Northwind high School-12

277 24 4
                                    

Alicia PoV

Dalam masa beberapa hari kebelakangan ini kes siasatan kami berjalan lancar. Tiada apa apa masalah yang berlaku. Cuma...keadaan ini membuatkan aku tidak kerauan. Aku rasa seperti ada orang yang mengekori langkah kami sepanjang kami menyiasat kes ini.

"Alicia,seperti biasa lepas habis aktiviti kelab,kita jumpa dekat common room. Aku rasa kita dah hampir selesaikan kes ni." Khai berkata sebelum kami berpecah membawa haluan ke kelab masing masing.

Aku masuk ke dalam bilik sains dan teknologi. Seorang lelaki aku pandang lama. Wei Yang Hui! Lelaki berbangsa cina dan beragama buddha yang tidak pernah bergaul dengan mana mana budak melayu disekolah ini. Agak sukar untuk berkomunikasi dengannya jika tak tahu berbahasa cina dan english kerana dia tak pandai bahasa melayu.

Sebelum orang ramai didalam bilik ini,aku berjalan menghampirinya yang duduk di satu sudut dikelas ini. Aku mengetuk mejanya kerana dia sedang membaca buku. Dia memandang ke arah aku lalu alis keningnya dinaikkan.

"What do you want?" Dia bertanya aku. Aku menghela nafas. Dia ni memang nak main kasar dengan aku.

"Nî wēishéme tóu ta? [kenapa kau mencuri]"  Aku bertanyanya terus. Tak mahu nak berbasa basi lagi dengan mamat ni. Magnet yang aku jumpa di koperasi tempoh hari itu aku letakkan diatas meja. Mukanya kelihatan cuak! Aku tersenyum puas. Jadi...sangkaan aku tak pernah silap!

Dia menghela nafas. Bibirnya diketap. Aku tahu dia takut kerana rahsianya sudah terbongkar.

"Wô hên juéwàng!!! [aku terdesak]" aku menghela nafas. Kelas semakin ramai dengan orang. Aku kembali ke tempat aku. Sabar menanti sehingga aktiviti habis. Aku harus bercakap dengan dia.

Setelah hampir dua jam kami melakukan aktiviti di bilik sains dan teknologi,aku herjalan keluar dari bilik. Yang Hui berjalan beriringan dengan aku. Dia hanya memberi isyarat agar aku mengekori langkahnya. Aku hanya menurut. Walau apa pun yang terjadi aku mesti tangkap mamat tak bermoral ni.

Aku nak tahu kenapa dia terdesak nak mencuri. Tapi dia tak curi semua duit koperasi. Hanya seribu lebih saja yang diambil tapi kenapa?? Dia bawa aku ke belakang sekolah. Aku terkejut,terdapat sebuah pondok usang yang aku tak pernah tahu ada di belakang sekolah.

"Wo de jiarerengou zhe jiannan de shénghuo wo xiang chi xie bang,you shi wo bixu qu ba[keluarga aku hidup susah nak makan pon terpaksa catu]." Aku hanya jadi pendengar. Dia dah mula bercerita.

"Wo bude bu tou wo de hezuo she yin wei wo bixu zhifu wo de yiyuan zhangdan[aku terpaksa curi duit koperasi sebab nak tanggung bil hospital mak aku]"

"Wo zhiyou yige wo keyi wei ni zuo renhe shi[hanya mak je yang aku ada dan aku sanggup buat apa saja untuk mak]"

"Jishi ni bixu tou?[walaupun terpaksa mencuri?]" Aku menduganya. Mengharapkan agar dia menjawab jujur. Dia memandang aku sekilas.

"Jishi ni bixu tou." Dia menjawab selamba. Seperti yang aku sudah jangka. Dia ni memang menguji kesabaran sku. Kalau ikutkan hati,sudah lamadia ni aku karate. Tapi aku sabarkan dulu. Otak ku ligat memikirkan jalan penyelesaian yang bernas untuk membantu dia.

Ting!

Aku tersenyum. Mungkin ini akan jadi idea paling mengarut sebab aku kena pujuk dia dan juga 13 orang kawan kawan aku tu. Tapi tak salah kalau mencuba.

"Ruguo women bangzhu nin  de muqin,nin keyi chengren nin shi xiaotou?[kalau kami tolong kau,boleh kau mengaku yang kau pencuri tu]" aku bertanyanya lembut. Lama dia diam tanpa sebarang kutik. Mungkin dia juga dalam dilema. Aku faham.

Bersambung....

Alicia dah jumpa pencuri tu.

Tapi apa idea dia untuk membantu si pencuri tu?

Tunggulah chapter seterusnya...

Northwind High School: The Birth Of The New GroupWhere stories live. Discover now