2

305 21 0
                                    

Aku pandang wajah Emir yang tenang itu, sempat mata kami bertembung semasa aku turun tangga menuju ke tempat akad di ruang tamu.

Jemari Muna yang sejuk itu aku eratkan lagi. Jari jemari aku juga tidak kalah sejuknya.

Kami yang memakai sepersalinan baju kurung moden dari kain sutera itu berpandangan tanpa bicara.

Nampaknya bakal suami Muna juga sudah bersedia bersila di sebelah Emir.

"Ini pengantin lelaki tahu tak mana satu pilihan hati mereka?" Soal tok kadi sebaik sahaja kami sudah duduk bersimpuh diatas kusyen besar itu.

"Insyaallah tahu". Ujar Fariq sambil tersenyum gugup.

"Yang lagi sorang ni?" Semua memandang Emir yang senyap dari tadi.

Emir toleh ke belakang. Hanya seketika sebelum dia pandang balik kehadapan dan mengangguk.

"Saya punya bakal isteri di sebelah kiri". Aku tersenyum malu. Mujur sahaja dia betul. Sudahlah Emir hanya jumpa aku sekali sewaktu dirumahnya beberapa bulan lepas.

"Betul ke walinya?" Soal tok kadi kepada abah pula. Abah tersenyum dan mengangguk.

"Alhamdulillah, harap tak tertukar lah ya, susah juga nak cam. Saya pun tak boleh beza kan, sudahlah baju sama". Semua tertawa mendengar celoteh tok kadi.

Aku dan Muna tersenyum sambil berpandangan sesama kami.

---------

Selesai sudah majlis di rumah pengantin perempuan, tinggal majlis di rumah pengantin lelaki sahaja.

Aku keluar bilik meninggalkan Emir yang masih bersantai diatas katil  bersama telefon bimbit nya. Entah apa yang menarik aku tidak tahu.

Sudah ku ajak dia untuk turun bersama, namun dia memberi alasan ada kerja sedikit yang perlu dia selesaikan.

Hai, tengah cuti berkahwin pun ada yang mengganggu. Aku membetulkan tudung sarung sebelum mencapai tombol pintu.

"Dah bangun kakak? Abang Emir mana?" Sapa Muna yang kebetulan baru keluar dari bilik bersama Fariq.

"Lama dah bangun, abang ada hal sikit... Nanti dia keluar". Aku tutup pintu bilik.

"Kakak honeymoon mana?" Soal Muna ingin tahu. Aku jongket kening sebelah.

"Tak bincang lagi, asal? Adik nak sponsor ke? Kalau kau nak sponsor aku nak pergi oversea bolehkan Fariq?" Aku tertawa melihat wajah tak puas hati Muna. Fariq hanya tersenyum. Segera aku berlari meninggalkan mereka berdua apabila Muna sudah berura-ura hendak menyerang.

"Sinilah, kata tadi nak aku sponsor". Muna mengejar langkah aku meninggalkan Fariq sendirian.

Fariq geleng kepala melihat teletah kami.

---------

Lega, akhirnya selesai juga majlis bagi pihak pengantin lelaki. Baju songket yang meleret itu menyukarkan pergerakan aku.

Dengan langkah longlai aku masuk ke bilik Emir. Emir, entah kemana hilangnya.

Lebih baik aku bersihkan diri, lagi setengah jam masuk waktu maghrib. Badan pun sudah melekit.

Keluar sahaja aku dari bilik air terus mata aku disapa figura Emir yang sedang duduk di birai katil.

Terperanjat aku dengan renungan dia yang bersahaja itu. Aku tersengih menahan debaran.

"Abang pergilah mandi... Nanti kita boleh berjemaah". Tanpa suara Emir bangun melangkah ke bilik air.

Aku melepaskan nafas lega apabila bunyi pintu bilik air ditutup. Aku sambung keringkan rambut dengan tuala di tangan.

maaf untuk segalanyaWhere stories live. Discover now