" Hani , saya rasa sampai di sini sahaja hubungan kita " kata lelaki yang duduk di hadapan Hani .
Ekspresi muka Hani yang ceria berubah menjadi kelam apabila mendengar apa yang diucap lelaki itu .
Aku ada buat salah ke ? Tiba- tiba je jadi begini . Hani bermonolog
Mereka berjanji ingin berjumpa di depan gate semasa waktu pulang .
"Oh " balas Hani . Dia menyembunyikan rasa sakit dan peritnya itu . Ekspresi mukanya kelihatan datar .
"Kenapa ?" dia mempersoalkan mengapa semua ini berlaku .
"Saya ... " lelaki itu berhenti sejenak ligat memikirkan jawapan bagi persoalan yang diajukan .
" saya nak fokus belajar "
-----------------------------------------------------------
" Hah , macam tulah benda tu berlaku " tuan empunya cerita itu pun mengangkat cawanya ke bibir lalu menghirup air Mocha Latte yang baharu sahaja sampai . Maklumlah , dia malas pakai straw .
Sedap juga benda ni walaupun aku tak minum kopi sangat . Hani ni bukannya minat kopi sangat tapi sekali- sekala tukar angin orang kata . Tak la asyik-asyik minum benda sama sahaja .
Kafe Ethereal kafe ni lah tempat favorite dorang lepak tambah-tambah lagi masa cuti ni memang berjam- jam lah dorang kat sana membawang . Dari Prof ke rakan-rakan sefakulti lain mereka bawangkan tapi bawang yang baik- baik sahaja bukan mengata pun .Tuan kafe tu pun tak marah dorang lepak lama- lama kat sana sebab .
" Zara " mereka semua menoleh ke arah suara itu . " Kalau nak apa-apa lagi order je eh , abang belanja " lelaki itu mengenyitkan matanya ke arah gadis bernama Zara tadi . Hah itulah sebabnya kenapa dorang tak kena marah walaupun berjam-jam membawang di situ .
"uh , okay" balas Zara pendek disertakan dengan senyuman paksa yang dibuat- buat .
" hah , tak payah lah kau susah- susah nak cari jodoh lagi Zara . Tu hah abang kafe tu dah syok kat kau . Boleh minum kopi hari- hari " Nad mengangkat - angkat sebelah keningnya tanda menyakat Zara .
" Kau jangan , nanti ada masuk berita dengan headline Wanita ditemui mati kerana caffeine yang berlebihan " Reen menyambung
Ha , Nad , Zara dan Reen ni la kawan Hani selalu lepak . Dorang ni selagi tak bercakar selagi tu lah tak berhenti menyakat sesama sendiri .
" Hish ! Korang ni , kalau tak menyakat memang tak sah . Benci lah macam ni " muka Zara berubah menjadi monyok . Dia berpeluk tubuh lalu memalingkan mukanya ke arah lain .
"Alolololo , merajuk pula dia ni tapi memang itu lah kebenarannya kan ?" Reen mengangguk tanda setuju tentang apa yang dikatakan Nad sebelum ini .
Hani hanya diam memandang ke arah luar tingkap kerana baginya pemandangan di luar tingkap itu jelas lagi cantik daripada rakan-rakanya itu .
" Oi Hani , cerita lah lagi cerita cintan cintun kau tu . Aku nak dengar lagi " Zara mengubah topik . Tak kuasa dia nak layan kawan monyet yang suka sangat menyakat tu .
Namun begitu orang yang bernama Hani itu tidak sekali pun memalingkan mukanya ke arah kawan -kawannya .
" Mengelamun apa budak ni . Hanis Delisha binti Harris ! Dengar tak aku panggil ni " Zara menepuk bahu kawannya yang sibuk mengelamun dari tadi . Ingatkan pasal ex la tu .
Lamunan Hani terhenti apabila dia terdengar nama penuhnya disebut . Sejujurnya , dia pun tidak tahu kenapa namanya Hanis tapi dipanggil Hani . Memang dari kecil lagi mamanya memanggil Hani instead of Hanis
YOU ARE READING
Setia Ke Hujung Nyawa
RomanceHanis Delisha binti Harris atau Hani merupakan seorang yang cantik malah termasuk dalam senarai University's Beauty selama 2 tahun berturut-turut . Bukan itu sahaja , dia juga seorang pelajar yang pandai hampir setiap exam dia dapat 4 flat . Kecant...
