30 ; Second Hand aka Telefon Taehyung

2.1K 233 30
                                    

"Hantar resume orang yang apply jawatan kru binaan dekat saya," pesan Taehyung melalui interkom

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hantar resume orang yang apply jawatan kru binaan dekat saya," pesan Taehyung melalui interkom.Tak sampai sesaat,resume-resume tersebut sudah tersusun elok di dalam pelukannya.

Nafas ditarik dalam sebelum pintu diketuk.Berdebar pula nak hadap Taehyung selepas sudah seminggu tak jumpa.

Hari ini barulah lelaki itu masuk pejabat.Sebab kerja di pejabat terlalu banyak,dia terpaksa tinggalkan projek pekerjanya buat seminggu ini.Rancang tak nak masuk office 5 minggu,tapi apa boleh buat kan?Nasib tak menyebelahi.

"Masuk" arahnya.Soo Min segera memulas tombol dan melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Taehyung.

Resume-resume yang sudah terpilih itu dihulurkan.Taehyung menyambut timbunan kertas-kertas putih itu tanpa menyedari kulitnya tersentuh dengan kulit Soo Min.

Dia rasakan sesuatu.Rasa seperti ada kilat yang sedang menyambar di dalam hati namun dia pilih untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi.

Tuan-tuan dan puan-puan,anugerah pelakon lelaki terhebat pada tahun ini jatuh kepada ... Kim Taehyung!

Soo Min tak sehebat Taehyung.Dia tidak dapat sembunyikan reaksinya dan hasilnya,matanya terbuntang luas.Tangannya menggigil sampaikan dia terpaksa menyembunyikan tangannya di belakang.

Fuh!Fuh!Lain macam rasanya situasi mereka sejak hari di mana Taehyung mengaku tentang perasaannya.

Tapi tak aci!Soo Min seorang sahaja yang rasa nak melompat-lompat bagaikan kangaroo walhal Taehyung buat endah tak endah je.

Lelaki itu terus menyemak resume tersebut satu persatu.Dengar cerita banyak yang apply kerja ni.Setakat ni yang terpilih hanyalah 20 orang sahaja.

Pada asalnya,bilangan kru binaan Crystal Blue semua sekali adalah 30 orang.Dia sendiri yan rancang untuk tambah pekerja supaya kerja mereka boleh jalan dengan laju.Jimat pun jimat.Tak payah upah syarikat lain untuk siapkan kerja binaan mereka.

Sudah lama dia mengabaikan hubungan syarikatnya dengan syarikat Encik Han.Disebabkan Encik Han sekarang sudah ada kena mengena dengan Park Jimin,dia mengambil langkah selamat dengan menjauhkan dirinya daripada Encik Han.

Apa yang jadi dengan projek Jimin dan sekolah private itu pun dia sudah tidak ambil tahu.

Tiba di resume yang terakhir,Taehyung melihat wajah lelaki di dalam potret bersaiz passport itu dengan lama.Muka macam ni macam tak sesuai je jadi kru binaan.Senyum bukan main lebar lagi.Muka pun ada rupa.Baik jadi artis daripada kerja angkat batu-bata.

Apapun dia tetap meneliti satu persatu maklumat tentang lelaki itu.

NAMA : JUNG HOSEOK
UMUR : 28 TAHUN

Dan banyak lagi maklumat tentangnya diteliti.Satu informasi berkaitan Jung Hoseok menarik perhatiannya.

PENGALAMAN BEKERJA :
PERNAH MENJADI KRU BINAAN DI BUILD SK

Phone Number ; Miss Me Boss? || KTH Where stories live. Discover now