"Pa- papa." Darya hanya mampu berdiri di situ sambil mendongak memandang bapanya.

Lelaki itu tersenyum manis ke arah Darya. "Kamu kirim salam papa dekat mummy ya?" Pintanya lalu menyambar wajah Darya yang tidak sempat melakukan apa-apa.

"Darya!" Lydia menjerit kuat sambil menghulur tangan bagi mencapai Darya.

Cahaya yang terang berserta alunan tamborin yang mengganggu fikiran bergema kuat. Semua yang berada di situ tergamam termasuklah Ethan sendiri.

Beberapa minit kemudian, melodi piano bercanggah dengan alunan tersebut. Bercampur-baur segala arus muzik yang terdapat di situ.

"Huh?" Lelaki berjanggut itu terkejut apabila magis muziknya langsung tidak menyentuh Darya mahupun sedikit.

Semua perhatian diarahkan pada aku. Ya, akulah yang menghalang magis lelaki tidak guna itu menggunakan piano protection. Tapi tidak aku sangka, aku dapat melakukannya dari jauh sahaja.

"Actually, ayah tolong tau." Tiba-tiba sahaja ayah bersuara setelah mengunci mulut buat sekian lama. Tangannya yang bercahaya ungu hilang sedikit demi sedikit.

Lah, baru nak acah awesome.

"Students, kalian semua kawal semua ahli Lilac, boleh? Makin ramai pula." Pinta mama lalu mendapat anggukan daripada sahabat-sahabat aku. "Aunty, Halley dan Keane ada hal yang nak diselesaikan di taman tadi. Pakcik Hudson akan ada bersama kamu tapi dia perlu bantu Tuan Hilaire Chanson." Sambungnya lagi.

"Pakcik Hudson?" Hudson naik berang mendengar gelaran itu. Dia tak adalah tua sangat kan? 

Serta-merta kami semua berpecah meninggalkannya. Olivia dan Justin membantu Lydia dan Darya yang kesakitan. Suara Olivia dapat aku dengari dari jauh. Aku harap, nyanyiannya itu dapat membantu mereka.

Talha, Min Hyuk, Reuben dan Mayu mula mengaktifkan magis muzik mereka untuk bertarung dengan lawan masing-masing. Setiap dua orang, lawan tujuh orang. 

Kalah atau menang, itu adat perlawanan. Hidup atau mati? Itu adalah satu pilihan.

Sekarang ini, aku dan Faron sedang berhadapan dengan Ethan dan ahli kumpulannya. Riak tidak puas hati jelas kelihatan pada wajah jejaka itu. 

Aku menoleh ke arah Faron. Dia menghadiahkan aku satu senyuman yang menenangkan. 

"Boleh tak jangan pandang-pandang? Jealous tahu tak?" Marah Ethan, geram. Pengikutnya yang berada di belakang terangguk-angguk mengiyakan.

Tertawa Faron di sebelah aku. Senyumannya yang tadi biasa-biasa sahaja, kini sudah berubah sinis. Jikalau begitu, aku turut tersenyum sinis ke arah kumpulan yang berada di hadapanku ini.

"Kita kena menang! Kalau tak, saya tak mahu lagi belanja kalian di The Green's Cafe!" Sempat lagi Reuben menjerit sambil memetik gitar ilusinya sehingga menyebabkan sekumpulan di hadapannya itu tergolek akibat tidak sempat bersedia.

"To be honest, saya lawan seorang pun boleh." Ujarku pada Faron seraya berpeluk tubuh.

Faron melirik ke arahku dengan jongketan sebelah kening. "Ya? Tunjukkan pada saya." Tuturnya sebelum melangkah ke tepi.

Jari-jemariku diregang-regangkan. Sebaik sahaja aku menggenggam penumbuk, tanda lahirku tidak lagi menunjukkan mana-mana alatan muzik. Hanya baton ochestra menjadi tanda kelebihanku.

Maknanya, aku boleh guna semua sekali gus.

"Woi, kau nak bunuh kita orang ke?" Soal pengikut Ethan, terkejut.

Aku tersengih. "Siapa suruh bagi saya lawan dulu?"

Bam! Tumbukan padu dari magis muzik gong menjatuhkan mereka semua.

Cepat-cepat mereka semua bangkit lalu mula menyerang aku dengan segala tenaga yang ada. Selagi hanya semuanya manusia di sini, segalanya mudah sahaja.

Faron sekadar memerhati dari sisi. Kerja dia senang, jadi penonton sahaja sudah cukup.

"Agak-agaklah nak tengok je. Kau tak ingat apa jadi dekat Bukit Bendera ke hah?!" Laung Min Hyuk dari jauh setelah melihat aksi sempoi Faron.

Tercekik angin si Faron apabila mendengar teguran itu. "Okey, saya lawan." Balasnya malas lalu meluru ke arah Ethan dan menendangnya.

Keadaan agak huru-hara di dalam kawasan singgahsana yang sudah tidak berdinding tersebut. Seorang demi seorang ahli Lilac tumpas dijatuhkan kami.

Namun, jeritan milik makhluk mistik Seviries dari kejauhan melarikan fokus kami yang sedang galak berlawan. Sekumpulan manusia sedang menunggang makhluk tersebut bersama beberapa tumbuhan Fairy Courts di samping mereka.

Hah? Ada pula mereka simpan makhluk mistik ni. Dari mana?

"Jangan terpedaya dengan makhluk itu Hailey. Tak semua yang kita nampak tu, betul." Justin berpesan padaku.

Aku mengangguk faham. Mataku pejam bagi menarik udara segar. Malam yang sepatutnya menjadi teman kami untuk berehat kini telah dicuri oleh insan yang tidak bertanggungjawab.

Mataku buka perlahan-lahan seraya merenung tajam ke arah mereka yang meluru laju bagaikan ingin menerkam kami meskipun kami berada agak jauh dari mereka.

"Kalau betullah makhluk-makhluk itu adalah yang sebenar, pasti mereka akan dengar cakap saya kan?"

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now