38 ; Wajah Awak Secantik Bulan

Start from the beginning
                                    

"Seriuslah awak?Macam nak bergaduh dengan Han je saya dengar," suara Soo Min mematikan adegan flashback yang sedang diceritakan oleh Taehyung sebentar tadi.

"Mana ada bergaduh.Saya baik dengan dia," tersenyum-senyum lelaki itu cuba menipu.Walhal,dia masih was-was dengan remaja bernama Han itu.

"Ehhh saya pun pakai gelang tu," kata Soo Min dengan nada yang gembira sambil menunjuk-nunjuk gelang putih dan seutas jam tangan yang melekat di pergelangan tangannya. Sedikit bahagia bila Taehyung juga memakai 'friendship bracelet' yang pernah dia beli sebelum ini.

"Ingat awak dah hilangkan," usik Soo Min,yalah kan..dia ingat Taehyung masih anggap gelang itu hanya budaya golongan wanita.

Taehyung terdiam,tak tahu nak balas apa.Dia pun sebenarnya teragak-agak nak pakai,tapi nak ambil hati punya pasal.

"Dah hilang dah sebenarnya.Saya pakai sebab ada kucing buat main-main je tadi," kata Taehyung pula,cuba membuat alasan.

"Awak mana ada kucing,"

"Adalah.Kucing jiran," selesai menguruskan barangan yang ingin dibawa di dalam sebuah bakul piknik,bonet kereta ditutup dan sebuah topi jerami diletakkan di atas kepala Soo Min.

"Topi siapa ni?"

"Saya punya.Pakai je lah,takut panas ke apa ke" jawab Taehyung sementara matanya ligat mencari tempat kosong untuk mereka berdua.Apabila sudah jumpa tempat yang sesuai,selimut bercorak nenas itu dibentangkan di atas rumput.

Soo Min tergelak melihat corak selimut itu,seriuslah Kim Taehyung beli selimut macam ni?

"Nenas pun nenas lah..." kata Taehyung yang sudah pasrah.Dah cari banyak selimut,tapi tak ada lagi yang sesuai selain corak nenas itu untuk di bawa pergi ke piknik.

"Dalam bakul ni mesti banyak makanan kan?" tanya Soo Min yang sudah tidak sabar untuk mengosongkan bekalan makanan yang dibawa Taehyung.

"Iya banyak.Ada biskut,spaghetti,roti dengan..."

"Kenapa ada itik?" terdapat beberapa mainan itik di dalam bakul yang Soo Min keluarkan,ni nak ajak piknik ke nak ajak main-main ni?

"Ish-" mainan itu dirampas Taehyung dengan laju.Terus merah pipinya apabila mainan lamanya masih ada di dalam bakul itu.

"Siapa punya tu?Awak punya juga ke?"

"Ya tapi dulu punya.Saya lupa nak keluarkan tadi,rushing"

"Dulu?Masa awak dengan ibu bapa awak ke?"

Walaupun Soo Min tidak spesifikkan pertanyaannya,Taehyung tahu Soo Min maksudkan tentang hari-hari di mana keluarganya selalu keluar bersama dan menghabiskan masa mereka di Sungai Han.

Taehyung sekadar mengangguk.Dia tidak lanjutkan jawapannya sebaliknya menolong Soo Min mengeluarkan makanan-makanan mereka daripada bakul itu.

"Awak tak rindu diaorang ke?"

"Rindu?Saya masih lagi jumpa dengan ayah saya lah Soo Min,"

"Maksud saya,awak tak rindu diaorang bersama-sama semula ke?Awak tak rindu mak awak?"

Dua batang bunga tulip yang juga dia bawa bersama dikeluarkan dari bakul dan diberikan kepada Soo Min dengan senyuman yang menawan.

"Untuk perempuan di hadapan saya yang cantik,"

"Saya tanya ni," sedikit geram dengan Taehyung yang mengelak soalan dia,dia tetap mengambil bunga tulip tersebut.

"Siapa je tak rindu ibu bapa dia Soo Min?Cuma hubungan yang retak tak semudah yang awak sangka untuk dibaiki.Sedangkan makan malam hari tu pun ibu saya tak muncul,"

Phone Number ; Miss Me Boss? || KTH Where stories live. Discover now