08

49 0 2
                                    

"Kira!"

Aku yang sedang berdiri di hadapan pintu masuk melihat ke belakang. Ye itulah kerja aku untuk hari ni. Menyapa pelanggan dengan senyuman semanis gula setiap kali customer keluar masuk.

Kerja kami bergilir-gilir. Setiap hari bertukar kerja. Contohnya kalau hari Isnin aku jaga kaunter , hari lain orang lain pula. Dan begitulah kerja-kerja yang lain. Ada faham?

Aku berlari anak ke arah Hani yang menunggu aku di hadapan dapur.

"Asal?"

"Barang dapur dah nak habis. Pergi beli kejap."

Muka aku berkerut.

"What? Bukan selalu kau beli time cuti ke?"

"Aku lupa lah. Hari ni tengok baru perasan banyak dah tak ada. Ish banyak bunyi pulak kau ni. Dah pergi pergi. Ni list."

Hani menghulurkan sehelai kertas yang dilipat dan sekeping kad kredit.

Aku menyambut dengan muka nak nangis. Huwaa!! Malas!!

"Aku ajak Mia boleh?"

"Pergi seorang tak boleh ke?"

"Mana boleh. Barang mesti banyak. Kau ingat aku boleh angkat sorang-sorang?"

"Ish mengada lah kau ni. Selama ni aku beli sorang-sorang je pun."

"Kau kan sado."

Hani menjegilkan biji mata nya sebelum menggamit Mia.

"Mia,temankan si banyak songeh ni beli barang."

What? Banyak songeh kau panggil aku? Eii siap kau. Aku habiskan duit kau beli jajan.

"Wah! Boleh boleh! Jom Kira!"

Lengan aku ditarik keluar dari kedai. Wah wah budak ni kalau bab shopping bagi dekat dia.

Nak elak buat kerja la teww.

>>>>>>>

"Weh banyak lah barang ni Kira."

Komen Mia melihat list yang ditulis oleh Hani. Berjela-jela sampai bawah. Kalau boleh sampai nak jejak lantai.

"Berjam-jam kalau kita cari sama-sama ni."
Kata aku.

"Bahagi dua lah. Cepat sikit."

Cadang Mia. Wah Mia cadangan yang sangat bernas!

Aku angguk lalu mengoyakkan kertas itu kepada dua.

"Troli sape nak bawa?"

"Tinggal je tepi ni."

"Hah tak ada orang curi ke?"

"Siapa nak curi troli Kira oi? Orang gila je curi troli. Janganlah bengap sangat."

Aku mencebik. Actually aku pun rasa soalan aku tadi agak bengap. Hoho.

Dan bermula lah misi kami mencari barang-barang keperluan A Rose Cafe.

Kadang-kadang kalau aku ternampak junk food yang menarik perhatian aku, aku ambillah apa lagi. Haha.

Kan aku cakap tadi , aku akan habiskan duit Hani XD.

Siapa suruh aku beli barang. Huhu. Kena lah ada ganjaran.

Sedang aku fokus mencari tepung , lengan ku ditarik dari belakang. Aku menepis laju dan menjauhkan diri.

"Kira..."

Suara tu...suara yang selalu aku rindukan.

"Qasyaf,"

Aku melarikan diri. Hampir 2 minggu sejak kejadian malam itu kami tidak pernah berjumpa. Sepanjang dua minggu itulah aku cuba menerima hakikat dan cuba melupakan Qasyaf dengan menyibukkan diri dengan hal sendiri.

"Kira wait!"

"Nak apa lagi Qasyaf? Kan I dah cakap jangan cari I lagi. Nanti apa kata wife you nampak kita."

Aku menghiraukan Qasyaf yang mengikuti aku.

Sudah lah dari tadi aku tak terserempak dengan Mia. Jangankan batang hidung , bayang dia pun tak nampak.

Tahulah mall ni besar -,-

"Kira,please dengar penjelasan I. I dengan Ayunie terpaksa kahwin. I tak berniat nak duakan you tapi keadaan memaksa I."

"Ye ye encik Qasyaf. Saya percaya cerita anda. Jadi sekarang sila blah kerana anda mengacau saya."

Kata aku sambil lewa. Bila mamat ni nak blah? Jangan sampai aku panggil security kang.

"Akira Amani!"

Lengan aku ditarik lagi. Kali ini aku tak mampu nak lepaskan kerana genggaman nya terlalu kuat.

"Apa ni Qasyaf Luqman? Lepaskan I!"

Aku meronta-ronta apabila Qasyaf menarik aku berjalan. Aku takut Qasyaf mengapa-apa kan aku.

Walaupun lelaki ni boleh dikategorikan sebagai lelaki yang penyabar , tapi kalau sekali dah marah sangat menggerunkan.

Aku pernah sekali tengok Qasyaf marah. Brrr tegak bulu roma aku dengar tengkingan dia walaupun bukan aku yang kena marah.

Tak sekarang ni aku pelik. Kenapa tak ada seorang pun dekat lorong makanan ni?!

"Qasyaf lepas sebelum saya menjerit!"

Qasyaf tidak membalas malah dia semakin kuat menggenggam tangan aku. Muka tak payah cakap. Ketat lagi sendat.

Tiba-tiba , genggaman Qasyaf dileraikan oleh seseorang. Aku mengusap lengan aku yang mula memerah.

Ish tak guna punya Qasyaf!

"Behave man. Jangan paksa-paksa perempuan."

Aku mendongak melihat si penyelamat aku. Wahai hero , terima kasih lah sebab selamatkan aku dari mamat bernama Qasyaf walaupun aku tidak mengenali dirimu. Oh.

Aku mengamati wajah yang serius itu.

"Eh?"

Lama noh tak update 😶😶
Haha sorry sorry 😅😅

Btw aku ade buat channel yt. So bg korg yg kpopers and expecially stan txt gfriend, boleh lah singgah tengok. Subscribe sekali tau! Nanti aku buat banyak-banyak video 😉😉

Yt channel: whitemoon

Yo!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 10, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

He's A KillerWhere stories live. Discover now