07

46 3 0
                                    


Buat kesekian kali nya, aku melihat alamat yang tertulis di atas nota kecil yang aku pegang.

Biar betul boss ni. Hani ni salah bagi aku alamat ke?

Untuk mendapatkan kepastian , aku call Hani.

"Assalamualaikum boss. Betul ke alamat yang kau bagi ni?"

Tanpa tanya khabar ke apa aku terus direct tanya. Bunyi bising di seberang sana membuatkan dahi aku berkerut. Hani kat mana do? Asal bising sangat?

"Waalaikumussalam. Ha yelaa betul lah tu aku bagi. Kenapa?"

"Tak ada apa. Saja nak dapatkan kepastian. Buatnya aku salah hantar sia-sia je muka aku ni sorok bawah kasut."

Erk? Sorok bawah kasut? Macam pelik je bunyi nya. Never mind.

"Kau kat mana ni weh?"

Tanya ku.

"Kafe lah. Eh dah lah aku busy ni. Lepas kau blah tadi tiba-tiba banyak customer masuk. K bye."

Panggilan dimatikan. What the?

Terasa kejap. Hani cakap macam aku ni bala je dekat kafe tu. Korang perasan tak?

Tak perasan tak apa yang penting aku sedih seminit. Sob sob.

Aku turun dari kereta lalu menghampiri pondok guard. Di depan aku sekarang terbentang sebuah rumah...eh bukan rumah tapi bagi aku nampak macam istana  yang sangat besar dan cantik. Tapi masih tak dapat kalahkan istana agong.

Aku terpegun gila bila sampai sini tadi. Ada lah dalam 2 3 minit macam tu aku tenung rumah ( istana ) ni.

Bila sedar tujuan aku datang sini , baru aku ingat. Tu yang aku confuse betul ke alamat rumah yang Hani bagi ni. Tak akan orang kaya macam ni makan makanan yang...bukan nak cakap makanan kafe kotor ke apa. But..you know macam mana orang kaya makan. Grand-grand semua. Tak makan lah cikai-cikai ni.

"Ye cik? Cari siapa?"

Tanya abang guard sebaik sahaja aku berdiri di hadapannya.

"Saya nak hantar ni,"

Aku tunjukkan beg kertas yang aku bawa.

"Kejap ya."

Aku angguk lalu guard itu masuk ke dalam pondok nya. Sementara tu aku sempat intai kawasan dalam melalui pagar.

Gila cantik bak hang!

Ada swimming pool woo!

Aku jilat bibir. Dah lama tak mandi kolam. Aku dah lah memang minat berenang so bila nampak kolam renang tu rasa macam uuu nak terjun dalam tu.

"Cik?"

"Ya?"

Cepat-cepat aku pandang guard tu balik. Takut kantoi aku usha rumah majikan dia. Huhu.

"Cik boleh masuk. Nanti dekat depan pintu ada seorang perempuan tengah tunggu cik."

"Err..hantar sampai sini tak boleh ke?"

Malas lah masuk-masuk rumah orang ni. Tak suka.

"Saya tak ada duit nak bayar dekat cik."

Erk? Betul juga kan?

Nak tak nak aku terpaksa masuk juga. Kerana terpaksa aku relakan huhu.

Lepas je pagar , aku terpegun buat kali yang tak tahu. Kalau dekat luar tadi aku cuma boleh nampak swimming pool , tapi dekat dalam aku boleh nampak everything!

Gazebo , kolam ikan , mini waterfall ,flower garden. Besar gila weh!

Weh rumah idaman aku! Agak nya bila lah rumah aku nak ada semua ni? Dalam mimpi je lah mampu. Hekhek.

He's A KillerTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang