Pengenalan

190 32 5
                                    

Yuuhuu.. Kerna Ku Tidak Sempurna.. Wow nama macam gempak je kan.. 😂 tapi kenapa nama ni jugak? Tak de nama lain ke? Kerna ku ikan duyung ke?  Kerna ku budak 46 ke? 😂 jadi saya akan terangkan kenapa saya pilih nama tu dan sebabnya.. Korang rileks jew.. Biar ceq habaq mai.

Macam kawan2 tengok lah kan. Kerna Ku Tidak Sempurna, saya nak tanya kawan2. Dekat sana tu, alah sana kawan2 tu. Siapa rasa diri dia perfect giler2. Muka ade, pandai, kaya, bijak dalam pelbagai ilmu, senang citer serba serbi lengkap, tidak ada calar balar langsung lah. Atau korang kenal mana2 orang terdekat yang memang mr.perfect tu
Cer tunjuk kat saya 😁 saya nak bagi pakej percutian 3hari 2 malam di liang lahad. 😂 gurau jeww..atau volunteer, saya rasa diri saya perfect sangat, memang tak de langsung silapnya. 😂

Mengikut firasat batiniah saya..ceh, tak de sorang pun mengaku dia perfect, saya sendiri pun tak perfect, ada lah salah dimana2 tu. Sedangkan nabi kita Nabi Muhammad SAW pun pernah melakukan kesilapan, nabi tu, sekali rasul kita, inikan pula kita manusia yang hina,yang tiada apa2 didunia ni, tak de pangkat,darjat mengaku diri perfect sangat..choiii.. Pernah terfikir tak? Sebab ape kat dunia tak ade orang pun yang sempurna segala2nye? Dalam kelebihan die tu,mesti ade kelemahan dia jugak.. Ade orang kaya raya, darjat dato,datin,puan seri, tiang seri bagai tapi hidup tak tenang, keluarga porak peranda, hidup x berkat dan ade jugak dalam kelemahan dia,ade kelebihan dia juga. Dia tu miskin, rumah papan, setahun dua lagi tu mesti roboh kene ribut tapi keluarga mereka bahagia, anak2 mereka soleh,solehah, pandai belajar, serba serbi cukup dan macam2

Bayangkan dalam hidup ni semua perfect? Memang tak de salah langsung. Buat kerja semua elok, belajar pandai, masak sedap selalu, dan sebagainya. Bukan ke itu bagus author? Memang tidak dinafikan memang itu bagus memang bagus tapi haaa ade tapinya bukan ke kelemahan dalam sesuatu perbuatan itu akan membuatkan kita lebih nekad, berusaha sungguh2 untuk perbaiki kelemahan tu..haaa. Dah kalau semua benda perfect dalam hidup ni, maka manusia tidak akan mengembang sebab ape?  Sebab dah buat itu ini dah perfect, kita akan duduk dalam kelopak hidup yang macam tu je la tanpa sebarang inovasi baharu.

Jangan kita anggap kesempurnaan itu kunci kepada kejayaan kita, mana tahu kelemahan kita sekarang ni menjadi satu titik permulaan menuju kejayaan dalam masa yang sama dapat memperbaiki kelemahan kita pelan2. Baik dan Jahat ade hikmahnye. Kurus dan Gemuk ade hikmahnya. Kaya dan Miskin ade hikmahnye. Pandai dan Kurang Pandai ade hikmahnya. Segala yang berlaku atas muka bumi ni semua ade tujuan, tiada pun sesuatu yang Allah wujudkan atas muka bumi ni x bertujuan. Batu yang kita tengok macam x de function dalam hidup ni pun berguna untuk kita. Kerana batu bangunan2, rumah2, banglo2, jalan dan lain2 dapat dibina dan kukuh disebabkan campuran bahan2 tertentu dengan batu. Ade function oi 😂

Bak kata Ustaz Ebit Lew
"Segemok gemok ikan pasti ade tulangnya, sekurus kurus ikan pasti ade isinya, Sebaik baik manusia pasti ade jahatnya, sejahat jahat manusia pasti ade baiknya"

Cukup lengkap ape yang dinyatakan oleh Ustaz Ebit kita ni. Jadi kita haruslah sentiasa bersangka baik dalam ape pun keadaan ye😁Itu sahaja untuk pembukaan ni..banyak2 macam ceramah lak.😂Perkongsian untuk kita bersama. Jadi itu sahaja untuk kali ni. Jumpa di #1 pertama author untuk korang nanti.. Bubye Assalam🌹

Kerna Ku Tidak SempurnaWhere stories live. Discover now