26 ; Topi,Gelang dan Jungkook

2.6K 257 24
                                    

"Sorry tak boleh keluar dengan kau,"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sorry tak boleh keluar dengan kau,"

"Alahhhhhh kau ni.Sampai hati kau tak nak keluar dengan aku,"

"Aku ada hal lah"

"Hal apa?Cuti cuti pun ada hal,"

"Adalah hal.Kau pergilah keluar dengan isteri kau ke apa ke.Jangan ganggu aku," sejurus selepas panggilan telefon dimatikan,Soo Min terus meluru masuk ke dalam kereta Taehyung.

"Dah letak barang?"

Soo Min mengangguk laju.Tadi lepas keluar daripada pasaraya,Taehyung mengajaknya keluar.Mula-mula dia malas,tetapi lama kelamaan dia akur kerana Taehyung janji untuk belanja makan.

Makanan free.Siapa tak nak kan?

Disebabkan ada bahan yang perlu disimpan di peti sejuk,mereka berdua singgah di rumah Soo Min sebentar.Alang-alang dah dekat rumah tu,Soo Min menukar pakaiannya kepada pakaian yang lebih senonoh sikit.

Tak macam tadi.Pergi pasar raya pakai seluar tracksuit, sweater dan selipar jamban sahaja.

Seluar jeans hitam dan baju berwarna peach berlengan panjang dikenakan.Sneaker putih menjadi pilihannya untuk dipakai hari ini.Kereta Mazda pun dia tinggalkan.Bak kata Taehyung,naik satu kereta jimat minyak.

"Siapa call tadi?"

"Jungkook.Erm,kita nak pergi mana ni?"

Kita nak pergi mana?

Berderau darah Soo Min dengar Taehyung kata sebegitu.Bukan main lagi tadi dia ajak orang keluar,tapi tak tahu nak pergi mana.Bagi kaki baru tahu!

"Makan dulu lah jom.Saya lapar ni,"

"Makan dekat mana?"

Soo Min menghela nafas panjang,"kalau tak tahu nak pergi mana lain kali jangan ajak saya keluar"

Taehyung ketawa kecil.Dia bukan nak mengusik,tapi dia memang tak tahu nak pergi mana.Dia sekadar ajak keluar sahaja,tak tahulah pula nak keluar kemana.

"Okay okay,ada satu tempat yang saya tahu.Kita makan dulu lepastu kita pergi tengok wayang,"

Cadangan Taehyung dipersetujui Soo Min.Tengok wayang pun tengok wayanglah.Asal perut kenyang,semuanya boleh je.

"Parking penuh lah,kita parking jauh sikit,"

"Oh okay,"

Phone Number ; Miss Me Boss? || KTH Where stories live. Discover now