Northwind High School-2

507 34 13
                                    

Ali berjalan dibelakang encik Rizal yang sedang menunjukkan arah menuju ke biliknya. Ali masih melilau memerhati sekitar kawasan asrama lelaki itu.

"Asrama ini dikenali sebagai 'prince hole'. Itu kerana asrama ini merupakan rumah kedua bagi pelajar pelajar disekolah ini. Mengikut peraturan sekolah yang terdapat dalam buku peraturan,kamu dibenarkan menggunakan alatan elektronik serta kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah sama ada waktu persekolahan atau pun ketika berada di asrama."

"Bagaimana dengan telefon bimbit? Setiap pelajar mesti tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit seperti disekolah menengah asrama yang lain,kan?"

Encik Rizal hanya menggeleng kepala dengan pertanyaan Ali tadi. Kening Ali berkerut kerana menerima jawapan seperti itu daripada Encik Rizal.

"Kamu masih dibenarkan menggunakan telefon bimbit kecuali waktu sesi pembelajaran dan pengajaran,waktu aktiviti kokurikulum dan waktu tidur. Itu adaah waktu larangan bagi pelajar pelajar menggunakan telefon bimbit masing masing." Ali hanya mengangguk dengan jawapan itu.

"Walaupun begitu,semua pelajar terikat dengan peraturan yang harus dipatuhi dalam buku peraturan. Jika pelajar melanggar peraturan itu,pelajar akan dikenakan denda dan juga merit." Sambil membuat muka menyeramkan,dia menoleh memandang Ali.

Ali terkejut terus sahaja merundur setapak kebelakang. Wajah Encik Rizal yang agak seram itu membuatkan dia sedikit takut. Encik Rizal hanya tertawa kecil setelah melihat wajah comel Ali.

"Pastikan kamu habiskan buku peraturan itu sepanjang tempoh seminggu kamu berada di sini." Sambung Encik Rizal sambil memberikan arahan kepada Ali. Pa tas Ali mengangguk dengan kata kata Encik Rizal. Mereka terus berjalan menuju ke satu blok asrama dan berhenti disebuah bilik.

"Ini bilik kamu. Dan bilik ini mampu memuatkan seramai tujuh orang pelajar. Di sepanjang blok asrama ini adalah blok asrama bagi pelajar gred tujuh sama dengan kamu. Dan mereka yang satu bilik dengan kamu adalah rakan sekelas kamu." Jelas Encik Rizal.

Hanya membalas dengan anggukan Ali menanti Encik Rizal membuka pintu dan dia terkejut setelah pintu utama bilik itu dibuka. Memang jauh meleset daripada sangkaannya. Dia sangka dorm asrama sekolah ini sama taraf dengan sekolah asrama yang lain,tapi sangkaannya salah.

*bayangkan je bilik ni boleh muat tujuh orang siap sekali dengan bilik air untuk setiap seorang

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.

*bayangkan je bilik ni boleh muat tujuh orang siap sekali dengan bilik air untuk setiap seorang

"Anggap sajalah ini sebagai rumah kedua kamu dan saya harap kamu dapat sesuaikan diri. Jumpa lagi nanti." Ujar Encik Rizal lalu meninggalkan Ali yang masih berdiri kaku dihadapan bilik bilik itu. Dia masih lagi tidak percaya.

Langkahnya mula diatur masuk kedalam bilik. Matanya tertacap pada sebuah katil dan sebuah loker yang masih kosong. Jika mengikut kepada pandangan matanya,bilik itu sudah mempunyai enam orang penghuni,maknanya dia merupakan penghuni terakhir bilik itu.

Northwind High School: The Birth Of The New GroupTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon