Namun wajahnya bengis, memandang kami semua dengan keinginan untuk memakan. Ia mula membuat bunyi yang begitu nyaring sehingga menampakkan taringnya. Cecair panas merecik keluar daripada celah taringnya membuatkan sebahagian pokok terkena tempiasnya.

Mata kami semua melirik ke arah pohon itu dan menyaksikan bagaimana cecair tersebut meleburkan pohon itu bagaikan minyak panas. Setiap dahannya melebur. Lama-kelamaan pohon yang berleburan itu menjadi kelabu hitam. Debaran jantung semakin terasa detaknya begitu pantas.

" god help me. " gumam Jimin seakan ingin pengsan tetapi tubuhnya disenggol oleh Seokjin membuatkan lelaki itu terjaga sepenuhnya.

" uktena in your area! " jeritan Taehyung berkumandang sebelum pacuan kudanya terus dipecut laju. Tak tahu sama ada dia buat lawak ataupun memang maksudkan kata-kata tersebut.

Aku pantas melibaskan tali kekang kuda membuatkan langkah moon menjadi pantas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku pantas melibaskan tali kekang kuda membuatkan langkah moon menjadi pantas. Jungkook juga melakukan perkara yang sama. Dia sempat memandang aku, dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

Aku melempiaskan rengusan; tak faham dengan pandangan Jungkook berikan. Maka, terjadilah situasi di mana aku berharap agar ia tidak menjadi pengakhiran bagi nyawa dan hayat ini. 


" RAKYAT skyfall sudah mula mengesyaki sesuatu bonda. "

Edmund melangkah mendekati Felicia dengan wajah yang serius. Cukup serius membuatkan Felicia terhenti daripada menyisip winenya. Pada waktu malam yang lewat begini, Felicia masih lagi bertapa di atas takhta nya, berseorangan.  Wanita itu mengerling ke arah Edmund.

" Sekarang waktu beradu, Ed. Mengapa ada di sini? " soalnya, pelik. Meskipun soalan pertama Edmund tadi menganggunya.

" Bonda. " nada Edmund ditekankan sambil dia memberikan pandangan yang tajam. Felicia kembali menyisip winenya, mengendah.

" Jika rakyat mengesyaki sesuatu yang tak kena mengenai penemuan Alana semula beberapa hari lepas, tentang Alana diseksa, ia akan mengugah kepercayaan mereka terhadap skywalker. " jelas Edmund mengenai kesan buruk terhadap apa yang bondanya lakukan.

" Bonda tak kesah apa pandangan rakyat. Sekarang yang penting adalah masa depan Skyfall dengan Northern Realms. " petah sahaja Felicia menuturkan ayat. Wajahnya selamba.

Edmund menyengih, jelas sekali memperlekehkan jawapan Felicia. " Bonda sudah berubah sejak Alana dijumpai. Bukan seperti ratu yang menjadi kedaulatan rakyat Skyfall. Ketamakan bonda yang mahukan kemenangan membuatkan Ed benci. " ulah Edmund, wajah jelas menunjukkan segala perasaannya.

crystal.Where stories live. Discover now