paras yang tak ubah seperti Iman. Cuma yang lainnya, dia memakai cermin mata.

Tak perlu fikir panjang pun dah tahu, itu mak Iman. Waduh, mak Iman la kau. Kalau dia nampak aku berdiri kat sini, naya aku.

Yang aku ni pula, menyorok macam orang jahat ni dah kenapa? Aku datang sini bukannya nak menculik anak dara orang. Huh!

Kling! Klang!

Alamak! Aku tak sengaja terlanggar besi yang ada dekat sebelah aku.

Macam mana boleh ada besi kat sini?Macam mana aku boleh terlanggar besi besar ni? Macam mana aku boleh tak perasan ada besi kat sini?

Aku mula menempelak diri sendiri kerana melanggar besi innocent yang tidak pernah sesekali menyoal tentang kewujudannya.

"Boss I'll call you back? Alright."

Aku tergamam. Bunyi derapan tapak kaki yang semakin hampir dengan tempatku berdiri, membuatkan kakiku berlari dan membawa diri ke penjuru rumah yang bertentangan.

Dasi run run run nan meomchul suga eopseo.

Kalau tadi aku berlari ke kanan, kali ini aku berlari ke kiri pula membawa aku ke belakang rumah Iman itu semula.

Aku cuba mengintai lagi ingin memastikan sama ada lelaki itu masih ada di situ itu atau tidak. Tapi orang lain yang aku sangka, orang lain pula yang aku nampak.

Keningku ternaik apabila ternampak Iman yang sedang bersembunyi. Mungkin mahu mengetahui siapa lelaki gemuk itu juga.

"Oh, sini boleh pulak kau pakai tudung?" sindirku menjerit dalam bisik.

Perhatianku kembali tertumpu pada Iman yang sudah berlari masuk ke dalam rumah dalam keadaan takut. Aku perasan tangannya kuat menggeletar.

Dua keningku bercantum. Kenapa tu? Aku tanpa berfikir panjang, pantas menapak ke pintu belakang rumah Iman dan mula mengetuknya.

Lantaklah kalau lelaki gemuk itu jumpa aku ke tidak. Muka Iman tadi benar-benar menunjukkan yang dia pernah nampak lelaki tadi. Aku mesti tanya dia apa semua ni.

Ttokk!! Ttokk!! Ttokk!!

"I..." ayat aku tersekat dikerongkong, aku terhenti.

Aku berfikir sejenak. Kalau Iman yang dia cari, mestilah Iman yang dia nak. Dan Kalau aku sebut nama dia, sah-sahlah dia akan tahu yang orang di dalam rumah ini Iman.

Keningku berkerut tiba-tiba. Tapi rasanya memang dia dah tahu. Aku bertekak dengan diriku sendiri. Perlu ke aku jerit nama dia?

Ttokk!!! Ttokk!!! Ttokk!!!

Pintu masih bertutup. Aku semakin risau. Makin kuat aku mengetuk, makin sakit tangan aku.

Aku berhenti sekejap mengepal sendi-sendi jariku yang sakit akibat mengetuk kuat sangat tadi. Kuat manapun aku ketuk pintu masih lagi tak terbuka. Dia kat mana ni?

ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWRITE PROCESSWhere stories live. Discover now