Misi : Kucing

2.1K 153 30
                                    

Kembali semula ke waktu persekolahan. Boboiboy pergi ke sekolah seperti biasa. Boboiboy pun berjalan ke stesyen bas. Sekarang baru pukul 5:21 pagi. Masih ada lagi sejam sebelum bas datang mengambil mereka. Kenapa Boboiboy datang awal sangat? Mari kita stalker BBB. Huehuehue- *kena baling dengan kawah dari belakang camera*

(Hali : Hoi, Author. Ikut skrip lah.
Author : Yelahhhh =3= *kepala dah benjol 10*)

Boboiboy melihat ke arah kanan dan kiri. Selepas memastikan tiada sesiapa di sana, Boboiboy menyelak semak yang berada di belakang stesyen bas itu. Ada sebuah kotak yang dilindungi oleh tanah yang dibuat seperti gua mini di atas kotak itu. Tiba tiba, ada 4 ekor kucing putih, 1 mak dan 3 anak, keluar dari kotak itu.

Keempat empat ekor kucing itu mengelilingi Boboiboy dan mengusapkan kepala mereka pada Boboiboy manja sambil mengeow comel. Sebak Boboiboy melihat mereka.

Boboiboy : Hai, semua. Boboiboy datang lagi ni. Boboiboy ada bawa makanan. Boboiboy tahu, korang lapar.

Boboiboy pun menuang makanan kucing di dalam bekas plastik yang Boboiboy bawa bersamanya. Dengan cepat dan gelojoh, anak anak kucing itu berlari ke arah bekas itu dan makan makanan kucing itu. Ibu mereka pula, membiarkan anak anaknya makan terlebih dahulu.

Eh? Macam mana Boboiboy terjumpa kucing kucing ni? Seperti biasa, mari kita Flashback!

Flashback~

3 minggu yang lalu, Boboiboy ada masalah nak tidur. Bila dia melihat jam tangannya, baru pukul 3:37 pagi. G*la lah. Pagi lagi. Susah pulak nak tidur ni. Apa lagi, Boboiboy pun menyelin bajunya kepada hoodie hangat dan berjalan berhati hati keluar dari M.A.T.A.

Boboiboy mahu bersiar siar untuk buat dia mengantuk dan tidur semula.

Wait wait wait. Berjalan jalan pukul 3 pagi?! Biar betul Boboiboy?! Tak takut kena culik dengan Cik Ponti lepas tu pergi ajak kau main Mobile Legend atas pokok ke?!

Boboiboy : Tak.

Oi oi. Jangan pecahkan dinding ke empat. Buat buat je macam aku tak wujud.

Boboiboy : Yelahhh.

Kembali semula ke alam filem. Boboiboy berjalan jalan di sekitar kawasan perumahan orang orang kaya yang berada betul betul di atas M.A.T.A. Semua rumah besar besar siap dengan penggera keselamatan lagi. Canggih sungguh.

Tapi, Boboiboy tak kesah sangat pun dengan hal ni, kenapa? Boboiboy kan anak duta. Pastilah rumahnya besar juga kan. Cuma satu masalah sahaja. Boboiboy tinggal berseorangan di rumah itu. Kan mak ayahnya duta. Selalu sibuk dengan kerja sampai anak sendiri tidak diperdulikan. Tapi, kan mereka kaya. Tak kan tak ada pembantu kot.

Selepas kemalangan Arwah Kak Zulaika, Boboiboy minta pada mak dan ayahnya untuk tidak lagi mengambil pembantu rumah lagi. Melihat mereka, membuatkan Boboiboy teringat dengan Kak Zulaika. Mak ayahnya pula, tak sanggup lihat anak nya sedih. Jadi, mereka pun ikut kemahuan anaknya itu.

Semasa melintasi stesyen bas, Boboiboy seperti terdengar bunyi kucing mengiaw datang dari arah semak. Tanpa basa basi, terus sahaja Boboiboy menyelak semak itu.

Dan ketika itulah, Boboiboy terjumpa 4 ekor beranak tu di dalam kotak. Mereka mengiaw ke arah Boboiboy. Mereka kurus, kotor. Ini membuatkan hati Boboiboy sebak. Tanpa fikir dua kali, Boboiboy melihat ke kanan dan kekiri.

Ejen Ali Crossover Season 2 : Kembalilah Bersama Kami (Complete) Where stories live. Discover now