Misi : Knowing The Truth

1.7K 155 22
                                    

Mereka pun masuk ke dalam kereta polis dan dibawa pulang ke rumah Boboiboy, dengan bantuan Boboiboy sebagai penunjuk arah.

Polis : Kita dah sampai. Kalian dah boleh turun.
BBB : Terima kasih, tuan.
Polis : Sama sama. Cuma, saya nak tanya satu soalan. Bukan ke ni rumah arwah Tok Aba? Kenapa kalian tinggal di sini?
BBB : Oh, er.... Pemilik asal rumah ni, Boboiboy dah jual rumah ni ke kami kerana nak kumpul duit.
Polis : Oooo. Korang kenal eh siapa Boboiboy?
BBB : Mestilah kenal. Tuan kenal dia juga ke?
Polis : Siapa yang tak kenal dia dekat Pulau Rintis ni. Dia tu seorang Superhero yang berani. Sama macam kawan kawan dia. Walaupun dia masih belum habis sekolah lagi. Dia sanggup pertarungkan nyawa dia untuk selamatkan kami. Tapi, kami telah lakukan kesalahan yang besar pada dia. Kami menjadi egois dan lupakan siapa yang selama ni selamatkan kami. Sampaikan dia telah larikan diri dan tidak kelihatan lagi sejak 4 bulan yang lepas.
Mio : K-kenapa kalian semua buat macam tu? Bukan ke dia yang telah selamatkan kamu semua?
Polis : Apa yang boleh dikatakan, tiada manusia yang sempurna. Kami telah lakukan kesalahan yang besar. Kami menjadi tamak, sebab kerana Boboiboy, Pulau Rintis menjadi kaya raya kerana.... Ini rahsia sulit. Jangan kamu bagitahu orang luar. Janji?
All-Polis : J-janji.
Polis : Kuasa yang Boboiboy dan kawan kawan dia miliki telag menarik alien alien jahat, dan baik ke Pulau Rintis. Alien jahat mahu merampas kuasa mereka, manakala Alien baik mahu menggunakan Boboiboy sebagai senjata untuk mengalahkan alien jahat. Alien baik telah mengajar penduduk Pulau Rintis mengenai teknologi teknologi canggih dari angkasa lepas dan telah menjadikan Pulau Rintis sebagai tempat perlancongan baru di Malaysia kerana mereka tertarik dengan teknologi baru dan cara kami kekalkan Flora di sini. Tapi, duit memakan hati. Kami menjadi tamak dan telah melupakan siapa yang kekalkan keseimbangan Pulau Rintis ini. Sampai kawan kawan dia sendiri pun melupakan dia.
Azir : T-teruknya....
Polis : Kami tahu. Kami cuba untuk mencari dia. Tapi.... Dia telah hilang dari radar, dan semuanya.
Leo : T-takkan korang tak sebarkan gambar dia ke seluruh Malaysia?
Polis : Kami memang nak. Tapi, malangnya, semua gambar yang dicetak untuk disebarkan ke seluruh Malaysia, telah hangus terbakar dalam satu tragedy, 4 bulan lalu. Gudang yang mencetak gambar tu telah terbakar secara tiba tiba disebabkan panahan petir pada malam tu. Kami hampir putus asa nak cari dia. Tapi, kami masih lagi mencuba. Dia lah yang telah memastikan Pulau Rintis selamat selama ni. Kami sanjung keberanian dia. Saya minta diri dulu ya?
All-Polis : Baik, tuan.

Polis itu pun masuk ke dalam kereta polis kembali dan berlalu pergi. Mereka melihat sahaja kereta polis itu pergi.

BBB : *dalam hati* Kalau korang sanjung dia, korang tak akan lupa macam mana rupa dia.....*

Keadaan menjadi senyap tiba tiba. Tiada sesiapa mampu bersuara. Tapi, Shin mencuba untuk membuka suara.

Shin : B-Boboiboy.... Apa maksud polis tu? Dia cakap pasal.... Kau ke?
BBB : Huh.... *mengeluh*Kita masuk ke dalam dulu. Nanti aku terangkan semuanya.

Mereka pun masuk ke dalam rumah dan duduk di ruang tamu rumah.

Leo : Jadi....
BBB : Ya. Apa yang polis tu cakap, adalah pasal aku.

Kawan kawan baru Boboiboy terkejut dengan apa yang mereka dengar.

All-FangBoy : A-apa....
BBB : Tapi, masa kita kena culik tadi. Korang nampakkan, benda tu?
All-FangBoy : *angguk*
BBB : Tu adalah kuasa aku. Seperti yang polis tu cakap tadi. Kuasa ni, aku dapat dari Ochobot.
Azir : O-Ochobot?
BBB : Ochobot. Kau boleh keluar sekarang.

Mereka memandang Boboiboy dengan pelik. Tiba tiba sahaja, Ochobot muncul dari balik sofa macam hantu. Mereka pun terkejut tak terkejut bila melihat Ochobot.

BBB : Ni lah Ochobot. Aku jumpa dia masa aku cuba dapatkan balik koko yang dicuri oleh sebuah robot peliharaan seekor alien hijau berkepala kotak yang masih tak ada isteri, bernama Adudu masa aku berumur 10 tahun. Dan sejak tulah, aku mendapat kuasa ni. Aku gunakannya untuk melindungi Pulau Rintis. Sebelum korang tanya, ya. Alien memang wujud. Fang ni sendiri adalah alien.
All-FangBoy : *pandang Fang* Kau adalah Alien?!
Fang : Y-ya. Cuma, bangsa alien aku berupa memang sama dengan manusia. Sebab tulah aku senang nak bersembunyi dalam peradaban manusia ni.
All-FangBoy : Woah.....
Azir : A-aku dapat jumpa alien sebenar depan mata?! Please cakap yang ini bukan mimpi.
Mio : *lempang muka Azir guna bantal*
Azir : Adoi! Sakitlah!
Mio : Hah, jadi. Ni bukan mimpilah.
Azir : =_=
BBB : Ni, korang dah tahu semuanya. Tolong, rahsiakan semua ni bila kita kembali ke Cyberaya, ya?
Shin : Jangan risau, Boboiboy. Kau boleh percayakan kami.
BBB : Terima kasih, semua.














742 perkataan

Hoho, siap :V Bye! Arigato! Sayonara! Author here to say goodbye, roger and out!

Ejen Ali Crossover Season 2 : Kembalilah Bersama Kami (Complete) Where stories live. Discover now