"Oi, oi. Jangan pengsan lagi. Banyak benda nak kena buat ni." Pesan Faron yang sempat menyambut aku daripada jatuh ke tanah. 

Kepala aku pening kot. Kau boleh pula pesan macam aku yang bersalah?

Brak!

Ayah menendang kuat lelaki berjanggut itu sehingga menerbitkan bunyi tulang patah. Selepas itu, dia membersihkan tangan bagaikan semua sudah selesai.

"Okey, jom kita pergi dekat pokok tu." Ujar ayah lalu berjalan pergi. Kami yang terkejut akan tindakannya itu hanya mampu ternganga.

Kalau Darya nampak ni, mahu dia menangis tengok bapa sendiri kena belasah. Tapi kalau ikutkan apa yang lelaki tu nak buat sebelum ni... He really deserves it.

"Okey jom!" Balasku pula lalu menendang pipi Ethan yang cuba untuk menyerang aku dari belakang. Terbatuk-batuk dia di atas lantai sehingga mengeluarkan darah.

"Oops, sorry not sorry." Ucap Lydia yang berjalan melepasi Ethan dengan mimik muka sinis. Ethan hanya mampu mendongak melihat kami yang meninggalkannya di situ.

Hanya dia sahaja yang masih sedar. Mereka yang lain sudah terkulai tidak sedarkan diri.

"Tebang... Pokok... Itu... Ethan." Tersekat-sekat lelaki berjanggut itu meminta walaupun sudah tiada lagi tenaga untuk bertindak.

"Kenapa pula? Salah tuanku-lah yang tak tebang pokok itu awal-awal." Balas Ethan sebelum bangkit bersihkan diri. "Oh lupa kan? Pokok tu memang tak boleh tebang pun." Sambungnya mengejek lalu meninggalkan semuanya di situ. Kakinya dilangkahkan ke luar perkarangan istana.

Baik dia larikan diri sekarang daripada dibunuh bersama mereka yang lain. Sia-sia. Dia masuk ke organisasi ini hanya untuk main-main. Tidak sangka pula akan jadi sebegini.

"Ah, sudahlah." Ethan berlari sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Laju langkahnya menuju ke kawasan bukit. Itulah satu-satunya tempat untuknya melarikan diri.

Kawasan kelam itu menjadi tempatnya berehat seketika. Dia mengeluarkan beberapa barang dari poketnya yang boleh digunakan untuk merawat diri.

"Semua ni kerja gila vater (ayah) dulu. Kalau vater tak mulakan, tak perlu Ethan sambung semua ni. Kalaulah mutter (mak) tak pergi dulu sebab berkhidmat untuk keluarga Chanson, vater tak akan jadi macam ni kot." Gumamnya sendiri sambil membalut tangannya menggunakan bandage bagi mengurangkan titisan darah ke atas lantai.

Sunyi. Suasana di pergunungan itu dingin dan gelap. Hanya biasan bulan sahaja menerangi kawasan yang didudukinya itu.

Tanpa disangka, satu suluhan mengena tepat ke wajahnya. Dia segera menghalang pandangannya menggunakan tangan yang sudah berbalut kemas.

"Ethan Roth, awak dibuang dari Muzika Melodia!" Jeritan itu mengejutkannya. 

Sebaik sahaja dia menurunkan tangan, beberapa suluhan lampu pula muncul pada pandangannya. Seorang pemuda sederhana tinggi menghampirinya lalu tangannya digari ketat.

"Hah?" Ethan terkejut akan kehadiran semua insan itu. Terutamanya Lady Beatrix, yang sedang memegang pembesar suara dengan riak wajah merah kerana marah.

"Awak juga bakal ditahan di penjara sementara kita tunggu apa yang keluarga Chanson nak lakukan pada awak. Dibunuh atau sekadar dipenjara... Awak tunggulah." Lady Beatrix berkata garang. Meskipun begitu, hatinya berasa amat lega kerana dia dapat menangkap ahli Lilac yang berjaya masuk ke sekolah miliknya.

Tangan yang digari ke belakang cuba ditariknya kuat. Pedih rasanya akibat luka yang baru sahaja dibalut. Bibirnya diketap kuat. 

Niatnya untuk melarikan diri tidak berjaya.

"Tidak! Tidak!" Jerit Ethan di situ bagaikan orang gila. Dua orang pegawai yang memakai lambang cincin Zamrud memaksanya agar beredar dari situ. Nak tak nak, kena jugalah sumbat mamat tu dalam belakang lori.

Lady Beatrix mengeluh kecil seraya merenung langit yang dipenuhi bintang. Keindahannya mampu membuatkan seseorang berasa tenang meski dihantui gundah gulana.

"Okey semua, kita kena bersihkan kawasan istana. Saya nak semua licin berkilat seperti asal. Gunalah apa magis sekalipun janji semuanya bersih dan jika ada keruntuhan, mohon pemegang magis muzik pipe organ bantu mereka yang mahir kerja buruh. Saya nak kena cari si Jeremie tu." Tutur Lady Beatrix lancar sekali. Mereka yang mendengar mengangguk faham lalu bergerak melakukan tugas masing-masing.

Lady Beatrix meluncur turun dari bukit tersebut dengan penuh aksi. Istana yang megah berdiri itu menjadi tempat tujunya kini.


~~~~~~~~~~~~


"Kenapalah kita kena pergi sini lagi..." Rungut abang sementara kami semua bersusah-payah meredah lalang tinggi untuk ke tempat yang dituju.

Mendengarkan itu, Mayu segera berlari ke hadapan sekali dan menolak kesemua lalang ke tepi menggunakan magis muziknya agar kami dapat lalu dengan mudah. Kakakku juga melakukan perkara yang sama bagi memudahkan kami.

"Abang ni, tak mahu duduk istana sudah." Balasku malas. Keane Chanson ini, tahu merungut saja.

Tiba sahaja di hadapan kawasan masuk tempat itu, mama berlari laju. Wajahnya bersinar seperti sudah lama menunggu saat ini untuk tiba. Hudson yang melihat hanya mampu menepuk dahi kesal.

"Ahli keluargaku yang tercinta, silakan letak tangan kalian ke sini. Kepada yang mahu melihat keajaiban, sila berdiri di tepi." Arah mama, bersemangat. 

"Mama tak letak tangan sekali?" Soalku yang sedikit teragak-agak untuk menyentuh batang pohon yang indah tersebut.

Mama tersenyum kecil lalu menggeleng. "Mama bukan asal Chanson-lah sayang. Kamu bertiga je yang ada darah Chanson."

Adeh, lupa pula. Tak sedar diri yang aku ni pun bukannya pure Chanson.

"Wajah Karlen Chanson tu macam mana ya? Macam adik?" Tanya kakak pada Professor Lucas yang sedang berdiri di samping Logan.

Professor Lucas menguntum senyuman manis. "Kamu akan lihat nanti." Balasnya.

Kami sekeluarga saling berpandangan lalu mengangguk serentak. Perlahan-lahan kami meletakkan tangan ke atas batang pohon tersebut.

Cahaya yang terang menyinari kami semua sebelum segalanya bertukar putih tidak bertapak.


Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now