01

100 2 5
                                    

01

Aku memulakan pagi ku dengan secawan iced chocolate. Tak elok? Kisah apa aku. My own life.

Aku bernyanyi kecil sambil menggosok seragam kerja ku. Kadang-kadang tangan aku terhenti menggosok kerana menari. Nasib baik tak hangit baju kalau tak menangis tak berlagu aku.

Sayang baju katakan. Walaupun hanya seragam waiteress kafé , tapi disebabkan tempat kerja aku adalah sebuah kafé yang mewah , baju pekerja dia pun mewah lah.

Lagu Crossroad by GFriend berkumandang di speaker phone ku. Dalam banyak-banyak group kpop yang terkenal seperti BTS , Twice dan sebagai nya , hatiku hanya terpaut pada girlgroup yang satu ini saja. Entah aku pun tak tahu kenapa aku tertarik kepada girlgroup dan bukannya boygroup. Aku pun tak ada jawapan untuk soalan itu.

Selesai menggosok baju , aku menggantungkannya di dinding almari. Untung ada penyangkut di situ.

Aku melihat jam phone. Baru pukul 7:30. Kafé tempat kerja aku buka pukul 9. Banyak masa lagi.

Aku mencapai tuala untuk mandi. Aip. Jangan salah faham ye. Aku dah gosok gigi sebelum minum air tadi. Aku bukanlah pengotor sangat bangun-bangun terus minum air .

Mata ku tertancap pada objek berdekatan dengan pintu bilik air. Aku tunduk dan mencapai objek itu. Objek yang selalu buat aku meradang pagi-pagi.

Jam loceng to be exact.

Jam yang sudah berkecai itu aku buang ke dalam tong sampah. Minggu ini saja sudah 3 jam loceng aku pecahkan. Belum lagi yang sebelum-sebelum ni punya , tak boleh nak kira dah.

Tak dinafikan duit aku banyak hulur dekat kedai jam. Nak buat macam mana , habit aku yang satu ini susah dikawal. Mahu pasang alarm pada phone , buat nya tanpa sedar aku baling phone tu, murung 2 hari 2 malam aku dalam bilik air.

>>>>>><<<<<<<

"Good morning everyone!"

Teriak ku sebaik saja aku tolak pintu kaca kafè. Beg yang aku sandang diletakkan di atas meja.

"Morning too Kira!"

Balas si big boss , Hani.

Hani ni harap je owner café ni , tapi perangai dia serupa macam kami pekerja. Kebanyakan pekerja sini perangai sama rata je. Masuk air. Boss nya pun terikut sekali.

"Woi Apan , curi tulang pula kau! Buat kerja lah. "

Aku meluku kepala Apan yang seronok main game di kaunter. Apan berdesis sakit.

"Sakit lah gila! Satu lagi , berapa kali aku nak cakap nama aku Farhan bukan Apan. Berapa kali nak cakap lah kau ni."

Bebel Farhan atau aku lagi suka sebut Apan.

"Sama je lah tu. Farhan , Apan. Nama kau juga. Kan Hani kan?"

Hani angguk laju. Hani lah kamceng aku bila bab mengenakan Apan. Jarak umur 5 tahun tak menghalang kami untuk menjadi kawan rapat.

"Ish korang ni kalau dah berdua kerja nya menyakitkan hati aku je."

Bebel Apan lagi sebelum mencapai kain dan spray untuk mengelap tingka kaca. Tak padan dengan lelaki kuat membebel betul.

"Mana Mia dengan Bella?"

"Belum sampai." Kata Hani. Aku memandang nya yang cuba menahan senyum. Apahal pula minah ni?

"BAH!"

"Oh mak nenek kau aku jatuh! Eh jatuh tergolek! Kambing golek sedap!"

Latah aku dengan gaya tangan macam bersilat. Hani , Mia dan Bella sudah bantai gelak. Sama lah dengan Apan yang tadi elok lap tingkap. Sekarang dah terbaring atas lantai. Sampai keluar air mata gelakkan orang.

Aku mengurut dada perlahan. Kus semangat.

"Kau kenapa Mia?"

Aku mencubit lengan Mia yang berlapis dengan baju. Mia mengelak sambil ketawa.

"Teruk gila latah kau Kira. Kambing golek!"

Komen Bella lalu sambung ketawa.

Ouh kau gelakkan aku eh?

Kedua-dua perempuan di hadapan aku pegang kepala mereka dan lagakan. Menjerit kesakitan mereka. Hani aku hanya tampar bahu sebab aku hormat dia sebagai boss. Tak pasal-pasal gaji aku kena potong nanti kalau lagakan kepala dia sekali.

"Sakit bodoh!"

"Kau lah bodoh. Tak ada kerja pagi-pagi nak buat aku hilang mood. Luku kang."

Aku membebel tak puas hati.

"Ok ok sorry."

Mereka cuba berhenti ketawa. Muka sebaik mungkin dinormalkan kembali. Takut kena laga dengan aku lagi lah tu.

Aku pandang Apan. Mencerlung aku pandang dia.

"Kau gelak Apan? Nak kena luku dengan aku ke?"

Apan geleng lalu sambung mengelap. Sesekali nampak bahu nya menghenjut, ketawa dalam diam.

Aku mencebik. Beg aku ambil untuk diletakkan di bilik staff. Malas mahu layan mereka yang macam sawan.

He's A KillerWhere stories live. Discover now