Northwind High School-11

310 25 2
                                    

Suasana di dalam kelas itu sunyi sepi. Masing masing sibuk melayani perasaan sendiri. Sudah seminggu mereka membuka fail siasatan bagi kes kecurian yang berlaku keatas duit koperasi sekolah mereka. Encik Zainal memaklumkan bahawa dia sudah melaporkan kepada pihak polis. Jadi mereka tidak perlu risau.

"Aku tak puas hatilah!!!" Jerit Bulat sambil menampar mejanya. Mereka yang lain terkejut lalu memandang pelik ke arah Bulat yang tiba sahaja marah.

"Kenapa kau tiba tiba nak marah ni,Bulat?" Tanya Mika kasar. Dia juga terkejut kerana Bulat tiba sahaja menampar mejanya sendiri.

"Aku tak fahamlah. Apa motif si pencuri tu? Kenapa dia nak curi duit koperasi? Aku rasa kemudahan yang disediakan dekat high school ni dah cukup lengkap dah. Kenapa dia mesti nak mencuri?" Kata Bulat merungut.

Mereka terdiam seketika berfikir. Ada betul juga kata kata Bulat tadi. Sekolah mereka sudah menyediakan terlalu banyak kemudahan,kenapa mesti dia harus mencuri duit koperasi?

"Bila difikirkan semula...betul juga cakap Bulat tu." Sokong Rudy yang juga setuju dengan kata kata Bukat tadi. Mereka kembali senyap.

"Patutkah kita terus siasat atau serahkan saja kes ni pada pihak sekolah dan pihak polis?" Tanya Zass seakan dapat merasakan bahawa mereka sudah pergi terlalu jauh dalam kes kecurian ini.

"Aku rasa baik kita serahkan saja pada pihak sekolah. Kita pun banyak benda lagi nak kena fikir. Pasal pesta musim bunga yang masih kita tak tahu apa nak buat. Masa terus berjalan." Kata Moon seakan sudah berputus asa.

"Tak boleh macam tu. Kita dah jauh sangat ni. Tak akanlah nak berhenti." Khai seakan tidak setuju dengan kata kata Moon tadi.

"Habis? Kita nak teruskan siasatan? Dalam seminggu ni,sebarang klu pun kita tak jumpa. Macam mana kita nak selesaikan kes ni." Bantah Nabila. Dia juga sudah kelihatan sudah berputus asa.

"Kalau nak serahkan kes ni kepada pihak sekolah saja,apa yang akan jadi pada si pencuri tu?" Soal Chris polos. Entah kenapa kali ini dia menjadi terlebih bengaplah pula.

"Masuk lokaplah! Apa lagi." Kata Roza.

"Aku tak setuju. Kita kena teruskan siasatan. Cuba korang semua fikir kemungkinan si pencuri tu sanggup mencuri duit koperasi? Mesti ada sebab dia buat macam tu." Kata Ali mempertahankan bahawa mereka harus meneruskan siasatan.

"Maksud kau,si pencuri tu terdesak sebab tu dia buat keputusan untuk mencuri?" Duga Alicia. Ali hanya menggangguk.

"Saya juga setuju dengan Ali. Mungkin kita kena tahu motif si pencuri tu curi duit koperasi. Kita tak boleh nak menghukum seseorang seseorang tanpa tahu sebab dia lakukan semua itu." Pesan Iman.

Mereka terdiam sebentar. Berfikir apakah yang sewajarnya mereka harus lakukan. Semakin hari semakin rumit apa yang mereka lakukan. Adakah mereka akan menemui jawapan disebalik semua ini? Akhirnya mereka menemui katansepakat bahawa kes ini harus diteruskan.

"Okey,lepas sekolah nanti,kita pergi bilik keselamatan. Kita kena tengok balik rakaman CCTV pada hari kejadian kecurian tu berlaku." Cadang Alyna. Mereka yang lain hanya mengangguk.

▫▫▫

"Menurut maklumat yang Encik Rizal beri,bilangan duit koperasi pada jam 5 petang sebelum dia tutup koperasi ialah RM2453." Kata khai memberi tahu maklumat yang sudah dia dapatkan daripada Encik Rizal seminggu lalu.

"Pada jam 10 malam hari yang sama,iaitu pada hari kes kecurian itu berlaku duit koperasi yang tinggal hanya RM500 ringgit sahaja." Sambungnya lagi.

Northwind High School: The Birth Of The New GroupOnde histórias criam vida. Descubra agora