02

65 2 2
                                    

02

Aku mengelap meja sambil berkaraoke dengan Mia dan Bella. Ini lah yang terjadi kalau aku dan dua orang minah ni buat kerja. Tak sah kalau tak karok!

Selalu nya Hani pun ada join sekali. Tapi sekarang dia ada dalam pejabat tingkat atas. Ada urusan dengan orang kata nya.

"Everybody put your hands up! Put your hands up!"

Aku menjerit menyanyi sambil terlompat-lompat diikuti dengan dua pengikut ku.

Nasib baik kafé ini kalis bunyi. Kalau tak mesti orang lalu lalang dekat luar dah dengar suara nyaring kami.

Farhan tergeleng-geleng melihat 3 kepala itu menyanyi bagai nak terkeluar anak tekak. Nak join sekaki?

Minta simpang! Dia bukan jenis yang suka nyanyi kuat-kuat macam tu. Tahan kan saja lah telinga mendengar suara-suara katak itu.

Aku terduduk penat. Mop di tangan disandarkan pada dinding kayu. Berpeluh-peluh sis!

Jam bulat yang tergantung di dinding aku lihat. Hampir ke angka 6. Bermakna aku boleh balik sekejap lagi.

Kafé ini dibuka pada jam 9 sehingga 5 petang kecuali hari Ahad sampai malam sebab hari minggu.

Tidak lama kemudian , muncul kelibat Hani yang baru turun.

"Wah korang. Karok tak ajak aku eh."

Kata Hani. Lagu Pura-Pura Bujang dendangan Baby Shima yang terpasang di telefon Bella tutup.

"Alah macam tak biasa. Kata sibuk , tak ada lah aku panggil join. Kang nanti kau cakap aku ganggu kau pula."

Balas ku. Betul apa? Hani walaupun jenis yang happy memanjang tapi kalau bab kerja memang serius gila. Kerja dan stress tak boleh dipisahkan so jangan lah kacau time dia buat kerja kalau tak nak tengok buku kena baling.

"Hani kerja aku dah siap. Aku balik dulu eh."

"Haa pergi lah."

Kata Hani yang sedang bercakap sesuatu dengan Mia. Aku ke bilik staf untuk mengambil beg ku. Sebelum keluar sempat aku leraikan ikatan rambut. Etika kerja di sini memang kena ikat rambut . Aku tak suka ikat rambut. Habis je kerja memang aku akan lepaskan.

Setiba aku di depan , mata ku tertancap pada figura yang berbual-bual dengan Farhan. Mata aku membulat terkejut.

"Syaf, bila you sampai?"

Tegur ku kepada lelaki itu atau lebih tepat nya tunang ku , Qasyaf.

"Baru je. You dah habis kerja kan? Jom jalan-jalan dulu lepas tu I hantar you balik."

Kata Qasyaf dan laju saja aku mengangguk. Aku mendekati nya. Pantas Qasyaf meraih tangan ku , bersatu dengan tangannya.

"Kami pergi dulu."

Pinta Qasyaf kepada Hani. Hani hanya mengangguk dengan senyuman.

"Selamat berdating!"

Aku menunjukkan penumbuk kepada Hani. Hani hanya menjelirkan lidah. Haih tah apa-apa perangai.

>>>>>>>>>>>

Aku dan Qasyaf makan di sebuah restoran selepas bersiar-siar di tepi tasik petang tadi. Jam sudah menunjukkan pukul 8. Lama juga kami jalan-jalan dekat tasik.

Aku menikmati spaghetti bolognese ku dengan diam. Sesekali anak mata ku menjeling Qasyaf di depan.

"Kenapa you pandang I macam tu?"

Kata Qasyaf. Mungkin perasan yang aku dok usha-usha dia dari tadi. Aku senyum kecil sebelum menggeleng.

Qasyaf meletakkan sudu dan garfu nya perlahan sebelum meraih tangan kiri ku.

"Kenapa ni hmm? Cuba cerita dengan I?"

Ujar Qasyaf lembut. Eii ni yang aku cair ni.

"Nothing just....rindu."

Ujar ku perlahan. Qasyaf tersenyum.

"I miss you too sayang. I'm sorry sebab tak dapat dengan spend time dengan you selalu. You tahu lah , kerja I. Sejak papa dah bersara , kerja I makin banyak."

Jelas Qasyaf. Aku hanya angguk. Aku faham dengan kerja nya. Menjadi anak sulung dan pewaris utama King Corporation bukan lah perkara senang. Lagi-lagi bila papa nya , Dato Qairil sudah tidak lagi menjadi CEO. Makin banyak kerja yang dipikul Qasyaf.

"It's okay Syaf. I faham kerja you. Just...frust juga lah sebab dah tak selalu dapat spend time dengan you."

Luah ku. Itu lah yang aku rasakan. Kadang-kadang kalau aku mesej dia , lambat sekali Qasyaf balas dan ada yang tak pernah balas langsung. Bluetick yang ditinggalkan. Sakit hati.

"I----"

Telefon yang berdering mematikan kata-kata Qasyaf. Dilihat nama si pemanggil sebelum dia meminta diri untuk menjawab panggilan.

Aku hanya memerhati gelagat Qasyaf di luar. Cincin yang tersemat di jari aku usap perlahan.

Hampir 3 tahun , kami bertunang. Sepanjang 3 tahun itu , banyak kali parents kami tanya , bila nak langsung majlis nikah.

Tapi jawapan Qasyaf , aku dan dia belum bersedia untuk jalankan tanggungjawab sebagai suami isteri.

Sedangkan aku , sudah lama bersedia sebenarnya. Aku dah lama ready untuk jadi suri hati nya. Kalau Qasyaf mahu aku jadi isteri sepenuh masa , aku sanggup berhenti kerja.

Aku tahu Qasyaf tak ready. Dan sebab itu lah aku hanya diam. Tak mahu memaksa. Tak mahu terburu-buru.

Tapi sejak kebelakangan ni , aku perasan layanan Qasyaf terhadap ku lain. Setiap kali aku ajak dia keluar , ada saja alasan nya. Kerja lah. Penat lah.

Setiap kali aku call dia , dia akan cari alasan untuk tamatkan panggilan dengan cepat.

Tipu lah kalau aku kata aku tak terasa dengan sikap nya. Tapi apa boleh buat.

Aku takut apa yang ada di fikiran aku akan jadi kenyataan. Qasyaf.....

Ada perempuan lain.

"Sayang, I'm sorry. I kena balik cepat ni. Ada hal."

Kata Qasyaf sebaik saja dia tiba di meja. Aku memandang nya tajam.

"Hal apa?"

"Err...kerja."

See? Kerja apa lagi dah malam? Dia kerja office kot.

Aku terdiam seketika sebelum menunduk merenung makanan.

"Pergilah."

"I'm so sorry sayang. Next time kita date lagi ye. Sorry sebab tak dapat hantar you."

Aku tak pandang Qasyaf. Hanya anggukan sebagai balasan. Sempat rambut ku diusap lembut sebelum dia beredar.

Aku mengeluh kasar.

Qasyaf , apa yang awak sembunyikan dari saya?


Hoho ^^ agak2 betul ke Qasyaf tu ada something yang dia sorok dari Akira? Ke Akira je yang terlalu ikutkan perasaan?

Stay tuned kalau nak tahu!


He's A KillerWhere stories live. Discover now