Misi : Permilihan Bermula part 3

1.9K 146 20
                                    

Semua orang pun kebelakang sedikit. Jurulatih Furizu mengambil kon dan meletakkannya di sepanjang padang seperti trek larian sepanjang 100 meter. Jurulatih Furizu pun mengambil jam randik.

Furizu : Kita akan tengok seberapa pantas kamu semua berlari! Untuk masuk ke pasukan ini, kamu semua kena lari di bawah 20 saat! Kamu semua sudah sedia?!?!

Kedengaran sahutan "SEDIA!!!" yang meriah diberikan oleh semua peserta pemilihan itu. Ianya membuatkan Jurulatih Furizu sangat gembira dengan semangat budak budak tu.

(Ok, mulai dari sini, Author akan skip skip banyak part, dan hanya akan menunjukkan part Boboiboy dan kawan kawan dia sahaja)

Semua peserta mengambil kedudukan masing masing. Mereka akan berlari 5 orang satu pusingan.

Furizu : Di bahagian ini, akan ada 10 peserta dikeluarkan dari bahagian ini. Jadi, lakukan yang terbaik semua!

Kumpulan pertama pun mengambil kedudukan. Dan, siapa sangka, Azir berada di dalam kumpulan pertama.

Mio : Azir!!! Lakukan yang terbaik!!!

Mio bersorak untuk kawannya dari belakang. Azir tersenyum gembira bila salah satu kawannya yang paling awal mahu berkawan dengannya, bersorak untuknya.

Azir : 'Mio dah bersorak untuk aku. Aku tak boleh kecewakan dia.'

Mereka berlima mengambil posisi bersedia.

Furizu : Baiklah! Kegarisan! Sediaaaaaaa.

Pistol ditembak ke atas.

BOOM!!!

Furizu : MULA!!!

Azir pun berlari sebaik sahaja bunyi pistol berseberan ke udara. Larian Azir memang pantas, macam The Flash versi Malaysia :V. Perserta yang lain berusaha mengejar Azir, tapi tak dapat.

Azir tiba di hujung litar itu.

Furizu : Bagus! Azir, 15 saat. Ken, 17 saat. Ahmad, 19 saat. Orien, Siti, maafkan saya. Kamu terkeluar dari pusingan ini.

Orien dan Siti kembali ke bangku peserta dengan perasaan hampa.

Semuanya pun berterusan. Sudah ramai peserta yang lulus dalam lumba lari itu. Mio, Leo, Shin dan Fang pun lepas lumba lari itu. Yang tinggal, hanyalah Boboiboy. Hanya tinggal 2 orang sahaja lagi yang akan dipilih. Boboiboy sedikit gelisah dan risau. Macam mana kalau dia tak lepas? Tak tak. Buang segala fikiran negatif, Boboiboy. Kau boleh!

Mereka berlima mengambil posisi sedia......

BOOM!!!

Pistol ditembak lagi. Peserta berlima terakhir ini berusaha berlari sekuat mungkin. Kalau yang tengok Boboiboy dari jauh, seperti cahaya yang bergerak laju. Boboiboy tiba di garisan penamat dengan cepat. Dia yang pertama.

Furizu : A-apa.... Boboiboy! 12 saat! Syazana, 17 saat!

Boboiboy lepas, bersama satu lagi peserta. Boboiboy sangat gembira. Tapi, ini baru pusingan pertama. Masih ada lagi. Dia masih belum diterima lagi.

Tanpa basa basi, perlawanan seterusnya bermula. Mereka perlu tunjukkan kebolehan mereka menggelecek bola.

Author sebenarnya malas nak buat scene ni. Jadi, sorrylah Author banyak skip :V.

Skip~~~~~~~

Boboiboy dan kawan kawan dia lepas pertandingan mengelecek bola itu, dengan Mio markah palinh tinggi dalam pertandingan yang satu itu.

Seterusnya, penjaga gol, ataupun, biasa orang panggil, Keeper.

Tak ramai orang lepas bahagian ini. Tapi, dengan usaha keras diorang, mereka berjaya melepasi pertandingan Keeper itu, dengan Fang dan sorang lagi peserta dengan markah paling tinggi.

Seterusnya, permilihan terakhir. Peserta dengan markah tertinggi akan diterima masuk. Hanya tinggal 23 orang sahaja yang tinggal. 3 orang akan terkeluar dari permilihan ini.

Furizu : Baiklah. Telah dikumpulkan kesemua markah kamu semua. Hanya 20 yang akan diterima. 3 lagi, maafkan saya. Kamu tidak terpilih. Ini adalah yang terpilih.

Mereka semua dapat rasakan getaran risau di hati mereka. Mereka risau sekiranya mereka tidak terpilih.

Furizu : Yang pertama, tahniah, Mio dan Azir sebagai pemain sayap!

Sungguh berbunga bunga hati mereka bila nama mereka dipanggil. Terus mereka pergi ke sebelah Jurulatih Furizu.

Furizu : Untuk Keeper, tahniah, Fang dan Aliah!!!

Tak banyak cakap, tapi, di hati Fang, dia dah menjerit kegembiraan. Mereka berdua pergi ke sebelah Jurulatih Furizu.

Masa berlalu. Hanya tinggal Boboiboy dan 3 orang lagi je yang tinggal dan tak dipilih. Hanya seorang sahaja yang akan dipilih. Hati Boboiboy dah mulai gelisah.

Furizu : Baiklah. Hanya seorang sahaja lagi akan dipilih. Dan peserta ini, memiliki markah paling tinggi dalam permilihan ini.

Furizu berjalan mendekati mereka berempat. Mereka berempat dah menggeletar kerisauan.

Tiba tiba, Jurulatih Furizu memegang bahu Boboiboy. Boboiboy pun memandang muka Jurulatihnya itu.

Furizu : Tahniah, Boboiboy. Kamu diterima masuk ke kumpulan kami.

Sesungguhnya, Boboiboy sangat gembira. Memang impiannya nak masuk team bola sepak yang besar seperti ini, walaupun tak sebesar mana, tapi ianya dah memadai.

Dia pernah berjanji dengan ayahnya, sebelum dia hipangkan diri, yang Boboiboy akan jadi pemain bola sepak negara, untuk banggakan ayah dan arwah maknya.

Mereka berenam memeluk sesama sendiri kerana gembira mereka berhasil memasuki kumpulan itu.

Mio : Yay! Tak sangka kita berjaya lepas!
Azir : Heh! Macam pepatah, Main Beyblade dalam tong gas, usaha kita tak pernah habis! Hahahahha!
Leo : Pepatah apa macam tu? =_=
Azir : Pepatah langit ketujuh. Kakak kelas kita yang ajar pada aku O3O
Leo, Fang : Pulakkkk *tepuk dahi*

Setelah semuanya habis, mereka pulang ke rumah masing masing. Perjumpaan pertama mereka adalah pada minggu depan. Boleh lah mereka bersedia dulu.

Bila dah sampai di M.A.T.A, Boboiboy sedang mencari seseorang.

Boboiboy : Hm.... Mana dia ni?

Tiba tiba, Ali muncul di depan Boboiboy. Tiba tiba sahaja, Boboiboy menarik tangan Ali.

Ali : Eh?! Kenapa tarik aku ni Boboiboy?!

Boboiboy tak menjawap. Boboiboy menarik Ali masuk ke dalam biliknya.

Ali : Kenapa ni Boboiboy? Kenapa kau tarik aku masuk ke dalam bilik kau ni?

Boboiboy memandang ke luar tingkap, sebelum menjawapsoalan Ali.

Boboiboy : Ali, boleh tak.... Kau simpan satu rahsia?









851 perkataan

Idea masih tak nak kawan dengan Author :'V. Author dah terkena Writer Block. Sorrylah episode ni bosan. Agak agaknya, apa rahsia yang Boboiboy nak suruh Ali simpan tu? Nantikan di episode seterusnya! Arigato! Sayonara! Author here to say goodbye, roger and out!

Ejen Ali Crossover Season 2 : Kembalilah Bersama Kami (Complete) Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum