Prolog

1.7K 112 31
                                    

7 bulan berlalu,

Di sebuah set penggambaran, terdapat berpuluh-puluh wartawan sedang berkumpul di sana bersama-sama jurukamera di tangan masing-masing. Mereka semua sedang menantikan seseorang.

"Itu dia! Cepat! Cepat! Cepat! "

Bunyi jeritan salah seorang dari wartawan di sekeliling mereka terus mengejutkan yang lain. Mereka mula berpusu-pusu untuk cuba mendekati salah seorang pelakon terkenal di situ.

Halilintar.

"Halilintar, kemanakah anda setelah selama 7 bulan ini? "

"Boleh beritahu tentang perkembangan Halilintar kepada peminat setelah 7 bulan menghilangkan diri? "

"Encik Halilintar! Kami dengar tentang isu encik dan rumahtangga encik bermasalah! Cuba ceritakan sedikit tentangnya! "

"Encik Halilintar! Ada yang mengatakan bahawa isteri encik telahpun meninggalkan encik setelah tahu encik mempunyai skandal dengan bekas model terkenal iaitu Ying. Adakah ia benar? "

"Apakah perasaan Encik Halilintar apabila isteri encik meninggalkan encik? "

"Encik sila beritahu apa perasaan encik sekarang! "

"Adakah encik akan mencari pengganti bagi isteri encik? "

"Encik akan mencari semula kah isteri encik? "

Berjuta-juta soalan datang daripada mulut para wartawan tersebut. Mereka begitu bersungguh-sungguh cuba untuk mengorek rahsia pelakon terkenal itu. Terutama setelah ramai yang tahu dan kecoh tentang isterinya meninggalkannya setelah segalanya terbongkar. Ramai yang tertanya-tanya tentangnya dan amat berharap agar pelakon itu sekurang-kurangnya memberitahu serba sedikit tentangnya.

Nut, manager Halilintar melihat sahaja betapa berusahanya para wartawan tersebut. Dia juga ada nampak wartawan dari luar negara di dalam kalangan para wartawan yang lain. Tiba-tiba dia mendapat idea.

"Hali, aku rasa mungkin ni salah satu peluang untuk kau cari Gempa? "

Halilintar, yang sedari tadi cuba untuk mengelak dari kekecohan tadi terus terhenti selepas mendengar cadangan Nut. Mungkin itu boleh membantunya?

Dia mengangguk. Halilintar pun terus kembali semula ke arah para wartawan tadi.

"Saya tak nak cakap banyak. Tapi saya hanya akan beritahu satu sahaja. "

Halilintar melihat ke setiap kamera yang ada di situ. Wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia sedang serius sekarang.

"Ya, memang isteri saya lari selepas segalanya selesai. Tetapi ia disebabkan salah saya juga. Tapi saya takkan biarkannya. Saya akan cari balik isteri saya dan bawa dia pulang bersama-sama saya. Isteri saya adalah segalanya buat saya dan saya amat sayangkannya. "

"Apakah nama isteri encik? "

Halilintar melihat ke arah wartawan tadi. Dia pun tersenyum.

"Gempa. Namanya ialah Gempa. Dialah segalanya untuk saya dan saya amat sayangkannya. "

Halilintar kembali melihat ke arah kamera yang berada di hadapannya. Wajahnya kembali bertukar serius.

"Gempa, you must remember this. No matter where you are, I will find you. I will take you back dan aku akan perbetulkan segala salah silap aku selama ni. I love you, Gempa. Dan selamanya aku akan mencari kau walau dimana sahaja kau berada. Itu sahaja. "

Lalu Halilintar pun berlalu pergi dari situ. Meninggalkan para wartawan yang masih cuba untuk mengorek rahsianya dengan bertanyakan macam-macam perkara. Tetapi segala pertanyaan diabaikan begitu sahaja. Halilintar masuk ke dalam kereta mewahnya lalu ia berlalu pergi dengan dipandu oleh Nut.

Will You? [C]Where stories live. Discover now