Northwind High School-9

318 24 10
                                    

"Mana boleh macam tu ayah!" Tengking Ali ketika dia melakukan panggilan video dengan ayahnya,Dato'Syed Ghazali.

"Kenapa susah sangat kamu nak faham cakap ayah ni,Ali?"

"Sepatutnya ayah yang kena faham Ali dan kakak. Bukannya kami yang kena faham ayah. Kami ada impian kami sendiri kenapa ayah tak nak faham kami??"

"Ayah buat semua ni untuk kembangkan syarikat keluarga kita. Ini semua takdir kamu berdua. Kamu mesti faham benda tu!!"

"Apa yang ayah faham dengan takdir?? Takdir kami biar kami sendiri yang tentukan!! Ayah tak ada hak nak tentukan takdir hidup kami!!"

"Ali!!! Kamu jangan melampau ya!! Kamu kena ingat,kamu dan kakak kamu sekolah disana pun masih ditanggung oleh ayah!!!"

"Ya,Ali sedar. Ayah masih tanggung Ali dan kakak belajar di sini,tapi ayah kena ingat,Ali tak akan berdiam diri. Ali tak izinkan ayah pindahkan kakak Ali dari Northwind High School!!" Kata Ali sebelum dia mematikan panggilan videonya bersama ayahnya itu.

Dato' Ghazali menghela nafas kesal. Dia menggeleng kepalanya. Apalah nak jadi dengan anak bujangnya itu. Dia hanya lakukan yang terbaik demi mereka berdua. Hanya anak kembarnya saja harapan yang masih ada.

"Abang bergaduh dengan Ali lagi?" Tanya Datin Aliya saat melihat suaminya sudah mematikan panggilan. Dato' Ghazali hanya mengangguk dengan pertanyaan isterinya itu. Datin Aliya duduk disamping suaminya itu lalu bahunya dipegang lembut.

"Saya rasa,betul apa yang Ali cakap. Abang tak perlulah nak tentukan takdir hidup mereka. Mereka sudah 13 tahun,biar mereka sendiri yang corak perjalanan hidup mereka." Pujuk Datin Aliya.

"Awak tak faham,Aliya. Abang buat semua ni untuk mereka. Jika tiada siapa antara mereka berdua yang belajar bidang perniagaan,siapa yang akan teraju syarikat keluarga kita. Waktu abang masih hidup ni,bolehlah abang yang uruskan semuanya. Bila abang dah mati nanti?"

"Saya faham apa yang abang sedang risaukan. Tapi macam mana dengan bahagian anak anak kita? Mereka berdua tu ada minat mereka sendiri. Tak perlulah abang nak paksa Alynn untuk buat apa yang abang nak." Lembut sahaja Datin Aliya cuba memujuknya.

Dato' Ghazali hanya menghela nafasnya. Dia masih buntu dengan apa yang dia fikirkan. Namun dia membiarkan saja semua itu diserahkan kepada isterinya. Dia malas nak banyak berfikir.

"Betul kah apa yang mama cakap ni?" Alyna seakan tidak percaya dengan apa yang baru saja dikatakan oleh Datin' Aliya. Mindanya masih serabut dengan pelbagai masalah. Sudahlah dia kena menguruskan untuk pesta musim bunga sekolah. Masalah ayahnya lagi.

Datin Aliya hanya menganguk sambil senyuman manis tidak lekang dari bibirnya. Seragam sekolah anak sulungnya ini dikemaskan.

"Betul. Kakak jangan risau. Pasal masalah pindah sekolah tu,mama cuba bincang elok elok dengan ayah. Kakak janganlah nak banyak fikir sangat." Datin Aliya memujuk lagi. Alyna mengukir senyuman manis. Dia sudah biasa membahasakan dirinya 'kakak' jika bersama Datin Aliya dan Ali sendiri. Tapi jika dengan Dato' Ghazali,dia lebih selesa dengan panggilan 'Alynn' saja.

"Terima kasih mama. Mama memang mama yang terbaik dalam dunia ni." Puji Alyna sambil memeluk tubuh Datin Aliya. Datin Aliya hanya membalas pelukan anaknya itu.

"Ha! Mana adik? Kakak tak bagi tahu dia ke yang mama datang hari ni?" Tanya Datin Aliya saat dia tidak melihat kelibat anak bongsunya itu.

"Kakak dah bagi tahu adik yang mama datang dalam kelas tadi. Dia kata dia ada latihan bola keranjang. Mungkin sekejap lagi dia datang jumpa mama." Jawab Alyna jujur.

Huh...huh...huh..

Dua beranak ini saling berpandangan ketika melihat kehadiran seorang lelaki dalam seragam bola keranjang sedang berlari menghampiri mereka. Mereka saling berpandangan dan mengukir senyuman kepadanya.

Northwind High School: The Birth Of The New GroupWhere stories live. Discover now