Selepas beberapa jam berfikir akhirnya mereka terduduk semula di atas sofa.

"Otak aku kosong.",kata Gempa membuatkan yang lain mengeluh berat.

Tiba-tiba muncul berita tergempar di kaca tv yang berada di dalam wad tersebut.

Berlaku rompakan di bank besar Cyberaya yang melibatkan tebusan seramai 23 orang dan polis masih lagi cuba untuk membuat musuh menyerahkan tebusan tersebut.

Kekacauan berlaku apabila muncul sekumpulan penjahat yang ingin meletupkan bank Cyberaya tersebut.

Pihak polis masih berusaha untuk menghalang perkara yang tidak diingini berlaku.

Hali memandang Gempa sambil membuatkan isyarat mata.

"Kita kena selamatkan tebusan tersebut",kata Gempa tegas.

Yang lain terus mengangguk laju.

"Hati-hati..",nasihat Solar risau akan keselamatan kembarnya yang lain.

Mereka berenam terus lari keluar dari wad dan menuju kearah bank tersebut.

......

Ejen Zira sedang sibuk memakai baju sutnya lalu mengambil senjatanya.

"Ok Ali...misi harini kita kena selamatkan tebusan di Bank Besar Cyberaya...jumlah musuh seramai 12 orang campur dengan penceroboh yang ingin meletupkan bank tersebut seramai 5 orang...jadi semuanya seramai 17 orang...tebusan seramai 23 orang..",terang Zira sambil bergegas ke misi bersama Ali disampingnya.

"Kita dua je ke? Saya risaulah.."

"Jangan risau saya ada untuk lindungi kamu Ali.."

Dengan pantas mereka berdua pergi ke tempat kejadian. Tanpa disangka boboiboy juga menuju ke tempat kejadian.

....

Semua tebusan diikat kuat dan diletakkan tepat di depan pintu bilik kebal.

"Korang semua duduk sini diam-diam! Kalau taknak mati!"

Tersentak semua tebusan,mereka hanya mampu menggigil ketakutan.

Tiba-tiba cermin tingkap pecah dan muncul kelibat seseorang.

"Siapa tu!!? Tunjukkan diri kalau tak! Aku bunuh diorang semua!!",ugut penjahat tersebut lalu mengacu pistol kearah semua tebusan.

Tch.

Sekelip mata kelibat tersebut hilang dari penglihatan,yang lain terdiam melihat kejadian tersebut.

Sorang demi sorang pengsan selepas ditumbuk oleh Gempa dan Blaze.

"Dah lama aku tak pukul orang! Best gila!"

"Diam weh!"

Lelaki tersebut terkejut melihat rakan-rakannya yang sudah pengsan tidak sedarkan diri.

"Sekarang giliran kau tak guna."

Zap!

Terus hangus lelaki tersebut selepas direnjat oleh Hali.

Heh.

Hali!!

Bunyi tembakan bergema di dalam bank tersebut,Hali membuka matanya lalu melihat Solar yang menepis tembakan yang tiba-tiba muncul.

"Pahal kau dekat sini!? Kau tak sihat lagi!",marah Hali geram melihat budak degil di depannya.

Solar menembak lelaki tersebut dengan kuasanya lalu memandang Hali malas.

"Aku risaukan korang...kan tempat asing n-ergh."

Dengan pantas Hali memapah Solar lalu membawanya ke tempat selamat.

"Kau duduk sini diam-diam kalau taknak kena sepak dengan aku..",arah Hali tegas.

Muka bosan ditayangkan.

Selesai sahaja mereka melawan semua penjahat diorang terus berlari keluar dari bank tanpa diketahui oleh orang lain.

Mereka balik semula ke hospital.

...

Polis terus membawa keluar semua tebusan,manakala semua penjahat ditangkap oleh polis.

Ejen Zira dan Ali melihat tempat kejadian dari atas bangunan berdekatan.

"Siapa yang lawan semua penjahat tu?",soal Ali pelik.

"Jom pergi hospital."

Dengan pantas mereka berdua hilang dari penglihatan.

Sampai saja di hospital,Zira dan Ali terus masuk ke dalam wad yang tidak dikenali.

"Korang dua siapa!!?"

Semua memandang kearah Zira dan Ali.

"Pergh! Semua muka sama ada 7 orang pulak tu!?",jerit Ali terkejut.

Suasana terus sunyi seketika.

K-kakak?

Solar memandang Zira dengan pandangan sayu.

"Solar?...T-tak mungkin.."

Tangan Zira mula menggigil lalu dia pergi kearah Solar.

"Kakak!!!!"

Satu pelukan diberikan kepada Zira,dengan pantas pelukan tersebut dibalas.

"Kakak ni kakak kann?",Solar memandang Zira.

"Iye..ni kakak yang dah hilang selama 4 tahun.."

Kembar yang lain terus memeluk Zira erat,manakala Ali hanya diam di tempatnya.

"Lepas kakak kena s-..

Belum sempat kata-kata Gempa habis mulutnya terus ditekup oleh Zira.

"Shush..jangan cerita pasal kejadian tu..",bisik Zira serius.

Gempa menggangguk laju.

Pandangan Zira dialihkan kearah luka di perut Solar.

"Pasal bayaran bil hospital biar kakak yang selesaikan..."

"Baik."

Ali mula bersuara.

"Apa yang jadi sekarang?"

Bersambung...
Vote dan coment😉

Vote dan coment😉

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Different World [COMPLETE]Where stories live. Discover now