🌹| 01

20.7K 471 9
                                    

KEPING gambar yang di hulur puan raudhah, rayyan ambil dah belek figura perempuan di dalam gambar itu. Wajahnya manis dan putih melepak tanpa sebarang solekan. Dia bertubuh kecil dan rendah sahaja. Bentuk tubuh badan pula tak terlalu 'papan' dan tak terlalu gemuk. Biasa biasa sahaja.

Senang kata, sedap mata memandang.

"Haa.. Nama dia zaira. Zaira binti hussein. Dia ini anak yatim piatu dan tinggal dengan nenek angkat dia. Pandai masak, pandai kemas rumah, pandai kemas kain baju semua. Alah.. Senang kata mak berkenan lah dengan budak ini.  Amacam? Okay tak? " soal puan raudhah dengan keningnya terjongket jongket pada anak terunanya.

Rayyan diam. Dagunya yang berjambang halus itu diusapnya. Daripada apa yang emaknya cerita memang dia berkenan dengan zaira tapi... Kenapa dalam gambar dia nampak muda sangat. Macam budak lepasan spm je. Ini gambar tahun bila ini?

Rayyan memusing musing gambar sekeping itu. Mana tau ada tercatit tahun bila dirakam gambar ini.

"Berapa umur dia mak? " soal rayyan.

"Tak adalah muda sangat.. Dalam 18 macam tu. "

"18 tahun? Mak! Ini muda sangat ini. Tak sempat membesar budak ini mak dah nak pinang dia. " rayyan meletak semula gambar tersebut mengundang cebikan puan raudhah.

"Eh, yan juga yang suruh mak carikan calon isteri untuk yan. Yan terima jela. " balas puan raudhah.

"Mak.. Yan tak kisah kalau mak nak aturkan jodoh yan dengan mana mana perempuan pun tapi she's look very young to me. 18 tahun mak. Jauh beza dengan umur yan. 14 tahun itu mak."

"Yan.. Belum cuba belum tahu. Mak gerenti bila kau kahwin dengan dia nanti hidup kau tak terumbang ambing lagi. Mak jamin! " kata puan raudhah dengan yakin.

Rayyan memicit dahinya. Tindakan biasanya ketika sedang berfikir dan menimbang tara sesuatu perkara.

"Habistu nanti dia mesti sambung belajar lepastu dalam masa yang sama dia nak uruskan yan pula. Kesian lah dia."

"Ohhh yang tu tak payah risau. Budak tak ada apply mana mana u ataupun kolaj sebab keputusan spm yang tak memberangsangkan. Daripada apa yang nek Tijah cerita lah. "

"Hmm kalau dah gitu kat mak. Yan okay jelah. " ujar rayyan tanpa bantahan mengundang senyum lebar puan raudhah.

"Baguslah kalau gitu kata yan. Nanti mak proceed jelah majlis kahwin kau. Kita tak payah buat majlis tunang ke apa terus nikah dan majlis kahwin je. " puan raudhah sudah merangka rancangan.

Rayyan hanya mengangguk sahaja. Dia memang sudah menyerahkan bulat bulat pada emaknya segala urusan tentang majlis kahwinnya.

Dia mula terbuka hati nak mengikut kata emaknya semenjak ditinggalkan kekasihnya setahun yang lepas. Baginya buang masa sahaja dia bertukus lumus mempertahankan cintanya namun akhirnya dia berputih mata juga.

Gadis itu yang meminta memutuskan hubungan mereka kerana katanya ibunya telah memaksa dia untuk bernikah dengan seorang lelaki yang lebih bagus daripada rayyan sendiri. Berbulan bulan jugalah rayyan sedaya upaya me'move on'kan diri daripada gadis itu.

Dengan nasihat dan sedikit bebelan daripada puan raudhah yang menggesanya mencari calon isteri dalam umurnya yang semakin lewat akhirnya, rayyan bersetuju supaya puan raudhah sahaja yang mencarikan dia calon isteri.

Hasilnya inilah. Emaknya membawa seorang gadis yang baginya tersangatlah muda sebagai calon isterinya.

Zaira binti hussein..

MRS. RAYYAN ✔حيث تعيش القصص. اكتشف الآن