06

52 2 2
                                    

Woi Kira! Kau apahal termenung buat kerja?"

Dari belakang , aku terasa bahu aku ditepuk kuat. Kuat dia tu boleh tahan juga lah. Sampai badan aku berlanggar dengan meja  sebelah ni. Sabar je lah.

Aku toleh belakang, nak tengok malaun mana yang kacau aku pada pagi yang indah ini.

Oh,mamat ni rupa nya.

"Kau nak apa Paan?"

Aku sambung buat yang tergendala sebab syok termenung. Nasib baik dah nak siap kalau tak mesti kena bebel dengan si lady boss.

Farhan berkerut kening.

"Kau kenapa? Selalu nya pagi-pagi macam ni kau dah melalak karok dengan Mia. Tak pun kacau aku buat kerja. Ni tak, diam je macam bini mati laki je aku tengok."

Aku hanya mencebik. Amboi kau,aku boyfriend pun tak ada ni lagikan suami. Tak ada perumpamaan lain ke mamat ni nak guna?

"Mia dengan Bella pun belum datang lagi. Aku nak karok dengan siapa? Kau? Nak ke?"

Aku jeling Farhan sedikit.

"Woah memang tak lah sis. Sanggup aku cuci tandas daripada karok dengan kau."

Kata Farhan lalu beredar. Aku hanya diam . Malas nak balas walaupun sakit hati sikit dengan ayat last dia tu.

"Kira!"

"Ye boss."

"Sini jap."

Aku tinggalkan mop di tepi dinding sebelum menghampiri Hani.

"Apa?"

"Tengah hari ni tolong hantar ni dekat alamat ni,"

Hani memberikan aku dua kertas kecil. Aku membaca sekilas.

"Sejak bila cafe kita ni buat delivery?"

"Entah lah. Tadi ada orang call dia tanya kita ada buat cod ke. Aku cakap lah tak tapi dia kata dia bayar lebih kalau kita hantar order dia dekat rumah."

Ewah ewah sukati mak bapak dia je. Ada ke cafe buat cod hantar makanan? Maybe ada tapi tak ada dekat cafe kitaorang ni. Pelik-pelik je lah manusia sekarang.

"Pukul berapa?"

"12 tengah hari."

"Hmm yelah."

Aku masukkan notes itu dalam poket baju.

"Kira,"

Aku pandang Hani.

"Kau asal lain macam je hari ni. Tak macam selalu."

Aku faham maksud Hani tu. Ya memang aku tak berapa ada mood hari ni. Maybe sebab semalam aku tidur lambat kot.

Cakap pasal semalam, aku balik nak dekat pukul 2. Ingatkan Dian dah masuk tidur , rupa-rupa nya dia tunggu aku depan pintu dengan muka serupa singa. Tak pasal-pasal kena bebel sejam.

Nasib baik sejam je tau sebab Dian kesiankan aku yang dah ngantuk tahap gaban lagi-lagi aku kerja esok nya. Kalau tak mahu makan masa berjam-jam.

Dian dan BEBEL memang tak dapat dipisahkan.

"Tak ada apa lah. Aku tidur lambat semalam tu yang hari ni rasa macam malas nak hyper."

Hani pandang aku curiga. Aku pula pandang dia dengan kening terangkat. Pandang aku macam aku pesalah pula dia ni.

Beberapa saat kemudian, baru Hani leraikan pandangan nya terhadap aku.

>>>>>>>>>

He's A KillerWhere stories live. Discover now