Jeon Jungkook POV💚

Jungkook berdiri di sudut tempat duduk belakang sekali, sambil matanya tidak lepas memandang ke arah Minjung yang sedang bertanding pertandingan matematik itu.

Setiap kali soalan ditujukan, setiap kali itulah gadis itu laju menekan butang buzzer untuk menjawab. Tidak dapat dinafikan, memang otak Minjung laju dalam bab-bab mengira ini.

"Jika 30 gram garam dimasukkan dalam air, jisim air bersamaan dengan 1 lbs, maka jika 1kg garam dimasukkan, berapakah jumlah jisim air?"

BEEEP!!

"Kim Minjung, silakan"

"1.424 kg!" jawab Minjung dengan tegas.

Belum sempat peserta lain pegang pensel untuk mengira, Minjung terlebih dahulu menjawab.

Jungkook yang menyaksikan daripada jauh itu sudah mula mengukirkan senyuman dan pada masa yang sama bulu romanya menaik, akibat gerun dengan suara Minjung, wah, bukan senang nak tengok dia bersikap serious.

"Kau dengan Minjung ada apa?" soal Namjoon yang baru sahaja mendekati Jungkook.

Jeon Jungkook mengalihkan pandangannya ke arah Namjoon.

"Aku dengan Minjung? tak ada apa pun" balas Jungkook.

"Dah tu macam mana kau boleh tahu kebolehan dia?" soal Namjoon.

"Dia bagitahulah" balas Jungkook.

Namjoon mengecilkan matanya sambil memuncungkan bibirnya tanda musykil dengan jawapan Jungkook.

"Ibu dengan ayah dia pun tak tahu tau tentang kebolehan dia tu. Tak akanlah dia nak bagitahu kau kalau kau tak ada apa dengan dia" kata Namjoon.

"Kejap, ibu ayah dia tak tahu yang anak dia tu genius maths?" soal Jungkook dengan nada terkejut. Macam mana mereka boleh tidak tahu tentang ini?

Oh ya, baru Jungkook ingat, dia bertinju pun ibu ayah dia tidak tahu tentang itu. Ok, masuk akal juga.

"Aku harap kau boleh simpan lah rahsia ni, sebab nanti boleh heboh satu negara yang Golden brain ada dekat sini" kata Namjoon.

"Golden brain?" soal Jungkook.

"Kau tahulah, ahli-ahli saintis gila tengah kumpulkan remaja, kanak-kanak genius untuk jadikan eksperimen dan  eksperimen tu dinamakan, Golden Brain" terang Namjoon.

"O-oh" balas Jungkook.

"Kau dengan Minjung ada apa?" soal Jungkook pula.

"Aku, namchin dia" balas Namjoon.

☆☆☆☆

C

Cha Eunwoo POV💚

Kelas petang hari ini telah tamat, sekarang waktu rehat kedua sudah tiba.

Eunwoo mengalihkan pandangannya ke arah Park Jimin yang sedang sibuk mengemas barangnya sebelum keluar rehat.

"Jimin, aku ada benda nak tanya" kata Eunyoo.

Park Jimin mengalihkan pandangannya ke arah Eunwoo.

"Apa?" balas Jimin.

"Sama dalam bahasa inggeris same kan?" soal Eunwoo. Dia betul-betul ingin tahu, dahlah dia jarang masuk kelas sebelum ni kerana sibuk dengan sukan.

"iya" balas Jimin sambil mengangguk.

"kalau terima kasih kita kena balas sama-sama, kan?" soal Eunwoo lagi.

"Iya" balas Jimin lagi.

"Kalau thank you kita kena balas same-same?"

Park Jimin menayangkan riak wajah yang tidak percaya, manakala Jung Jaehyung yang duduk bersebelahan dengan Jimin sudah menepuk-nepuk meja sambil tertawa.

"Kan! aku pun terfikir benda yang sama" Park Chanyeol yang duduk bersebelahan dengan Eunwoo itu menyampuk perbualan mereka.

Lalu Eunwoo dan Chanyeol high-five apabila mendapati yang mereka berfikiran sama.

"Dahlah, aku stress" kata Jimin sambil mengurut dahinya.

"Oh ya, Jungkook dengan Minjung sakit perut kan?" soal Nayeon yang dari tadi hanya mendengar perbualan mereka.

Mereka semua mengangguk.

"Jom pergi melawat diorang dekat bilik kesihatan " ujar Nayeon.

"Tulah, aku pun nak bagi diorang roti ni, mesti diorang tengah baring sakit perut atas katil kan? kesiannya" kata Eunwoo dengan wajah polosnya.

Ah, sudah!

TBC

Maaf lama tak update, harap chapter ni tak hambar 😭

Aku cuba terbaik nak letak plot twist, kau nampak tak dekat mana plot twist dalam cerita ni?

ke nampak semua sama je😔 Haih.

Golden Brain vs Golden PhysicalNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ