9: Welcome

2.9K 491 315
                                    

Aku tak pernah buat special tag sebelum ni, jadi yang aku tag ni memang betul-betul special lah ehehe❤

wonhaeeyo emaajkjmv meggitomyam _oxxoi_ NurulAinulIman junhaohao_ maya-dipity semangkukattention ulrich-ie Jangmi_97 jinniepinkeyu namsunghyo_ velvetjinnie flamesoo cutiefairyyy ahrahae

Thank you guys, sebab sudi drop theory. Aku tak sangka yang ramai berminat dengan cerita ni T-T oklah, pasni nak selalu update awal lah.

▪︎▪︎▪︎▪︎

180 votes + 80 comments

Kempat-empat orang pelajar kelas Mantel itu merenung ke arah ketua kelas mereka, Kim Minjung yang sedang mengunyah makanannya.

"Apa?" soal Minjung apabila rakan-rakan sekelasnya merenungnya sebegitu.

"Kau, tak nak bagitahu apa-apa?" soal Taehyung.

"Tak ada perkara yang perlu kau terangkan?" soal Eunwoo pula.

Minjung memandang ke arah rakan-rakannya dengan padangan kosong.

"Tak ada apa yang aku perlu terangkan" ujar Minjung sebaris.

Rakan-rakannya mengeluh berat. Haih, mereka benar-benar ingin tahu tentang rahsia yang dimaksudkan oleh Jungkook tadi.

Jeon Jungkook POV💚

Jeon Jungkook menyelinap masuk ke dalam bilik guru secara senyap-senyap. Kena cepat! sebelum para guru selesai makan pada waktu rehat ini.

Jejaka itu berjalan ke arah meja cikgu Nobita yang merupakan guru kelas Mantel.

Tanpa membuang masa dia mencari fail yang menunjukkan rekod markah pelajar-pelajar kelas Mantel. Jeon Jungkook meneliti data-data yang terdapat dalam fail itu.

Uish, banyak betul huruf F yang menandakan mereka gagal. Jungkook, tidak sangka wujud manusia yang mengumpul gred F.

Tapi, buat masa ini, Jeon Jungkook mahu mencari nama Kim Minjung. Hanya, Kim Minjung. Dia perlu pastikan sesuatu, sama ada tekaannya betul atau tidak.

Iya, akhirnya dia jumpa. Hampir semua subjek yang Kim Minjung gagal. Cuma ada dua subjek yang gadis itu berjaya lepas dan mendapat markah penuh 100% iaitu subjek Matematik dan Matematik tambahan.

"Aku dah agak" kata Jungkook sendiri sambil tersenyum apabila tekaannya betul.

"Jeon Jungkook, apa kamu sedang buat?" suara Cikgu Suneo yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik guru itu.

Golden Brain vs Golden PhysicalWhere stories live. Discover now