05

52 2 0
                                    

05

Aku berjalan kaki pulang ke rumah. Nak call teksi , ada lagi ke perkhidmatan teksi tengah malam macam ni?

Telefon yang sengaja aku matikan dihidupkan semula. Berpuluh-puluh mesej dan missed call dari Dian. Ada juga dari Qasyaf. Mesti Dian yang bagitahu.

Tiba-tiba, telefon ku berdering. Dian. Nak tak nak aku angkat.

"Kira! Ya Allah angkat pun kau. Kau dekat mana ni dah tengah malam Kira! Aku tanya Qasyaf dia cakap kau tak ada dengan dia. Dia risau tau tak!"

Aku menjauhkan telefon dari telinga. Dian kalau bab menjerit nombor satu. Salam pun campak mana dah.

"On the way balik."

"Kau naik kereta kan?"

"Jalan kaki."

Baru aku ingat kereta aku masih tersadai di taman perumahan Qasyaf. Sengaja aku parking jauh-jauh supaya Qasyaf tak perasan.

"Ya Allah Kira! Jalan kaki? Midnight macam ni? Jangan cari pasal Kira. Buat nya kalau kau terserempak dengan orang jahat macam mana? Bagitahu location kau. Aku ambil."

"Tak payah lah. Aku dah nak sampai dah pun. Aku letak dulu lah Dian. Bye."

"Akira Amani!"

Aku hang up tanpa sempat Dian balas balik. Malas nak dengar Dian membebel sebenarnya. Sudah lah aku tengah tak ada mood. Dengar orang membebel, takut ada yang mengamuk nanti.

Mata aku terarah pada jalan besar yang lengang. Actually ,aku tipu Dian. Padahal aku masih di jalan besar. Rumah aku jauh lagi sebenarnya. Bukan sengaja , aku cuma tak mahu Dian risau je. Walaupun sekarang ni aku tahu dia tengah risau kan aku.

Aku berdiri di tepi jalan. Jalan ke rumah aku berada di simpang sebelah kiri jadi aku kena melintas.

Tiba-tiba , mata aku terfokus ke arah seseorang. Sambil call orang , lelaki itu melintas jalan. Sampai di tengah , dia berhenti.

Mata aku membulat. Woi woi woi lelaki tu nak bunuh diri ke apa?!

Aku buntu. Lagi-lagi bila ada sebuah treler dari arah kanan mendekati nya. Laju pula tu!

Lelaki ni tak perasan ke ada treler datang?

Eii nak selamatkan ke tak nak? Ish lelaki ni pun satu! Kalau nak bunuh diri pun jangan lah dekat jalan raya. Pergi lah terjun bangunan ke lemaskan diri dalam sungai ke. Eh apa aku merepek ni!

Kepala aku garu kasar. Habis serabai rambut. Bila semakin dekat treler itu , aku pantas berlari.

"Encik!"

Lelaki itu memandang aku sebentar dengan wajah berkerut. Ah aku tak kisah lah kau nak fikir aku siapa yang penting nyawa kau!

Pinn!! Pin!!!

Aku menolak lelaki itu ke tepi. Fuhh selamat! Sipi-sipi je nak terlanggar tadi. Nasib baik aku sempat tarik kaki aku ke tepi kalau tak mesti dah kena gilis dah. Brrr ngeri gila!

"Encik okay?"

Aku menarik nafas yang hampir hilang. Bergetar jantung chek.

"Okay."

Balas lelaki itu. Muka dia masih blur-blur.

"Aqif!"

Teriak seorang lelaki dari seberang jalan. Pantas dia berlari mendekati kami.

"Bro kau okay ke? Bodoh yang kau pergi lintas jalan buat apa?!"

Marah lelaki itu. Aku pula yang kecut perut walaupun bukan aku yang kena marah. Tapi muka lelaki yang aku selamatkan tu tenang je. Rileks je bila kena marah. Adik beradik ke?

"Aku okay."

Pendek saja balasannya. Mereka bangun diikuti oleh aku. Tangan yang kotor dengan tar dan batu aku lap pada baju. Tapak tangan aku yang sedikit calar aku pandang sekilas. Mesti tergeser masa jatuh tadi.

"Miss , thank you for your helping."

Ujar lelaki itu. Bukan lelaki yang aku selamatkan. Tapi yang lagi satu.

"No it's okay. Saya balik dulu lah."

Aku pinta diri apabila malam semakin larut. Aku hanya harap Dian dah tidur masa aku balik. Tak mahu kena bebel.

"Okay. Awak naik kereta ke?"

"Arr...y...ee,"

Perlahan aku anggukkan kepala. Dia pandang aku pelik. Dah pahal?

"Awak dari mana?"

"Rumah kawan."

"Ouh okay. Hati-hati bawa kereta. Malam-malam macam ni banyak perompak."

Pesan lelaki itu. Eh sengaja nak takutkan aku ke apa lelaki ni?

"Oh by the way , saya Anaqi. Yang ni..."

"Niq."

Potong lelaki itu perlahan. Dapat aku lihat dia geleng kecil dengan muka serius. Anaqi cebik sedikit.

"Awak nama apa?"

"Akira."

"Pretty name. Alright. Nice to meet you Akira."

Aku angguk kecil sebelum meminta diri lagi. Peramah nya lahai Anaqi ni. Kontra nak mati dengan lelaki sebelah dia. Diam je tapi mata renung aku macam aku ni makanan. Apa ingat aku tak perasan? Lelaki tu dari tadi pandang aku dari aku tolak dia ke tepi sampai lah sekarang. Apa masalah pun tak tau lah.

>>>>>>>>>>

Selepas kejadian tadi , Anaqi dan Aqif kembali ke kelab. Sebentar tadi Aqif dapat panggilan dari orang kanan nya. Dia keluar untuk jawab panggilan. Hampir 15 minit , Aqif masih belum masuk. Anaqi keluar untuk tengok Aqif sebab risau kot-kot lah ada apa-apa jadi . Keluar saja , nampak Aqif dah terbaring di tepi jalan seberang sana. Panik Anaqi dibuat nya.

Takkan lah jawab call pun sampai kena lintas jalan? Tak faham Anaqi.

"Kau kenapa Qif? Nasib baik ada orang dekat situ selamatkan kau. Kalau tak mesti kau dah kena langgar dengan treler tu. Mati. Masuk berita. 'CEO Ariaz Holdings meninggal dunia akibat digilis treler'. Berita panas."

Kata Anaqi tak puas hati. Melalut dia cakap. Berita lah mati lah. Aqif hanya buat tidak dengar.

Dia pun tak sangka akan ke tengah jalan. Kaki dia bergerak secara automatik tanpa dia sedari. Apa yang disampaikan oleh orang kanan nya sangat dia tak boleh terima.

"Qif kau dengar tak apa aku tanya ni?"

"Apa benda kau? Dari tadi memekak je kerja."

Marah Aqif. Sakit telinga dari tadi dengar suara nyaring lagi kuat milik Anaqi.

"Tak payah lah marah. Aku tanya je. Pasal Rauf ke?"

Aqif menggeleng.

"It's about Eryn."




He's A KillerWhere stories live. Discover now